Sabtu, 27 April 2013

MEMBAIKI WATER PUMP DI BANDAR SRI PUTRA, NILAI, NEGERI SEMBILAN


Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Sri Putra, Nilai, Negeri Sembilan.Beliau meminta saya menukar water pump yang telah lama digunakan. Menurut beliau, water pump tersebut tidak mengepam air dengan lancar. Beliau telah menggunakan water pump tersebut melebihi 5 tahun dan telah tamat tempoh sahlaku (warranty). Oleh itu beliau tidak dapat mengganti semula water pump tersebut.

Setelah diperiksa, water pump itu tidak rosak. Punca air yang tersekat-sekat/tidak lancar adalah kerana bebola angin telah menutupi laluan air. Apabila water pump ini mengepam air dan air yang memasukki ke saluran paip itu akan berpatah balik kerana tidak dapat menembusi bebola angin tersebut.  Oleh itu,  saluran yang terdapat didalam water pump telah dibuka bagi membebaskan bebola angin.


Pelanggan ini menggunakan waterpump jenama PANASONIC.

Water pump yang telah disambung ke saluran paip. Setelah dibaiki dan diuji semula, air telah mula mengalir dengan lancar.

Ini adalah bahagian-bahagian yang terdapat pada water pump tersebut. Lihat penerangan dibawah ini mengenai water pump jenama Panasonic.


Sumber gambar dari www.panasonic.com.my


NOTA:
Punca-punca water pump mengalami masalah pengaliran air tidak lancar :-
  • menekan suiz utama (buka/tutup) dengan kerap.
  • terdapat masalah pada suiz utama water pump.
  • penyesuaian suiz kawalan bagi mengawal tekanan water pump.
  • bekalan air terhalang kerana piping yang tidak sesuai.
  • saluran paip yang tersumbat kerana keladak didalam tangki air.
  • caj udara yang berlebihan dalam water pump.
  • tangki air bocor.
  • ball valve rosak.


No. tel : 012-6379460




Khamis, 25 April 2013

MENGENALPASTI PUNCA SALURAN KUMBAHAN BOCOR DI BAWAH LANTAI

Saya telah dihubungi oleh En. Azmi yang tinggal di Saujana Impian, Kajang, Selangor. Beliau meminta saya memeriksa dibahagian manakah rumahnya yang mengalami kebocoran. Ini adalah kerana, jiran bersebelahan  mengadu bahawa air kumbahan dari rumah beliau mengalir ke rumahnya. Rumah jirannya sentiasa mengalami gangguan bau-bauan yang amat busuk. Ini telah menyebabkan rasa tidak senang hati jirannya.

Setelah dibuat pemantauan, saya berpendapat berkemungkinan ia berpunca dari saluran kumbahan utama yang terdapat didalam dinding. Oleh itu saya meminta keizinan En. Azmi bagi memecah dinding dimana saluran kumbahan itu terletak. Untuk makluman, saluran kumbahan utama itu terletak dibahagian hujung diruang tamu rumah beliau.

Gambar 1 

Gambar 1 - Ini adalah bahagian ruang tamu rumah En. Azmi. Dibahagian dinding ini terdapat saluran kumbahan utama. Saya akan memecahkan dinding tersebut bagi melihat keadaan saluran kumbahan itu.


Gambar 2

Gambar 2 - proses memecah dinding bagi melihat keadaan saluran kumbahan tersebut.


Gambar 3

Gambar 3 - setelah dinding dipecah, kelihatan terdapat air yang mengalir melalui saluran kumbahan tersebut. Saya dapati terdapat beberapa bahagian yang telah bocor/pecah.


Gambar 4

Gambar 4 -  bagi memudahkan mengenal pasti bahagian yang bocor/pecah itu pekerja-pekerja menggunakan mesin grinder bagi memotong  jejari besi dan hacker bagi memecah lantai simen.  Terdapat beberapa bahagian yang bocor/pecah itu dipotong dan diganti dengan saluran kumbahan jenis UPVC.

Gambar 5

Gambar 5 - ini adalah saluran kumbahan yang bocor/pecah yang gambarnya diambil dari dekat.

Gambar 6

Gambar 6 - beberapa bahagian saluran kumbahan yang telah dipotong.

Gambar 7

Gambar 7 - saluran kumbahan yang telah disambung semula dan kemudianya disapu dengan water proofing. Penyapuan water proofing ini perlu dilakukan supaya ia tahan lama.

Gambar 8

Gamabr 8 - setelah water proofing betul-betul kering barulah bahagian lantai disimen semula.

Gambar 9

Gambar 9 - dinding yang tadinya dipecahkan telah disimen semula.

Gambar 10

Gambar 10 - proses pemasangan semula jubin lantai yang telah dipecahkan.

Gambar 11

Gambar 11 - keadaan dinding dan lantai yang telah siap.


No. tel : 012-6379460




Selasa, 23 April 2013

SALURAN AIR BOCOR DI BUKIT MULIA, BUKIT ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya melihat bumbungnya yang bocor. Setiap kali hujan air akan menitis masuk ke bahagian dalam rumah. Setelah diperiksa bahagian bumbung tersebut saya dapati terdapat beberapa bahagian yang berkarat dan reput. Untuk makluman, pelanggan ini tinggal di Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor.

Gambar 1

Gambar 1 - inilah bahagian-bahagian yang telah berkarat dan reput yang menjadi punca air akan menitis masuk apabila hujan.

Gambar 2

Gambar 2 - bahgian-bahagian yang berkarat dan reput tadi telah dibersihkan.

Gambar 3

Gambar 3 - bahagian yang telah dikenalpasti sebagai punca kebocoran itu berlaku, disapu dengan water proofing.

Gambar 4


Gambar 4 - setelah water proofing disapu, kedudukkan atap yang tidak  dipasang dengan dengan betul sebelum ini, dibetulkan semula.



No. tel : 012-6379460




Ahad, 21 April 2013

MEMBEKAL DAN MEMASANG WATER PUMP, DI KLINIK HAIWAN PETCARE, TAMAN MELAWATI

Saya telah diminta untuk membekal dan memasang water pump oleh Dr George pemilik klinik haiwan 'PETCARE SHOP' yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tujuan beliau meminta saya memasang water pump ini adalah kerana tekanan air yang rendah telah menyukarkan kerja-kerja memandi haiwan-haiwan dan membersihkan kawasan klinik tersebut.

Gambar 1
Gambar 1 - Dr. George meminta water pump itu diletakkan di sini kerana bahagian ini tidak digunakan.

Gambar 2


Gambar 2 - setelah kawasan tadi dibersihkan, water pump dan  lapik kayu dipasang.

Gambar 3

Gambar 3 - proses memasang 'fitting'.Memasang saluran paip pvc yang disambung ke tangki air.

Gambar 4

Gambar 4 - Water pump yang telah siap dipasang dengan penyambungan saluran paip air.

Gambar 5

Gambar 5 - apabila diuji air mengalir dengan laju dikedua-dua paip (bahagian luar dan dalam)


NOTA
Klinik haiwan ini mengalami tekanan air yang rendah kerana tangki air diklinik tersebut terletak dibahagian yang tidak tinggi. Ia terletak disiling bilik mandi yang berketinggian 10 kaki. Dengan ketinggian itu,  air dari tangki tidak mendapat tekanan yang secukupnya bagi membolehkan air mengalir dengan laju. Untuk makluman, saya telah menggunakan water pump jenama Hitachi berkapasiti 100 watt.




No.tel : 012-6379460




Jumaat, 19 April 2013

MEMBINA KOLAM UNTUK HAIWAN PELIHARAAN - KURA-KURA

Saya telah diminta oleh Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati bagi membina kolam. Kolam yang bina itu bagi meletakkan haiwan peliharaan beliau, sepasang kura-kura.

Gambar 1

Gambar 1 - disinilah tapak bagi membina kolam tersebut. Puan Lela mahu kolam yang dibina itu berukuran  3' x 5' kaki persegi.


Gambar 2
Gambar 2 - kawasan tapak  yang bersemak telah dibersihkan dan kolam dibina mengikut kemahuan Puan Lela. Saluran paip air juga telah dipasang disitu.

Gambar 3

Gambar 3 - Setelah disimen lantai tadi, Puan Lela meminta lantai tersebut di pasang shanghai plaster.

Gambar 4

Gambar 4 - sementara menunggu  shanghai plaster kering sepenuhnya, disekeliling kolam dibersihkan bagi menanam rumput yang baru.


Gambar 5

Gambar 5 - kolam yang telah siap dan haiwan peliharaan Puan Lela telah diletakkan disitu.



No. tel : 012-6379460



Rabu, 17 April 2013

MEMBAIKI SALURAN KUMBAHAN JENIS CAST IRON DI TAMAN ZOOVIEW, KUALA LUMPUR

Gambar-gambar ini diambil sewaktu membaiki saluran kumbahan yang telah reput dan bocor di rumah Kolonel (B) Bob. Beliau tinggal di Taman Zooview, Kuala Lumpur.

Gambar 1

Gambar 1 - ini adalah saluran kumbahan yang telah reput dan terdapat beberapa bahagian yang telah bocor. Ia adalah dari jenis cast iron.

Gambar 2

Gambar 2 - saluran kumbahan yang telah ditampal dan disapu dengan water proofing.

Gambar 3

Gambar 3 - setelah disiap ditampal dan disapu dengan water proofing.

NOTA
Saluran kumbahan yang telah reput dan bocor ini tidak boleh diganti dengan yang baharu kerana terdapat pelbagai komplikasinya. Antaranya, berkemungkinan besar ia akan pecah sewaktu membuka dan akan menyebabkan limpahan najis keseluruhan kawasan kejiranan itu. Oleh itu saya hanya menampal dan menyapu water proofing sahaja. Pun begitu saya tidak dapat menjamin ketahanannya berapa lama.


No. tel : 012-6379460




Isnin, 15 April 2013

AIR BOCOR DI BAWAH TIANG DI LESTARI PUTRA, SERI KEMBANGAN

Hari ini saya nak tunjukkan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang mengalami masalah air  mengalir melalui tiang yang terdapat dibahagian garaj rumah beliau. Beliau berasa hairan dan kehilangan punca apabila air sering membasahi bahagian tersebut. Ia menjadi satu pembaziran apabila air itu sering mengalir tanpa henti. Disamping itu bil air akan bertambah. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini untuk penerangan selanjutnya.

GAMBAR 1
Gambar 1 - disini adalah dimana air sering membasahi lantai. Ianya bukan berpunca dari  paip utama atau meter air. Melihat pada keadaan itu saya telah memecah sedikit bahagian air yang mengalir itu.

GAMBAR 2

Gambar 2 - apabila saya terus memecah ke bahagian dalam  lantai tersebut dan mendapati ada saluran paip air (pvc) dibahagian tersebut, namun paip itu tidak ditutup(dimatikan).  Itulah punca dimana air sentiasa mengalir.

GAMBAR 3


Gambar 3 - saya telah memasang endcap bagi menutup saluran paip  itu.


NOTA
Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Saluran air ini sepatutnya disalurkan terus ke pili luar. Namun ia  tidak disambung dan terus di konkrit sahaja. Ia adalah kesilapan dan berkemungkinan pekerja yang melakukan kerja-kerja paip ini bukanlah seorang yang berpengalaman.


No. tel : 012-6379460




Jumaat, 12 April 2013

SALURAN AIR KUMBAHAN TERSUMBAT DI PUTRA MAHKOTA, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seorang pelangan dari Putra Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya. Masalah yang dihadapi oleh beliau ialah saluran air kumbahan tersumbat. Air dari sinki dibilik air juga tidak boleh mengalir keluar dengan lancar kerana floor trap utama tersumbat. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan beberapa entri mengenai saluran air kumbahan tersumbat  di sinisini dan sini.

GAMBAR 1

Gambar 1 - sinki di tandas tersumbat. Proses mengeluarkan air dari sinki menggunakan baldi sebagai bahan tadahan.

GAMBAR 2

Gambar 2 - apabila air dipasang floor trap dipenuhi air dan lambat mengalir. Walaupun beberapa kali ia dipam menggunakan rotan namun masih belum mengalir keluar dengan lancar.

GAMBAR 3

Gambar 3 - proses ini agak rumit kerana lelemak yang terdapat dalam floor trap agak tebal. Pekerja saya terpaksa menggunakan batang saluran paip bagi  menghancurkan lelemak tersebut. Setelah itu air panas dicurahkan ke lubang floor trap tadi bagi mencairkan lelemak tersebut.

GAMBAR 4

Gambar 4 - setelah melakukan proses tadi berulang kali barulah segala kekotoran dan lelemak cair itu keluar. Ia juga mengeluarkan bau-bauan yang amat busuk. 

GAMBAR 5
Gambar 5 - ini adalah proses membersihkan lantai yang tadinya dipenuhi kekotoran dan lelemak cair.

GAMBAR 6

Gambar 6 - lantai dapur yang sudah dibersihkan.

TIPS:
 Floor trap hendaklah selalu di siram dengan air panas sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Jangan membuang minyak kedalam sinki. Ia akan membeku apabila  sejuk dan akan menyempitkan saluran kumbahan itu. Pastikan floor trap sentiasa tertutup supaya benda-benda keras seperti cawan plastik, sabun mandi dan  sebagainya tidak terjatuh kesitu.



No. tel : 012-6379460



Rabu, 10 April 2013

PUNCA TANDAS SUMBAT DI PUTRA LESTARI, SRI KEMBANGAN, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Faiz yang tinggal di Putra Lestari, Sri Kembangan, Selangor. Beliau memaklumkan saya bahawa tandas dirumahnya tersumbat. Saya telah mencari punca kenapa tandas tersebut tersumbat dan mengenalpasti puncanya dari mainhole yang terdapat barangan seperti kaca dan botol-botol plastik yang telah menghalang laluan air. Sila gambar-gambar dibawah ini untuk keterangan lanjut.

GAMBAR 1

Gambar 1 - Saya telah membuka mainhole dan mendapati ianya kosong. Tiada pengaliran air disitu. Ini bermakna terdapat benda-benda yang keras/pepejal yang telah menghalang air mengalir keluar.

GAMBAR 2

Gambar 2 - Ini adalah tandas yang tersumbat itu. Ia telah lama tidak digunakan kerana masalah yang dihadapi.


GAMBAR 3



Gambar 3 - Setelah tandas dipam beberapa kali, air masih tidak mengalir ke mainhole. Saya terpaksa mengorek keluar batu-batu, botol-botol plastik dan kaca yang terdapat didalam mainhole itu.


GAMBAR 4


Gambar 4 - Setelah bahan-bahan pepejal tadi dibuang barulah kedua-dua tandas dirumah En. Faiz berfungsi semula.


GAMBAR 5


Gambar 5 - Mainhole tadi yang terdapat pelbagai bahan didalamnya telah mula mengalirkan air setelah dipam.




No. tel : 012 - 6379460