facebook

Selasa, 14 Oktober 2014

TUKAR TANGKI DI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Beliau mahu menukar tangki air lama yang telah bocor. Tangki air lama adalah dari jenis fibre. Dibawah ini saya tunjukkan penerangannya.

Tangki air baru yang berkapasiti 200 liter dinaikkan ke atas bumbung.

Ini adalah membuka atap genting dan memotong kayu kekuda bagi 
membolehkan tangki air yang lama dibawa keluar dan tangki air
yang baru diletakkan di situ.

Ini adalah proses mengeluarkan tangki air yang lama.


Kemudian tangki air yang baru dimasukkan dan diletakkan diatas tapak tangki.


Setelah tangki air baru dimasukkan, kayu kekuda yang telah dipotong tadi
disambung semula mengikut ukurannya. Kemudian, atap genting akan dipasang
semula mengikut susunan yang betul.

Pelanggan ini juga telah meminta saya membaiki atap yang bocor. Apabila
hujan, air akan memasukki ke bilik tidur. Saya dapati beberapa keping atap
genting yang telah pecah dan rabongnya pula retak.

Rabong dan atap genting yang pecah/retak telah disapu dengan water proofing.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 5 September 2014

DIY - CARA MEMBAIKI FLOOR TRAP YANG TERSUMBAT

Sering kali saya dihubungi oleh pelanggan yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Floor trap tersumbat kerana minyak dan lelemak seperti lemak ayam, daging dan sebagainya sering dibuang ke dalam sinki. Kemudian ia dialirkan terus ke saluran paip. Apabila lelemak/minyak yang dialirkan ke sinki itu sejuk, pembekuan akan berlaku. Lama kelamaan lelemak/minyak tersebut akan menebal dan menutupi saluran paip, floor trap dan juga gully trap. Ini akan menyebabkan laluan floor trap menjadi sempit dan menyukarkan air kumbahan mengalir ke manhole. 

Bagi membaiki floor trap yang tersumbat ini saya tunjukkan cara-caranya didalam video dibawah ini. Saya berharap anda akan mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya.






No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 2 September 2014

MEMBAIKI GULLY TRAP TERSUMBAT DI SG. BULUH, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya membaiki gully trap yang tersumbat. Untuk makluman, gully trap ini terletak dibahagian dapur kerana rumah ini telah dibuat penambahan pada bahagian dapurnya. Gully trap pada asalnya terletak dibahagian luar dapur. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Beginilah keadaan gully trap yang tersumbat itu. Air kumbahan dari sinki 
telah melimpah ke bahagian lantai dapur.

Setelah beberapa kali dipam.

Tiada air yang mengalir ke manhole.

Setelah dipam beberapa kali barulah air kumbahan dapat mengalir ke mahole.

Gully trap yang telah dibersihkan.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 1 September 2014

MEMASANG ATAP METAL DECK (PU DECK) DAN TANGKI STAINLESS STEEL JENAMA DELUXE DI PUCHONG SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Tazilan yang tinggal di Puchong, Selangor.  Beliau telah membuat penambahan (extension) pada dapur dan juga sebuah bilik lagi dibahagian atas. Setelah penambahan itu dilakukan beliau dapati air akan masuk ke bilik anaknya setiap kali hujan. Beliau telah berkali-kali menghubungi semula kontraktor yang membuat penambahan itu namun tidak pernah datang. Oleh itu, beliau telah meminta saya mencari punca kenapa air hujan boleh masuk ke bilik tidur anaknya sedangkan sebelum melakukan penambahan air hujan tidak pernah memasukki ke ruang dapur.

Setelah diperiksa, saya dapati bumbung yang dipasang adalah landai. Apabila bumbung yang dipasang itu landai, ini akan menyebabkan air hujan berpatah balik dan bertakung diantara atap genting. Ini adalah punca kenapa air hujan boleh memasukki ke bilik tidur tersebut. Bagi membaiki semula bumbung itu, kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana, atap genting dan kerangka kayu akan dibuka. Selepas itu, kerangka kayu akan dibetulkan semula kedudukkan dan ketinggiannya.Untuk itu, lebih banyak kayu akan diperlukan. Besar kemungkinan kos pembelian kayu akan bertambah. Masa yang diperlukan bagi membuka, memasang dan memperbetulkan semula bumbung ini adalah  seminggu. Dengan cuaca yang lembap sekarang ini adalah sukar untuk mempastikan kerja-kerja ini dapat disiapkan dalam masa 7 hari.

Oleh itu, saya mencadangkan agar bumbung itu digantikan dengan metal deck. Pemasangan atap metal deck boleh dilakukan dalam tempoh satu hari sahaja. En. Tazilan bersetuju untuk memasang atap metal deck. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting pada bahagian dapur.

Ini adalah proses membuang atap genting tersebut.


Setelah ke semua atap genting tadi dibuang, atap metal deck dinaikkan dan proses
pemasangan atap metak deck dilakukan.


Beginilah rupanya atap metal deck yang telah dipasang.



Ini pula adalah proses menaikkan tangki stainless steel jenama DELUXE yang
berkapasiti 220 gelen. En. Tazilan telah meminta saya menukarkan tangki air poly
kepada tangki stainless steel kerana tangki air tersebut telah bocor.

Ini adalah proses membuang air yang terdapat didalam tangki poly. Kemudian, sistem
perpaipan dibuka dan kawasan tapak tangki dibersihkan terlebih dahulu.

Tangki stainless steel yang telah dinaikkan dan diletakkan pada tapak asal.
Tangki ini telah dipasang semula sistem perpaipannya dan telah diuji sepenuhnya
bagi mempastikan tiada kebocoran dimana-mana bahagian.






