facebook

Khamis, 25 Mei 2017

MENUKAR TANGKI POLY YANG BOCOR KEPADA TANGKI STAINLESS STEEL DI BANDAR SRI PUTRA, PUCHONG, SELANGOR

Seorang pelanggan telah menghubungi saya tempohari. Beliau meminta saya melihat tangki air jenis poly yang bocor di rumahnya. Beliau merasakan tangki itu bocor kerana terdapat kesan air pada siling rumahnya. Setelah diperiksa tangki ini memang bocor. Setelah berbincang dengan pelanggan ini beliau mahu menukar tangki poly kepada tangki stainless steel. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki poly yang terletak disatu ruang  bahagian bumbung.

Gambar ini menunjukkan bahagian bucu tangki yang bocor.

Setelah tangki poly dikeluarkan lantai konkrit yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek
dibuang dan lantai itu dibersihkan. Krew saya sedang membersihkan kawasan dimana
tangki stainless steel akan diletakkan.

Kali ini saya menggunakan kren untuk menaikkan tangki stainless steel  ke
tapaknya.

Tangki stainless steel diletakkan perlahan-lahan  ke tapaknya.

Gambar ini menunjukkan tangki stainless steel ini berada diatas konkrit. Sistem
perpaipan juga telah siap dipasang.

Pelanggan ini juga meminta saya memasang water pump.

Water pump yang telah siap dipasang dan diuji.

Ini adalah proses memasukkan air ke dalam tangki stainless steel.

Tangki yang telah dipenuhi air sebelum penutupnya ditutup.

Tangki stainless steel jenama LSL yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya.



No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com

Selasa, 23 Mei 2017

MEMBAIKI TANDAS YANG TERSUMBAT DI LA COTTAGE, PUTRA PERDANA, PUCHONG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Putra Perdana, Puchong, Selangor. Beliau memberitahu tandas di rumahnya telah seminggu tersumbat. Air najis bertakung dimangkuk tandas dan tidak mengalir keluar apabila dipam. Dibawah ini saya tunjukkan video bagaimana krew saya menggunakan rotan untuk membebaskan air najis dari mangkuk tandas.



No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com

Jumaat, 28 April 2017

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR JENIS "LAMINA GALVANIZED" DI KELANA JAYA, SELANGOR.

Seorang pelanggan menghubungi saya meminta saya membaiki bumbung bocor. Beliau tinggal di Kelana Jaya. Apabila hujan, air akan menitis masuk ke dalam bilik tidur utama. Saya dan krew telah memanjat bumbung dan mengenalpasti bahagian mana yang bocor itu. Untuk makluman, pelanggan ini menggunakan atap "lamina-galvanized". Atap ini di import dari luar negara. 
Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Diatas bumbung dan dibawah zink flacing ini dipenuhi dengan daun-daun kering. Bumbung jenis ini dipasang selapis demi selapis dan ia dipasang dari bawah ke atas. Air yang menitis itu berpunca dari daun-daun yang telah tersangkut pada zink flacing tersebut. Ia telah menyebabkan ada ruang diantara zink flacing dan bumbung itu. Oleh itu, air hujan akan mengalir masuk ke situ.

Ini adalah proses membersih bumbung  dengan menyapu daun-daun kering dan dikumpulkan disatu tempat. Daun-daun yang terdapat dibawah zink flacing itu juga akan disapu keluar.

Gambar ini menunjukkan bahagian bawah zink flacing yang telah dibersihkan.

Ini adalah proses memasang tar aluminium diantara zink flacing dan bumbung.

Selepas tar aluminium itu dipasang ia akan dibakar. Tujuan ia dibakar adalah untuk melekatkan tar aluminium tersebut.

Apabila tar aluminium itu cair ia digelek dengan roller supaya  melekat.

Ini adalah proses menyapu flexi seal pada tar aluminium dan juga bahagian tepi dinding.

Menyapu flexi seal pada dinding yang merekah.


