facebook

Khamis, 25 Jun 2015

MEMBAIKI DAN MENAMPAL SEMULA SILING, DINDING DAN DOME DENGAN SIMEN PUTIH DI HULU LANGAT, SELANGOR

Gambar-gambar yang dibawah ini adalah kerja-kerja membaiki siling dan dome di rumah En. Azhar Jamaluddin. Setelah siap membaiki rabong yang bocor, kerja-kerja menampal semula dome yang telah merenggang dari siling dilakukan. Kesan bocor pada siling juga ditampal semula. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan kesan basah pada siling di bahagian garaj.

Ini adalah proses membaiki semula dome. Proses pertama yang dilakukan
adalah dengan membuka kipas terlebih dahulu dan barulah dome ini
 dibuka. Ia akan dibersihkan terlebih dahulu, barulah simen putih disapu
pada kelilingnya.

Setelah itu ia dipasang semula. Setelah ia dipasang semula ia hendaklah
disendal supaya simen putih tadi akan melekat kembali pada siling.

Menggunakan besi penyendal dan ia akan dibiarkan kering.
Sementara ia dibiarkan kering bahagian siling yang berkulat  dibersihkan
terlebih dahulu kemudian ia disapu cat putih.

Kipas angin yang telah dipasang pada bahgian tengah dome.
Tiada lagi kesan tompokan basah dan kulat pada siling.

Dinding dibahagian tangga yang retak juga disapu dengan simen putih.

Menyapu simen putih setelah itu dinding ini dicat semula.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 23 Jun 2015

MEMBAIKI BUMBUNG GARAJ YANG BOCOR DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

En. Azhar Jamaluddin telah meminta saya membaiki bumbung garaj yang bocor. Bumbung yang bocor itu telah menyebabkan tompokan-tompokan air di siling bahagian garaj rumah beliau. Saya dapati bahagian yang bocor itu adalah pada rabongnya. Simen pada rabong telah merekah dan menyebabkan air boleh masuk ke dalam. Gambar-gambar dibawah ini adalah sewaktu proses menyapu sealant pada rabong.

Simen pada rabong yang telah merekah.

Ini adalah proses menyapu sealant pada rabong. Setiap keping
rabong akan disapu dengan sealant.

Setelah menyapu rabong dengan sealant, En. Azhar meminta rabong itu 
disapu dengan cat yang hampir sama dengan warna rabong tersebut. Ini
adalah proses mengecat rabong dan telah siap sepenuhnya.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 21 Jun 2015

MEMBUAT SALURAN PAIP BARU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

Setelah siap kerja-kerja membaiki lantai tandas yang bocor serta membina table top dilakukan, En. Azhar Jamaluddin telah meminta saya membuat saluran paip baru . Ia akan disalurkan terus ke tangki dan juga bahagian dapur. Beliau meminta saya membuat saluran paip baru ini adalah kerana bil air yang tinggi. Sebelum ini bil air dirumahnya hanya sekitar RM8 ke RM10 sebulan sahaja. Ia meningkat 10 kali ganda semenjak 3 bulan yang lalu. 
Beliau juga berasa curiga kerana meter air berjalan tanpa henti walaupun tidak menggunakan air. Beliau telah menghubungi SYABAS dan pihak berwajib itu memberitahu terdapat paip yang bocor dibahagian bawah rumah beliau. Pihak SYABAS telah menyarankan kepada beliau agar membuat penyambungan paip yang baharu. Dibawah ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu proses membuat saluran paip baru.

Ini adalah proses menebuk lubang pada bahagian dinding tembok.

Membuat saluran paip yang baru serta memasang paip dibahagian garaj.

Ini adalah proses membuat penyambungan paip yang baharu. Saluran paip 
dari meter yang lama telah ditutup dan kemudian saluran paip yang baharu
disambung pula.

Ini adalah proses membuat penyambungan paip baharu dan
disambung terus ke tangki air.

Menebuk lubang bagi membolehkan saluran paip dari tangki disambung
ke bahagian bawah.

Saluran paip dari atas telah disambung ke bawah dibahagian garaj.

Setelah siap membuat penyambungan saluran paip yang baharu.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 19 Jun 2015

MEMBAIKI LANTAI TANDAS YANG BOCOR DI HULU LANGAT, SELANGOR ~ Memasang jubin dan sinki (3)

Setelah table top yang disimen kering, proses memasang jubin pula dilakukan. En. Azhar Jamaluddin memilih untuk memasang jubin jenis marble berwarna hitam yang bersaiz 2 x 2. Proses memasang jubin ini dilakukan oleh pekerja yang mahir sahaja bagi menjamin kualiti pemasangannya. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses memasang jubin pada bahagian atas table top.

Setelah bahagian atasnya siap dipasang bahagian sisi dan hadapan pula dipasang.

Kemudian lantai tandas pula dipasang jubin. En. Azhar Jamaluddin memilih untuk
memasang jubin berwarna coklat gelap pada dinding dan jubin
berwarna kelabu untuk lantainya.

Table top, dinding dan lantai yang telah siap dipasang jubin akan dibiarkan
kering semalaman atau lebih. Setelah itu ia akan dibersihkan.

Ini adalah proses memasang sinki yang baru. Pemasangan sinki ini juga
perlu dipastikan kerataannya. 

Sinki dan sistem perpaipan yang telah siap dipasang.

