facebook

Selasa, 31 Disember 2013

MEMBAIKI SINKI BOCOR

Pemilik klinik haiwan 'PETCARE' di Taman Melawati telah menghubungi saya bagi membaiki sinki yang bocor. Sila lihat dibawah ini proses membaiki sinki yang bocor.

Ini adalah sinki yang bocor itu. Terdapat kesan karat di dinding.

Setelah sinki dibuka, kelihatan besi  pengikatnya telah reput.

Besi pengikat yang reput dan berkarat telah dibuka. Bahagian yang karat telah dibersihkan dan sinki telah dipasang semula. Manakala flexi hose yang lama/rosak telah ditukar baru.

Paip air yang rosak telah dibuka dan akan diganti baru.

Paip air yang baru telah dipasang, manakala dinding yang terdapat kesan lubang telah diplaster semula.



No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 21 Disember 2013

MENUKAR ATAP METAL DECK KEPADA ATAP ASBESTOS

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang bagi membaiki bumbung yang bocor. Bumbung pada bahagian dapur rumah ini adalah dari jenis atap metal deck. Atap metal deck yang digunakan telah lebih dari 20 tahun dan terdapat beberapa bahagian yang telah bocor. Oleh kerana pelanggan ini hanya mempunyai bajet yang kecil untuk membaiki bumbung, maka pelanggan ini meminta saya menggantikan atap metal deck kepada atap asbestos. Sila lihat proses-prosesnya dibawah ini.

Ini adalah bumbung metal deck yang terdapat didapur rumah pelanggan ini. Bumbung metal deck yang dipasang ini adalah terlalu rendah kedudukkannya. Kedudukkan yang terlalu rendah akan menyebabkan ruang dapur ini  terasa bahang panas apabila memasak.  Bahang panas dapur dan juga panas matahari  telah menyebabkan ruangan dapur dua kali ganda panasnya. Disamping itu tiada ruang pengaliran udara disini.

Gambar yang diambil dari bahagian atas/luar. Terdapat beberapa kesan karat yang menyebabkan atap ini bocor.

Atap metal deck yang telah dibuka sepenuhnya.

Gambar ini menunjukkan ruang dapur dimana keseluruhan atap metal deck telah dibuka.Gambar yang diambil adalah dari pandangan hadapan.

Ini adalah proses memasang kerangka kayu. Kerangka kayu ini dinaikkkan 4 kaki lebih dari asal. Tujuan kerangka kayu ini dinaikkan supaya apabila atap asbestos dipasang nanti, ia akan  lebih tinggi dan terdapat pengedaran udara agar  bahang panas boleh  keluar.

Ini juga adalah gambar bagaimana kerangka kayu dipasang. Susun atur kayu kerangka hendaklah tepat seperti pengiraannya. Di keliling kerangka kayu ini dipasang jaring.

Setelah kerangka kayu hampir siap dipasang, cat alas/undercoat disapu pada kerangka kayu tadi.

Proses menyapu cat alas/undercoat dibahagian luar dan dalam kerangka kayu. Disamping itu siling board juga dipasang disekeliling dinding dapur tersebut. Tujuan ia dipasang adalah bagi menutup dinding batu dan mencantikkan lagi ruang dapur ini.

Ini adalah proses memotong dan memasang zink flacing. Ia adalah untuk menghalang air hujan dari mengalir masuk ke ruang dapur.

Ini adalah proses mengecat kerangka kayu. Pemilik rumah memilih cat berwarna coklat jenama ICI untuk disapukan dibahagian kerangka kayu.

Bumbung asbestos yang telah dipasang. Disini juga telah dipasang sekeping atap PVC lutsinar (clear roof). Ia bertujuan untuk pencahayaan.

Disekeliling ruang dapur ini telah dipasang dengan siling 'board'. Ia bagi menutupi  dinding dan juga siling yang kelihatan batu-bata. Ini adalah proses menyapu filler/joint compound bagi menutup mana-mana bahagian penyambung yang terbuka. Manakala bahagian grill/bingkai besi di sapu dengan cat minyak berwarna coklat.

Ini pula adalah proses memasang sesalur air yang baru.

Gambar pemasangan atap asbestos yang telah siap sepenuhnya. Keseluruhan ruang dapur ini telah disapu cat berwarna putih. Ruang dapur ini kelihatan lebih luas.


No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 7 Disember 2013

MENUKAR POLY PIPE ELBOW

Puan May yang tinggal di Taman Nirvana, Ampang telah meminta saya membaiki  penyambung paip air jenis polycarbonate yang telah bocor dari meter ke filter air. Lihat dibawah ini proses membaiki penyambung paip air.

Ini adalah filter air. Bahagian yang bocor berbalut dengan cellotape berwarna kuning.

