facebook

Selasa, 12 Mac 2019

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR, CUCI TANGKI DAN WATER PROOFING TAPAK TANGKI DI KEMENSAH HEIGHT, ULU KLANG, SELANGOR

En. Razif yang tinggal di Kemensah Heights, Ulu Klang menghubungi saya dan meminta membaiki bumbung rumahnya yang bocor. Beliau juga memberitahu air hujan akan mengalir masuk melalui atas bumbung. Sebelum itu, saya memeriksa bumbung dan mendapati kayu papan manis telah reput. Disamping itu, lantai tapak tangki juga meresap air. Dibawah ini saya tunjukkan gambar dan penerangannya.

Ini adalah gambar kayu papan manis yang telah reput dan juga tempat tangki air.

Tapak tangki yang basah dan ditumbuhi pokok-pokok renek.

Proses memasang kayu papan manis. Sebelum ia dipasang, kayu papan manis yang telah reput itu dibuka terlebih dahulu. Atap genting diatas kayu papan manis itu juga dikeluarkan. Kayu papan manis ini selalunya diletakkan pada hujung atap ataupun pada pangkal atap. Kayu papan manis ini boleh mereput kerana atap genting yang telah gelongsor dari tempat asal. Faktor cuaca panas dan hujan juga boleh menyebabkan ia mereput. 

Ini adalah proses mencuci tangki. Kelihatan keladak pada dasar tangki. Tangki yang telah dicuci bersih akan dikeluarkan dan dibiarkan kering.

Ini adalah proses mencuci lantai tapak tangki. Pokok-pokok renek yang terdapat disitu telah dibuang.
Begitu juga dengan kayu pelapiknya.

Setelah dicuci lantai tapak tangki ini dibiarkan kering terlebih dahulu.

Lantai tapak tangki ini disapu dengan water proofing jenam SIKA107.

Setelah lantai tapak tangki ini kering barulah dipasangkan kayu pelapik tangki yang baharu. Kemudian tangki air lama diletakkan disitu. Sistem perpaipannya juga disambung semula.

Simen pada rabong yang telah merekah dikeluarkan dan disapu dengan sealant.

Ini adalah proses mengecat kayu papan manis dengan undercoat. Selepas itu ia akan dicat sekali lagi dengan cat warna.

Diatas kayu papan manis ini diletakkan zinc flacing. Selepas itu ia juga dicat dengan cat warna.

Kerja-kerja membaiki bumbung bocor, cuci tangki dan waterproofing tapak tangki telah siap dilakukan.



No. Tel / Whats App: 012 - 6379460



Isnin, 11 Mac 2019

MEMBAIKI BUMBUNG DAN RABONG YANG BOCOR DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS, KUALA LUMPUR

Hari ini saya tunjukkan gambar yang diambil sewaktu saya dan krew membaiki bumbung yang bocor di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras tempohari. Pelanggan ini menghubungi saya dan memberitahu bumbung rumahnya bocor. Air akan mengalir masuk dan menitis diruang tangga bahagian tengah rumah. Rumah ini adalah jenis teres satu setengah tingkat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan bahagian yang bocor itu. Ini adalah tembok sempadan bumbung. Simennya telah merekah dan pecah. Ini berpunca dari faktor hujan, panas dan angin. Bocor seperti ini memang sering terjadi.

Ini pula bahagian rabong. Simen pada rabongnya juga telah lekang.

Atap genting dibuka dan dapat lihat kesan basah pada bahagian dalamnya.

Sempadan tembok simen tadi telah ditutup dengan zink dan tar aluminium. Kami tidak menyimen semula kawasan ini kerana ia memerlukan masa yang lama untuk kering. Pelanggan ini tidak mahu menggunakan kaedah itu.


Ini adalah proses menyapu sealant. Proses ini dilakukan setelah simen pada rabong tadi dibuang dan dibersihkan.

Gambar ini menunjukkan kerja-kerja membaiki rabong yang bocor telah siap dilakukan.



No. Tel:Whats App: 012 6379460



Ahad, 10 Mac 2019

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI TAMAN JATI, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Pelanggan yang tinggal di Taman Jati, Nilai, Negeri Sembilan ini memberitahu bumbung garaj rumahnya bocor. Air mengalir masuk melalui dinding. Apabila hujan lebat, lantai garaj akan dibasahi dengan air hujan. Beliau meminta saya menyiasat punca bocor tersebut. Dibawah ini saya tunjukkan gambar dan penerangannya.

Kesan basah pada siling garaj telah mengenai lampu.

Gambar ini menunjukkan sesalur air hujan. Apabila air hujan turun dengan lebat air akan mengalir terus ke siling kerana terdapat ruang diantara atap genting.

Ini pula penyambung diantara rabung dan bumbung. Terapat ruangan yang membolehkan air masuk melaluinya. Bahagian ini telah dibaiki dengan membetulkan semula kedudukkan atap genting dan juga menyapu selant FLEXI SEAL.

Ini pula rabong dibahagian garaj. Simen pada rabong telah lekang. Ia juga boleh menyebabkan air mengalir masuk melaluinya.

Kesan basah pada didinding. Gambar ini diambil dari bahagian dalam siling.

Ini adalah proses membuang kesan silikon yang terdapat pada zinc flacing sebelum ia disapu dengan sealant FLEXI SEAL.

Setelah proses membersihkan silikon lama pada zinc flacing, barulah sealant disapukan.

Menyapu sealant  FLEXI SEAL.



Setelah siap zinc flacing disapu dengan sealant FLEXI SEAL.

Ini pula proses menyapu sealant pada rabong garaj. Setiap bahagian rabong disapu dengan sealant FLEXI SEAL.

Kerja-kerja membaiki bumbung garaj yang bocor telah siap dibaiki.



No. Tel / Whats App: 012 - 6379460



Sabtu, 9 Mac 2019

MENUKAR TANGKI POLY KE TANGKI STAINLESS STEEL DI PUNCAK JALIL, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan yang tinggal di Puncak Jalil, Kuala Lumpur menghubungi saya dan memberitahu beliau mahu menukar tangki poly yang lama ke tangki stainless steel. Beliau juga memberitahu air sentiasa bertakung ditapak tangki dan mengesyakki tangki poly itu bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki stainless steel jenama LSL berkapasiti 220 Gl.

Ini adalah proses membawa naik tangki LSL ke tapak tangki lama


Tangki poly yang lama. Ia bocor dibahagian dasar tangki. Ini adalah proses membuka sistem perpaipan dan mengeluarkan air dari dalam tangki.

Setelah tangki poly dikeluarkan, tangki stainless steel diletakkan pada tapak itu. Seterusnya krew akan memasang semula sistem perpaipan pada tangki stainless steel tersebut. Kemudian ia akan diuji terlebih dahulu bagi memasti sistem perpaipan yang telah dipasang itu berjalan dengan lancar.

Krew membawa turun tangki poly lama. Pelanggan ini meminta tangki ini dibuang sahaja.

Tangki poly yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya. Tiada kebocoran dan ini adalah proses mengisi air.



NO. TEL/WHATS APP: 012 - 6379460