facebook

Rabu, 29 Ogos 2012

Sifon lama tukar baru - penutup tandas lama tukar baru

Hari ini saya dipanggil oleh Miss Liena dari  Robson Height, Taman Seputeh, Kuala Lumpur bagi membaiki tandas dirumahnya. Beliau memberitahu kepada saya air dari tandas tidak  keluar apabila dipam. Setelah diperiksa saya dapati  sistem sifon didalam tangki tidak berfungsi. Oleh itu saya telah menukar satu set sistem sifon yang baharu bagi mengantikan yang lama. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.



  1. Gambar A menunjukkan sistem sifon didalam tangki air telah rosak dan patah.
  2. Gambar a1 pula menunjukkan satu set lengkap sistem sifon dan bola tangki telah dipasang.
  3. Gambar B menunjukkan tiada air didalam tangki.
  4. Gambar b1 pula menunjukkan air sedang diisi dan ini menunjukkan proses pemasangan ini adalah betul.


Dibawah ini pula saya tunjukkan secara terperinci bagaimana dan fungsi-fungsi ia beroperasi.




1. Paip alur masuk (paip agihan)

  • membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap bebola
  • mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
  • terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
  • mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
  • tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
  • menyalurkan air ke paip simbah

sumber maklumat dari http//:panitia_kh_tigs.blogspot




Selepas menggantikan satu set lengkap sistem sifon, saya dikehendaki memasang penutup tandas yang baharu dibeli oleh Miss Liena dari BALISYA TRADING di Batu Caves, Selangor. Penutup tandas yang dibeli beliau adalah jenis solid bamboo (100% buluh). Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.



  1. Gambar A penutup tandas lama jenis plastik yang belum ditukar.
  2. Gambar B dan C adalah penutup tandas jenis solid bamboo yang telah dipasang.




No. tel : 012 -6379460






Ahad, 26 Ogos 2012

sinki tap lama ditukar baru





floor trap lama tukar baru


FLOOR TRAP



  1. Gambar disebelah kiri atas menunjukkan floor trap yang lama jenis PVC.
  2. Gambar disebelah kanan atas pula menunjukkan floor trap yang lama sedang dibuka untuk diganti baru.
  3. Kedua-dua gambar dibawah menunjukkan floor trap jenis Stainless Steel telah dipasang.

Saya telah melakukan penukaran floor trap ini di rumah Dr Sarah tempohari sewaktu saya memasang water pump.



Jumaat, 24 Ogos 2012

Sinki tersumbat

Kali ini saya tunjukkan insiden yang sering berlaku dirumah terutamanya didapur. Sinki tersumbat adalah satu masalah yang paling menyiksakan terutama dimusim perayaan. Insiden in berlaku di rumah Puan Nabilah dari KAMPUNG WARISAN, di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Ia berlaku pada malam raya tempohari. Sedang Puan Nabilah sibuk untuk menyediakan juadah hari raya  timbul pula masalah ini. Lalu beliau menghubungi saya.



  1. Gambar diatas sebelah kiri menunjukkan sinki dapur yang dipenuhi air dan Puan Nabila telah cuba mengepam air keluar dari sinki tersebut tetapi tidak berhasil.
  2. Gambar diatas sebelah kanan pula menunjukkan punca air dari sinki tidak dapat mengalir keluar. Setelah saya membuka saluran paip itu dan mendapati ia telah diselaputi dengan lemak-lemak/minyak yang telah lama terkumpul dan telah membeku.
  3. Gambar dibawah sebelah kiri menunjukkan tiada lagi air yang bertakung di sinki dan pengaliran air berjalan lancar.
  4. Gambar dibawah sebelah kanan pula menunjukkan saluran paip yang lama telah dipotong dan diganti dengan yang baru dan saluran air masuk telah diganti dengan flexible hose.




No. tel. :  012 - 6379460


Paip air pecah dibawah sinki

Bulan ramadan telah pun berlalu dan apa yang saya tunjukkan dibawah ini berlaku pada bulan ramadan juga. En. Mustapa dari Taman Bukit Indah, Ampang  menghubungi saya bagi membaiki saluran paip air yang pecah di bawah singki. Saluran paip yang pecah telah menyebabkan air melimpah hingga ke ruang tamu En. Mustapa. Gambar-gambar yang saya ambil ini menunjukkan apa yang berlaku.





Dua gambar diatas menunjukkan saluran paip air yang pecah  dan menyebabkan air melimpah dengan banyaknya dan gambar dibawah pula saluran paip yang pecah itu telah diganti dengan flexible hose.





No. tel. 012 - 6379460




WATERLESS URINAL

Saya telah dipanggil oleh BALISYA TRADING untuk memasang 2 unit WATERLESS URINAL tempohari. WATERLESS URINAL ini telah dipasang di INTERNATIONAL SCHOOL KUALA LUMPUR, Ampang. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimanakah rupanya WATERLESS URINAL  ini.







Nota :

Waterless Urinal (Urinal tanpa air) GBH dihasilkan di Malaysia dibawah lesen daripada Waterless Co. LLC, sebuah syarikat yang diperbadankan di California, USA. Ia menggunakan teknologi terkini bertujuan menjimatkan penggunaan kuantiti air dalam proses mengumbahkan pengumbahan urinal (air kencing). Produk ini melambangkan kecanggihan teknologi yang telah terbukti keberkesanannya dan telah digunakan di USA sejak 1991.
Kepingan tengah dalam rekabentuk urinal tanpa air GBH ini menggunakan WATERLESS Co. LLC Eco-trap'K' yang telah diisi dengan WATERLESS BLUE SEAL K ('Seal biru' LLC tanpa air). 'Blue seal' adalah 95% terbiodegradasi dan direkacipta untuk bertindak sebagai penutup yang membenarkan air kencing mengalir melalui Eco-trap (Perangkap Eco) ke dalam laluan kumbahan bagi mengelak berlakunya aliran songsang iaitu bau busuk ke dalam tandas. 'Blue seal' dan 'Eco-trap' perlu diganti dari semasa ke semasa.

Sumber maklumat dari http//: www.gbhgroup.com.my



No. tel : 012 - 6379460



Khamis, 9 Ogos 2012

Water pump installation (Pemasangan pam air)

Saya telah dihubungi oleh Dr Sarah dari Taman Kosas, Ampang tempohari. Beliau telah membeli set 'Water Pump' dari BALISYA TRADING, di Batu Caves dan meminta saya untuk memasang set 'Water Pump' tersebut. Water Pump tersebut telah dipasang diatas siling berhampiran tangki air. Pemilihan tempat pemasangan water pump ini adalah pilihan Dr Sarah sendiri. Dibawah ini saya tunjukkan proses pemasangan water pump tersebut bermula dari penyediaan tapak, punca air masuk/keluar dan punca elektrik.



Untuk makluman semua, kerja-kerja pemasangan water pump ini mengambil masa lebih kurang 6 - 8 jam termasuk ujian kebocoran.






012 - 6379460




Nota :

Walaupun Dr Sarah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan namun terdapat rungutan dari beliau kerana ganguan bunyi dari siling yang amat ketara sekali. Oleh itu, saya amat mengesyorkan sekiranya anda ingin memasang water pump pilihlah tempat yang sesuai untuk meletakkan water pump itu. Ini bagi mengelakkan  getaran bunyi yang kuat dari water pump.





Selasa, 7 Ogos 2012

PAIP BOCOR DIBAWAH SINGKI


Hari ini saya telah dipanggil oleh Puan Masitah dari Lembah Keramat. Beliau memberitahu terdapat kebocoran paip di bawah singki dapurnya. Kebocoran ini telah menyebabkan lantai dapur rumahnya sentiasa basah. Ini telah menyebabkan beliau berasa tidak selesa apabila memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.


Gambar ini menunjukkan  saluran air yang bocor itu.



Gambar ini menunjukkan saluran paip yang bocor tadi telah ditukarkan kepada saluran 'flexible hose'.





012 - 6379460