facebook

Isnin, 15 April 2013

AIR BOCOR DI BAWAH TIANG DI LESTARI PUTRA, SERI KEMBANGAN

Hari ini saya nak tunjukkan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang mengalami masalah air  mengalir melalui tiang yang terdapat dibahagian garaj rumah beliau. Beliau berasa hairan dan kehilangan punca apabila air sering membasahi bahagian tersebut. Ia menjadi satu pembaziran apabila air itu sering mengalir tanpa henti. Disamping itu bil air akan bertambah. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini untuk penerangan selanjutnya.

GAMBAR 1
Gambar 1 - disini adalah dimana air sering membasahi lantai. Ianya bukan berpunca dari  paip utama atau meter air. Melihat pada keadaan itu saya telah memecah sedikit bahagian air yang mengalir itu.

GAMBAR 2

Gambar 2 - apabila saya terus memecah ke bahagian dalam  lantai tersebut dan mendapati ada saluran paip air (pvc) dibahagian tersebut, namun paip itu tidak ditutup(dimatikan).  Itulah punca dimana air sentiasa mengalir.

GAMBAR 3


Gambar 3 - saya telah memasang endcap bagi menutup saluran paip  itu.


NOTA
Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Saluran air ini sepatutnya disalurkan terus ke pili luar. Namun ia  tidak disambung dan terus di konkrit sahaja. Ia adalah kesilapan dan berkemungkinan pekerja yang melakukan kerja-kerja paip ini bukanlah seorang yang berpengalaman.


No. tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan