facebook

Rabu, 25 Februari 2015

MENCUCI TANGKI AIR DI PRESINT 11, PUTRAJAYA

Gambar-gambar yang saya tunjukkan dibawah ini adalah sewaktu saya dan krew membaiki saluran air yang perlahan. Pada asalnya, pelanggan ini hanya mahu saya mencari punca kenapa air yang disalurkan ke rumahnya amat perlahan. Beliau mengesyakki water heater di dalam tandas utama telah rosak. Untuk mengetahui puncanya, saya dah krew telah memeriksa tangki air dan mendapati air didalam tangki kekuningan dan keruh. Pada dasar tangki terdapat tanah merah. Oleh itu, disarankan agar tangki air ini dibersihkan terlebih dahulu. Sila lihat penerangannya dibawah ini.



Ini adalah water heater yang telah rosak. Terdapat beberapa komponen didalamnya
yang telah tidak berfungsi akibat  litar pintas.

Keadaan air yang berkeladak kekuningan. Ia telah menyebabkan saluran air yang
menyalurkan air ke bilik-bilik air telah tersekat. Saluran air yang dipenuhi dengan tanah
merah telah menyempitkan laluan air.

Proses mencuci tangki.

Proses membuang air dan mencuci tangki. Ia dilakukan berulang-ulang kali
bagi mempastikan tangki ini benar-benar bersih.

 Walaupun air telah dimasukkan semula ke dalam tangki namun saya dapati air itu
masih lagi kekuningan dan keruh. Ini bermakna air yang dibekalkan tidak bersih.

Untuk mengenalpasti kenapa air didalam tangki sangat kotor, saya telah membuka
meter air dan mendapati air yang dibekalkan oleh SYABAS adalah kotor. Untuk itu,
saya telah mencadangkan agar satu penapis air dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Isnin, 23 Februari 2015

MEMBAIKI PAIP BOCOR JENIS ABS DI PUNCAK ALAM, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar yang diambil sewaktu membaiki paip air yang bocor di Puncak Alam, Selangor. Pelanggan ini memberitahu, sewaktu beliau pulang dari kampung didapati siling diruang tamunya basah. Air yang mengalir kebahagian siling itu telah menyebabkan lampu kalimantang jatuh.Beliau mengesyakki tangki air yang bocor. Beliau menghubungi saya bagi membaiki tangki air yang dikatakan bocor itu. Saya telah memasukki bahagian atas dimana terletaknya tangki air tersebut dan didapati ia tidak bocor. Kebocoran yang berlaku adalah dari paip ABS yang menyalurkan air masuk ke tangki. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Saluran paip yang bocor telah dikenalpasti. Ini adalah proses memotong 
saluran paip yang bocor itu.

Ini adalah bahagian yang bocor dan telah dipotong. Kebocoran berlaku
pada bahagian penyambungnya.

Ini adalah proses penyambungan semula bahagian yang telah dipotong tadi.

Satu unit injap kekunci juga dipasang bagi memudahkan membuat kerja-kerja
penyelenggaraan dimasa hadapan.

Setelah siap penyambungan semula paip dilakukan, ia hendaklah dibiarkan
semalaman untuk mempastikan gam yang disapu tadi benar-benar kering.
Paip jenis ABS ini memerlukan tempoh pengeringan yang lebih panjang dari
paip jenis PVC.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 17 Februari 2015

UBAHSUAI FLOOR TRAP DI CYBERIA SMART HOMES, CYBERJAYA

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Beliau tinggal di Cyberia Smart Homes, Cyberjaya. Saya pernah menukar tangki dirumah pelanggan ini. Lihat entrinya disini. Masalah floor trap yang tersumbat ini telah menyebabkan air kumbahan bertakung di balkoni (bahagian belakang rumah). Beliau tinggal di tingkat atas. 
Saya dan krew telah cuba untuk menyelesaikan masalah floor trap yang tersumbat itu. Namun, ia bukan berpunca dari floor trap. Permasalahan itu berpunca dari sesalur kumbahan selepas floor trap yang tidak dapat mengalirkan air keluar ke manhole. Oleh itu, satu laluan alternatif telah dibuat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Keadaan air kumbahan yang bertakung di balkoni.

Ini adalah proses membuka floor trap bagi mengeluarkan air kumbahan.
Setelah air kumbahan mengalir keluar,  dapat dilihat ia berpunca 
dari sesalur yang tidak dapat mengalirkan air ke manhole. Oleh kerana itu,
floor trap ini ditutup semula. (Gambar sebelah kanan adalah proses menutup
semula floor trap).


Kerja-kerja membuat laluan air kumbahan yang baru dibuat pada hari yang lain. Ini bagi membolehkan pelanggan ini mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan bangunan terlebih dahulu. Saya telah mencadangkan agar air kumbahan ini disalurkan ke saluran air hujan yang mana ia terletak di luar dinding. Ini bermakna, sesalur air kumbahan  disambung dengan sesalur air hujan dan laluan ke saluran kumbahan yang asal ditutup. Air kumbahan ini akan di alirkan terus ke longkang. Kos membuat laluan baru ini adalah lebih murah berbanding memecahkan dinding dimana terdapatnya sesalur air kumbahan dan ia juga akan membabitkan jiran sebelah rumah. Setelah itu barulah kerja-kerja dapat dimulakan.

Ini adalah lakaran gambarajah kedudukkan floor trap dan sesalur air kumbahan yang asal.

Lakaran gambarajah yang dicadangkan dan telah pun dipersetujui.