Cellotape yang telah dibuka dan kelihatan penyambung paip yang bocor itu.
Penyambung paip ini juga di sebut 'poly pipe elbow'

'Poly pipe elbow' yang telah ditukar baru.

Terdapat kesan pecah di 'polypipe elbow' yang lama.



No. Tel : 012-6379460




Rabu, 4 Disember 2013

MENUKAR BALL VALVE

Saya telah dihubungi oleh Puan Maduu yang tinggal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang meminta saya melihat tangki air dirumahnya. Menurut Puan Maduu air dari tangki sentiasa melimpah keluar. Saya dapati bola tangki (ball valve) di tangki air tersebut telah rosak. Sila lihat dibawah ini.

Tangki air dirumah Puan Maduu.

Kesan karat yang terdapat di tempat letak tangki. Ini bermakna air yang melimpah
dari tangki telah lama.

Puan Maduu sedang  melihat proses menukar ball valve.

Ball valve yang telah berkarat dan rosak.

Ball valve yang baru telah diganti dan proses menguji ball valve.

Setelah siap sepenuhnya.


No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 30 November 2013

MEMBUAT DAN MEMASANG SILING ATAP RUMBIA DIBAWAH BUMBUNG POLYCARBONATE

Hari ini saya akan tunjukkan cara pemasangan  atap rumbia yang telah dijadikan siling dibawah bumbung polycarbonate. Idea untuk memasang siling atap rumbia ini telah dicetuskan oleh pemilik rumah. Rumah bercirikan tradisional ini telah dipasang bumbung polycarbonate dibahagian garaj bagi mengelakkan hujan dan panas. Namun begitu, pemilik rumah terasa bahang panas apabila beliau sekeluarga bersantai dikawasan beranda rumah tersebut. Walaupun bumbung polycarbonate ini tahan lasak namun, ia akan menyerap haba panas apabila cuaca panas terik. Ini telah menyebabkan pemilik rumah mengambil satu inisiatif untuk memasang siling atap rumbia. Oleh itu, beliau telah menghubungi saya bagi membuat dan memasang siling atap rumbia dirumah beliau. Sila lihat proses mula mengambil ukuran, membina kerangka kayu dan seterusnya memasang siling atap rumbia dibawah ini.

Ini adalah bumbung polycarbonate yang telah dipasang dibahagian garaj. Pemilik rumah telah
memilih bumbung polycarbonate yang berwarna hijau.

Proses pertama yang dilakukan adalah mengambil ukuran bagi membina kerangka kayu. Setelah itu, barulah kerangka kayu tadi dipotong mengikut ukuran yang diambil.

Proses kedua adalah pemasangan kerangka kayu tersebut. Jarak diantara satu kedudukkan
paku itu adalah 2".

Proses ketiga adalah pemasangan atap rumbia. Pemasangan ini haruslah tepat dan teliti
kerana sekiranya terdapat sedikit ruang kosong maka air hujan akan masuk melaluinya.
Kerangka dan siling atap rumbia ini dipasang dibahagian hujung (awning).

Ini pula adalah proses mengambil ukuran sebenar bumbung polycarbonate. Lampu dan wiring
dibuka terlebih dahulu.

Kerangka kayu yang telah dipasang dibawah bumbung polycarbonate. Paku telah dipasang 
dikerangka kayu itu berjarak 2" diantara satu dengan lain.

Proses menyusun atap-atap rumbia.

Atap rumbia yang telah disusun mengikut jarak yang telah ditetapkan.
Ia kelihatan kemas dan teratur.

Gambar ini menunjukkan atap rumbia yang telah dipasang dibahagian hujung yang dijadikan
awning dan bahagian siling garaj.

Siling atap rumbia yang telah dipasang dengan penuh ketelitian.


Setelah kesemua bahagian siling garaj dipasang dengan atap rumbia, barulah
wiring dilakukan semula dan seterusnya lampu dipasang.

Beginilah pemandangan dari bahagian hadapan rumah. Siling atap rumbia
yang telah dipasang dibahagian garaj dan juga hujung (awning).


No. Tel : 012-6379460



Jumaat, 29 November 2013

PAIP BOCOR DALAM DINDING

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur tempohari. Beliau memaklumkan kepada saya paip air dirumah beliau bocor didalam dinding. Dibawah ini saya tunjukkan proses membaiki paip air yang bocor ini.

Ini adalah paip air yang telah patah didalam dinding. Saya telah membuka 
tempat penyambungan paip  bocor itu. Ia bagi membolehkan satu
penyambungan paip baru dilakukan. Sebelum itu, tempat yang bocor 
dibersihkan terlebih dahulu.

Ini adalah bahagian paip air yang bocor/patah didalam dinding.

Setelah penyambungan paip baru dilakukan, bahagian yang berlubang itu
telah disimen semula.

Telah siap sepenuhnya, tiada lagi air bocor didinding.



No. Tel : 012-6379460