Bumbung yang telah siap dibaiki.


No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com




Khamis, 27 April 2017

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI RESIDENSI BISTARIA, TAMAN UKAY BISTARI, AMPANG, SELANGOR

Saya dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Apartmen Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor tempohari. Beliau meminta saya membaiki gully trap yang bocor. Beliau tinggal di tingkat 8 apartmen tersebut. Pelanggan ini memberitahu saya  pernah seorang kontraktor yang membaiki floor trap  tersumbat ditingkat atas apartmen (tingkat 9) membuka gully trap tersebut. Kontraktor yang membaiki gully trap ditingkat 9 itu membukanya kerana berpendapat ianya perlu dibuka dari bawah bagi melepaskan air/bahan-bahan lain yang menyebabkan floor trap itu tersumbat.

Sila lihat penerangan yang saya berikan dibawah ini.

Membuka gully trap.

Membuang air yang terdapat pada gully trap.


Memasang   penutup gully trap yang baharu.

Setelah siap dipasang semula.


No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com

NOTA:

Gully Trap jenis UPVC ini selalunya terdapat di Apartmen, Kondominium dan sebagainya.
Mengikut pengalaman saya jika berlaku floor trap tersumbat terutamanya dibahagian dapur, kontraktor yang dipanggil tidak boleh membuka gully trap tersebut. Ini adalah kerana terdapat getah didalamnya. Getah tersebut berfungsi sebagai pengetat untuk menghindari dari berlakunya air menitis keluar dari gully trap. Apabila gully trap dibuka dengan objek yang keras(spanar) getah yang terdapat didalamnya akan terpusing dan mengembang.  Setelah dipasang semula air boleh menitis keluar melaluinya. 

Kaedah membaiki semula floor trap ini adalah dengan mengantikan penutup gully trap. Penutup gully trap mesti sama dengan penutup gully trap asal.

Isnin, 3 April 2017

MENCUCI TANGKI DI BANDAR TUN HUSIN ONN, CHERAS, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Tun Husin Onn, Cheras, Kuala Lumpur yang mahu tangki air dirumahnya dicuci. Beliau memberitahu tangki air dirumahnya tidak pernah dicuci semenjak beliau mendudukki rumah tersebut. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Mendapan keladak yang terdapat didasar tangki air.

Ini adalah proses mencuci dinding tangki. Apabila ia dicuci dengan span air didalam tangki bertukar berwarna coklat.

Beginilah warna air didalam tangki. Ini adalah proses menceduk keluar air.

Setelah air dikeluarkan lantai dan dinding tangki dicuci dengan bersih.

Ini adalah proses memasukkan semula air kedalam tangki. Terdapat kesan keladak pada
dinding tangki kerana tangki ini telah lama dibiarkan tidak dicuci.


NO. TEL/WHATS APP: 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com


Sabtu, 1 April 2017

MENUKAR PAIP ABS YANG BOCOR KEPADA PAIP PVC DI BUKIT MAHKOTA, BANGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Beliau memberitahu tangki air dirumahnya bocor. Beliau mengesyaki tangki air itu bocor  kerana siling dirumahnya lembab dan berkulat. Pada asalnya beliau meminta saya menukar tangki yang dikatakan bocor itu. 
Saya telah memeriksa tangki tersebut dan mendapati saluran paip ABS yang disambung ke tangki air yang bocor. Terdapat 2 bahagian yang bocor iaitu dibahagian penyambung atas dan  juga bawah. Dibawah ini saya terangkan dengan lebih lanjut.

Saluran paip ABS yang disambung ke tangki telah bocor.Ini adalah dibahagian atasnya.

Bahagian bawahnya juga bocor.

Saya telah membuka paip ABS dan memasang paip PVC yang baru.

Setelah siap dipasang saluran paip PVC, tiada lagi kebocoran.



NO. TEL/WHATS APP : 012-6379460
Emel : normalplumbing@gmail.com