facebook

Rabu, 10 April 2013

PUNCA TANDAS SUMBAT DI PUTRA LESTARI, SRI KEMBANGAN, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Faiz yang tinggal di Putra Lestari, Sri Kembangan, Selangor. Beliau memaklumkan saya bahawa tandas dirumahnya tersumbat. Saya telah mencari punca kenapa tandas tersebut tersumbat dan mengenalpasti puncanya dari mainhole yang terdapat barangan seperti kaca dan botol-botol plastik yang telah menghalang laluan air. Sila gambar-gambar dibawah ini untuk keterangan lanjut.

GAMBAR 1

Gambar 1 - Saya telah membuka mainhole dan mendapati ianya kosong. Tiada pengaliran air disitu. Ini bermakna terdapat benda-benda yang keras/pepejal yang telah menghalang air mengalir keluar.

GAMBAR 2

Gambar 2 - Ini adalah tandas yang tersumbat itu. Ia telah lama tidak digunakan kerana masalah yang dihadapi.


GAMBAR 3



Gambar 3 - Setelah tandas dipam beberapa kali, air masih tidak mengalir ke mainhole. Saya terpaksa mengorek keluar batu-batu, botol-botol plastik dan kaca yang terdapat didalam mainhole itu.


GAMBAR 4


Gambar 4 - Setelah bahan-bahan pepejal tadi dibuang barulah kedua-dua tandas dirumah En. Faiz berfungsi semula.


GAMBAR 5


Gambar 5 - Mainhole tadi yang terdapat pelbagai bahan didalamnya telah mula mengalirkan air setelah dipam.




No. tel : 012 - 6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan