Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki paip yang bocor. Dapat dilihat air sentiasa bertakung diatas tanah. Pelanggan ini memberitahu, paip ini patah kerana terlanggar secara tidak sengaja. Oleh itu beliau meminta saya membaiki semula paip tersebut. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Dapat dilihat air sentiasa bertakung diatas tanah.
Kawasan yang digenangi air itu dicangkul dan saluran paip itu dikeluarkan.
Punca air sentiasa mengalir keluar adalah kerana saluran paip itu telah patah dibahagian dalamnya.
Ini adalah proses mengeluar dan membersihkan kawasan dimana terdapatnya
saluran paip yang patah itu.
Saluran paip yang patah.
Bahagian yang patah ini dipanggil 'valve socket'.
'Valve socket' jenis pvc telah dipasang.
Satu unit 'valve socket' juga telah disambung pada salur paip.
Setelah 'valve socket' disambung, ia ditutup semula dan disimen.
Setelah siap dibaiki, tiada lagi air yang bertakung diatas tanah.
Saya telah dihubungi oleh Yang DiPertua Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi bagi membaiki bumbung yang bocor disekolah tersebut. Bumbung yang bocor itu adalah dilaluan pejalan kaki menuju ke pejabat pentadbiran. Saya dan krew telah memeriksa bumbung yang bocor itu. Didapati punca yang menyebabkan ia bocor adalah sesalur air jenis zink telah berkarat dan bocor, paku payung pada atap metal deck telah berkarat dan beberapa sebab lagi.
Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan ini telah dilakukan pada bulan Disember, 2014 yang lalu. Sila lihat proses membaiki semula bumbung dan penjelasan lanjut mengenainya dibawah ini.
Ini adalah bahagian yang didapati telah usang dan menyebabkan kebocoran berlaku. Gambar disebelah kiri adalah sesalur jenis zink yang telah reput dan beberapa bahagian telah berlubang. Gambar disebelah kanan bahagian bawah pula adalah paku payung pada atap metal deck telah berkarat.
Gambar disebelah kiri menunjukkan atap metal deck yang telah terkoyak sewaktu
pemasangannya dahulu. Ia tidak disapu dengan sealant. Gambar sebelah kanan paku
payung yang telah berkarat dan tertanggal dari atap metal deck.
Tampalan pada atap metal deck yang tidak disapu dengan sealant dan sesalur air
hujan yang telah berlubang dan reput.
Ini adalah proses membuka ke semua paku payung. Setelah itu atap metal
deck ini dibuka. Atap metal deck ini tidak diganti baru kerana ia masih boleh
digunakan.
Setelah atap metal deck dibuka, dapat dilihat kayu kerangka yang tidak
disusun dengan betul. Terdapat kayu kerangka yang bengkok. Apabila hendak
memasang atap metal deck kedudukkan kayu kerangka hendaklah lurus dan selari
kerana sewaktu proses memaku ia akan dipaku terus diantara atap dan
juga kayu kerangka.
Ini adalah proses memasang semula atap metal deck. Ia disusun mengikut
susunan yang betul. Sebelum memasang atap metal deck, sesalur air hujan jenis
PVC telah dipasang.
Ini adalah proses memotong dan memasang atap asbestos. Atap asbestos ini
dipotong bagi menutup ruangan yang terbuka dibahagian kiri dan kanan laluan
anak tangga ke pejabat. Ruangan yang terbuka ini, membolehkan tempias air
hujan masuk ke laluan pejalan kaki ini.
Ini adalah proses memasang paku pada atap metal deck. Setelah dipaku,
setiap unit paku tersebut disapu dengan silikon. Ini bagi memastikan air hujan
tidak akan masuk ke dalam melalui paku tersebut.
Ini adalah proses menyapu sealant. Sealant ini disapu antara atap metal
deck dan dinding.
Gambar kiri diatas menunjukkan atap metal deck yang terkoyak sewaktu ia
dipasang dahulu dan tidak disapu dengan sealant. Disebelah kanannya
setelah ia disapu dengan sealant.
Gambar kiri dibahagian bawah pula adalah tampalan pada atap
metal deck yang tidak disapu dengan sealant dan setelah ia disapu sealant.
Dua gambar diatas menunjukkan bahagian yang membolehkan air masuk
ke dalam laluan pejalan kaki ini.
Beginilah bumbung atap metal deck yang telah siap dibaiki.
Contoh pemasangan atap metal deck.
Contoh skrew/paku yang digunakan.
NOTA :
Pemasangan atap metal deck ini perlu menggunakan skrew atau paku yang khas untuk memaku atap metal deck ini. Skrew/paku ini adalah jenis yang boleh dipaku menembusi atap metal deck dan juga kayu kerangka. Ia diperbuat daripada besi dan tahan pada cuaca panas dan lembap.
Sewaktu saya membuka atap metal deck di sekolah ini, saya dapati kontraktor pemasangan terdahulu hanya menggunakan paku payung bagi memaku atap metal deck ini.