Ini adalah proses memotong sesalur air kumbahan. Sesalur air ini terletak didalam
dinding dan ia bersambung dengan sesalur air kumbahan jiran sebelahnya.

Air memancut keluar setelah sesalur ini dipotong.

Memotong floor trap. Ia dipotong mengikut
perkiraan yang betul agar penyambungan yang dibuat nanti adalah tepat. Setelah itu,
gam disapu disekeliling sesalur dan dibiarkan kering seketika. Manakala, sesalur
air ke dinding telah ditutup.

Gambar diatas adalah proses menyapu gam pada floor trap yang baru. 
Setelah itu ia di cantum semula pada sesalur air kumbahan dan 
 hendaklah di tekan sedikit  agar ia benar-benar ketat.

Sesalur air yang baru telah disambung. Kemudian satu lubang di sesalur
air hujan dibuat. Setelah lubang dibuat terdapat objek hitam didalamnya. 
Beberapa kali dicuba untuk mengeluarkan objek tersebut.

Didapati objek hitam itu adalah akar kayu yang berada didalam sesalur air hujan.

Bagi mengeluarkan akar kayu tersebut, sesalur air hujan terpaksa dipotong.
Ia dipotong 4 kaki dari bawah. Setelah itu akar kayu tadi ditarik keluar. Panjang
akar kayu itu lebih kurang 6 meter.

Setelah akar kayu tadi dapat dikeluarkan sepenuhnya, sesalur air hujan tadi
di tutup semula.

Ini adalah proses penyambungan sesalur air kumbahan dan sesalur air hujan.
Proses ini dilakukan dengan teliti agar ia tidak bocor di kemudian hari. 

Ini adalah proses menyapu gam sebelum ia dicantum. Gambar
dibawah pula menunjukkan saluran air kumbahan yang baru telah siap dibuat.

Ini adalah proses membuang pokok-pokok renek yang terdapat diatas bumbung
rumah. 

Punca kenapa akar kayu boleh berada didalam sesalur air hujan adalah
kerana pokok-pokok yang terdapat diatas bumbung. Akarnya akan menjalar
ke sesalur air hujan untuk mendapatkan bekalan air.

Ini adalah gambar floor trap.








No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Jumaat, 13 Februari 2015

MEMBAIKI SALURAN PAIP BOCOR DI RAWANG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Rawang, Selangor meminta saya membaiki saluran paip dibawah sinki yang bocor. Saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki saluran paip tersebut dibawah ini.

Saluran paip yang bocor dibawah sinki.

Bahagian yang bocor dipotong.

Kemudian disambung semula dengan saluran paip yang baru.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 12 Februari 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI TAMAN SRI PUCHONG, BATU 14, PUCHONG, SELANGOR

Gambar-gambar yang ditunjukkan dibawah ini adalah sewaktu saya dan krew membaiki bumbung bocor di Batu 14, Puchong, Selangor. Masalah yang dihadapi pelanggan ini adalah air akan memasukki ke bilik tidur utama setiap kali hujan. Oleh itu, beliau meminta saya mencari punca kenapa air boleh memasukki ke bilik tidur utama di bahagian atas rumah beliau. Apabila saya dan krew memanjat bumbung rumah pelanggan ini, didapati rabongnya renggang dan beberapa keping atap genting telah retak. Itulah, punca kenapa air boleh memasukki ke bilik tidur utama rumahnya. 


Ini adalah rabong. Walaupun setiap rabong ini telah di simen namun
terdapat bahagian yang renggang. Ia renggang kerana simen itu telah lama
terdedah kepada cuaca panas dan lembab.

Ini adalah rabong 'T'. Simen dibahagian ini telah tertanggal sama sekali.

Beberapa keping atap genting yang telah retak. Ini juga boleh
menjadi punca air akan masuk ke dalam rumah.

 Setiap keping rabong telah dibuang simennya terlebih dahulu. Selepas itu, 
ia dibersihkan dan barulah proses menyapu sealant dilakukan. Atap genting yang
retak juga disapu dengan sealant.

Rabong yang telah siap disapu dengan sealant.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Khamis, 5 Februari 2015

MEMBAIKI GULLY TRAP TERSUMBAT DI TAMAN BUKIT RAJA, KLANG, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki gully trap yang tersumbat di Taman Bukit Raja, Klang, Selangor.  Pelanggan ini memberitahu gully trap ini telah lama tersumbat. Air dari sinki dapur serta tandas tidak mengalir ke manhole. Malahan ia melimpah keluar di laluan pejalan kaki di belakang rumahnya. Bau limpahan air kumbahan telah membuatkan ruangan dapur rumahnya berbau busuk. Begitu juga dengan rumah jiran-jirannya. Sila penerangan lanjut dibawah ini.

Air kumbahan yang melimpah di laluan pejalan kaki di belakang rumah.

Lantai yang berlumut kerana air kumbahan melimpah dibiarkan terlalu lama.

Gambar sebelah kiri - gully trap yang di genangi air kumbahan.
Gambar sebelah kanan - terdapat cawan stainless steel didalam manhole.

Cawan ini boleh memasukki manhole kerana penutupnya dibiarkan terbuka.

Proses mengepam gully trap. Ia dilakukan berulang-ulang kali sehingga
lelemak beku keluar. Kemudian gully trap dicurahkan dengan air. Dan proses
ini dilakukan berterusan sehingga air kumbahan mengalir ke manhole dengan lancar.

Air kumbahan telah mula mengalir keluar ke manhole dengan banyaknya.

Tiada lagi air yang bertakung digully trap.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com