Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Sri Putra, Nilai, Negeri Sembilan.Beliau meminta saya menukar water pump yang telah lama digunakan. Menurut beliau, water pump tersebut tidak mengepam air dengan lancar. Beliau telah menggunakan water pump tersebut melebihi 5 tahun dan telah tamat tempoh sahlaku (warranty). Oleh itu beliau tidak dapat mengganti semula water pump tersebut.
Setelah diperiksa, water pump itu tidak rosak. Punca air yang tersekat-sekat/tidak lancar adalah kerana bebola angin telah menutupi laluan air. Apabila water pump ini mengepam air dan air yang memasukki ke saluran paip itu akan berpatah balik kerana tidak dapat menembusi bebola angin tersebut. Oleh itu, saluran yang terdapat didalam water pump telah dibuka bagi membebaskan bebola angin.
Pelanggan ini menggunakan waterpump jenama PANASONIC.
Water pump yang telah disambung ke saluran paip. Setelah dibaiki dan diuji semula, air telah mula mengalir dengan lancar.
Sumber gambar dari www.panasonic.com.my
NOTA:
Punca-punca water pump mengalami masalah pengaliran air tidak lancar :-
- menekan suiz utama (buka/tutup) dengan kerap.
- terdapat masalah pada suiz utama water pump.
- penyesuaian suiz kawalan bagi mengawal tekanan water pump.
- bekalan air terhalang kerana piping yang tidak sesuai.
- saluran paip yang tersumbat kerana keladak didalam tangki air.
- caj udara yang berlebihan dalam water pump.
- tangki air bocor.
- ball valve rosak.
No. tel : 012-6379460 |