Ini adalah proses memasang tandas. Walaupun tandas yang lama tidak pecah
 sewaktu proses membukanya namun En. Azhar Jamaluddin mahu tandas baru dipasang.
Ini adalah tandas jenis push button.

Tandas serta sistem perpaipan yang telah siap dipasang dan
diuji.

En. Azhar Jamaluddin juga meminta 'shower' mandi dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 17 Jun 2015

MEMBAIKI LANTAI TANDAS YANG BOCOR DI HULU LANGAT, SELANGOR 2 ~ Menyapu water proofing dan membina table top (2).

Proses membaiki semula lantai tandas ini dilakukan berperingkat-peringkat. Setelah proses membuka jubin, membuat laluan air kumbahan/mandian yang baru dilakukan, lapisan pertama water proofing disapu pada lantai tandas tersebut. Ia akan dibiarkan kering kemudian lantai ini akan dirende. Selepas itu, ia akan disapu water proofing sekali lagi. Sapuan buat kali kedua ini adalah bagi memastikan dinding dan lantai tandas dilapisi dengan water proofing dan mengenai mana-mana bahagian yang tidak rata sapuannya.
En.Azhar Jamaluddin  telah meminta saya membuka sinki yang lama dan membuat table top untuk sinki yang baru. Beliau memilih sinki jenis empat segi dari jenama MOCHA. Oleh itu, setelah lantai tandas kering proses menaikkan batu bagi membuat table top dilakukan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses menyapu water proofing  untuk lapisan pertama dan dibiarkan kering.

Proses menaikkan batu bagi membina table top.

Setelah batu dinaikkan, acuan sinki akan dipasang dan menggunakan
penimbang air bagi mengukur kerataannya(level).

Ini adalah proses membuat acuan bagi  laluan air basuhan dari sinki
dan setelah ia kering akan dibuat lubang bagi memasang bottle trap dibawah nya.

Setelah itu, memasang besi BRC dilakukan. Ini bagi mengukuhkan
lagi kedudukkan table top ini.

Kemudian table top ini akan disimen konkrit.

Setelah table top siap dibina dan dibiarkan kering, ia akan disapu dengan water proofing.
Ini adalah proses menyapu water proofing bagi kali kedua.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 15 Jun 2015

MEMBAIKI LANTAI TANDAS YANG BOCOR DI HULU LANGAT, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En.  Azhar Jamaluddin yang tinggal di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.  Beliau mahu membaiki tandas di tingkat atas yang bocor. Beliau memberitahu air sentiasa menitis ke ruang tamu dan juga tangga dirumahnya walaupun tandas tidak digunakan. Air akan sentiasa menitis ke ruang tamu di bahagian bawah. Rumah ini adalah rumah teres 2 tingkat. Oleh itu, saya telah mencari punca kenapa air dari tandas boleh menitis ke bawah. Air yang sentiasa menitis ke bawah berpunca dari lantai tandas. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bagi membaiki semula lantai tandas yang bocor ini, jubin lantai, sebahagian
dari jubin pada dinding dan juga mangkuk tandas hendaklah dibuka. Ini adalah
proses membuka mangkuk tandas. Proses ini dilakukan dengan berhati-hati.
Sekiranya mangkuk tandas ini tidak pecah sewaktu membukanya, ia boleh
digunakan semula. Ini boleh menjimatkan kos membaiki tandas ini.

Ini adalah proses membuka jubin pada dinding tandas. Jubin dinding
ini dibuka bagi membolehkan ia disapu dengan water proofing. Adakala
nya, air boleh mengalir melalui dinding sekiranya paip pada dinding bocor.

Setelah jubin dinding siap dibuka ia dibersihkan dan barulah
proses memecah lantai dilakukan.

Ini adalah proses memecah jubin lantai tandas.

Ini adalah proses membuat saluran air yang baru.

Setelah jubin lantai dibuka dan dibersihkan, saluran air 
kumbahan/mandian yang baru dibuat. 

Ini adalah proses menyapu water proofing pada dinding dan juga
lantai tandas. Ini adalah sapuan pertama water proofing. Ia akan
disapu sekali lagi setelah ia kering.


Bersambung..
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 5 Jun 2015

MEMASANG TANGKI AIR DI WANGSA MAJU, SEKSYEN 5, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan yang tinggal di Wangsa Maju, Seksyen 5, Kuala Lumpur telah menghubungi saya tempohari. Beliau mahu menambah 1 unit tangki air simpanan. Dirumahnya telah sedia ada 2 unit tangki air simpanan namun 1 daripada tangki tersebut telah bocor dan tidak boleh digunakan lagi. Beliau memerlukan 2 unit tangki bagi menampung keperluan harian keluarganya yang besar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki yang baru akan diletakkan disini. 

Ini adalah proses membuka atap genting dan juga kayu kekuda
bagi membolehkan krew masuk ke dalam dan mematikan salur air
yang tidak digunakan lagi.

Tangki air yang bocor, terdapat kesan basah pada kayu pelapik.

Tangki yang berkeladak itu tidak digunakan lagi. Ini adalah
proses mematikan salur air ke tangki yang bocor tersebut.

Membuat penyambungan pada tangki baru.

 Tangki air yang telah dinaik dan diletakkan diatas tapaknya.
Kemudian sistem perpaipan disambung.

Proses mengisi air ke dalam tangki dan juga menguji ball valve.

Tangki yang telah siap dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com