NOTA:
Atap metal deck yang dibekalkan adalah jenis PU DECK yang berketebalan 0.35mm hingga 0.48mm + C7 dan panjang 762 mm, setiap tinggi lekukkan adalah 23mm. Kebaikkan atap metal deck jenis ini adalah :


  1. Ia tahan pada haba panas sehingga 120 celcius.
  2. Ia akan menebat haba sehingga 60% ke 70%.
  3. Cetakan timbul (embossed pvc) pada atap adalah untuk menghalang dari berlakunya kondensasi.
  4. Ia sangat kukuh dan menarik serta dapat memberi kecerahan pada bahagian dalam rumah.
  5. Mempunyai daya lekatan yang kuat.
  6. Struktur atap yang dibina dengan gelembung dapat memisahkan bunyi. Oleh itu, ia tidak menyerap bunyi bising.
  7. Atap jenis ini tahan pada asid, alkali dan bahan-bahan kimia.
  8. Ketahanannya telah diuji dan dapat bertahan sehingga 10 tahun atau lebih.

No. Tel : 012-6379460

Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 19 Ogos 2014

DIY - CARA MEMBAIKI SINKI TERSUMBAT

Saya sering dihubungi oleh pelanggan yang mahu saya membaiki sinki dapur yang tersumbat. Di sini saya tunjukkan video bagaimana anda boleh membaiki sinki yang tersumbat itu. Caranya amat mudah sekali. Anda harus mencuba sehingga berjaya.

Semoga anda berjaya melakukannya sendiri.


Normal
No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 26 Julai 2014

MEMBAIKI DAN MEMASANG JUBIN LANTAI DI BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR

En. Faizal yang tinggal di Bandar Kinrara, Puchong telah meminta saya membaiki semula lantai garaj yang rosak. Beberapa jubin lantai telah pecah. Disamping itu, beliau juga mahu lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah disimen. Beliau mahu lantai pesiar kaki sentiasa kemas dan bersih. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah jubin dibahagian garaj yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan membuang jubin lantai yang rosak.

Jubin lantai yang telah dibuka. Proses membersihkan semula kawasan ini
sebelum proses seterusnya dilakukan.

Bahagian tepi garaj yang sebelum disimen dan dipasang jubin. Bahagian ini akan
disimen dan pemasangan sesalur air dilakukan bagi membolehkan air hujan dari atas
dialirkan melalui sesalur ini.

Proses pemasangan jubin dibahagian tengah dan juga tepi garaj.

Gambar ini menunjukkan jubin lantai di bahagian garaj telah siap dipasang.

Ini adalah lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah.

Sebelum ini, kawasan ini dipenuhi oleh rumput dan lalang. Kawasang ini telah
dibersihkan sebelum disimen semula.

Ini adalah proses membancuh simen. Sebelum itu sesalur air akan dipasang.
Ini kerana bahagian longkang ini akan disimen.

Ini adalah proses menyimen lantai.

Lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah telah siap disimen.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 24 Julai 2014

PAIP BOCOR DI KERAMAT PERMAI

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki semula saluran paip poly yang telah bocor didalam tanah. Saluran paip ini bocor secara tidak sengaja apabila beliau tercangkul saluran paip itu. Ini telah mengakibatkan air memancut keluar. 

Saluran paip poly yang bocor.

Bahagian yang bocor telah dipotong dan akan disambung semula 
dengan penyambung poly yang baru.

Penyambung  poly yang bersaiz 3/4" telah dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 16 Julai 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR, TANDAS TERSUMBAT DAN PAIP AIR BOCOR DI TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Taman Putra Prima, Puchong ini menghubungi saya tempohari. Beliau mahu saya membaiki bumbung bocor, tandas tersumbat dan juga paip air yang bocor dirumah beliau. Bumbung bocor telah menyebabkan air memasukki ke siling rumah. Terdapat tompokan-tompokan air di bahagian siling. Tandas yang tersumbat pula telah menyebabkan beliau tidak dapat lagi menggunakan tandas tersebut. Manakala lantai di bilik stor bahagian garaj rumahnya sentiasa basah. Beliau berasa musykil kerana dibahagian stor rumah itu tidak ada paip. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah kesan tompokan air hujan pada siling rumah.

Air hujan boleh memasukki siling adalah kerana atap genting yang lari dari kedudukkannya/renggang.

Atap genting yang lari dari kedudukkannya telah dibuka dan didapati kayu kekuda yang menyokong atap genting tidak disambung sehingga ke hujungnya. Kayu yang tidak disambung ke hujung itu adalah 8 inci panjangnya. Bagi membetul semula kedudukkan atap genting ini, saya menggunakan paku panjang yang berukuran 4 inci yang dipaku pada kayu kekuda dibahagian kiri dan kanan.

Atap genting yang telah siap dibaiki.

Tandas ini telah tersumbat selama 7 hari.

Proses mengepam tandas dilakukan beberapa kali sehingga air kumbahan mengalir keluar.

Tandas yang telah bersih setelah ia dipam. Tiada lagi bahan buangan didalam tandas.

Gambar ini menunjukkan air yang sentiasa bergenang diatas lantai bilik stor di bahagian garaj.

Ini adalah proses memecah dinding di bilik stor bagi melihat bahagian manakah yang bocor.
Setelah dinding dipecahkan dapat dilihat saluran paip yang bocor itu. Saluran paip ini adalah dari tangki air simpanan dibahagian atas rumah yang menyalurkan air ke bahagian garaj.

Stop valve ditutup supaya air tidak mengalir dan saluran paip boleh dipotong dan diganti baru.

Paip yang telah dipasang dan diuji. Setelah  pasti  ia tidak bocor barulah dinding disimen semula. Dinding dibiarkan kering beberapa hari barulah ia dicat.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com