facebook

Ahad, 19 Februari 2012

KERJA-KERJA MENUKAR SAIFORN DAN BOLA TANGKI UNTUK TANGKI WC DIRUMAH EN. ALIAS - TAMAN NIRVANA, AMPANG, SELANGOR

Hari ini saya telah menerima telefon dari Puan May iaitu isteri kepada En. Elias. Beliau telah meminta saya datang kerumah beliau di Taman Nirvana, Ampang untuk melihat kerosakan tandas yang beliau hadapi. Ketiga-tiga tandas dirumah beliau menghadapi masalah yang sama iaitu sistem saiforn dan bola tangki yang telah karat dan rosak. Sila lihat gambar-gambar yang saya paparkan dibawah ini dan apakah itu sistem saiforn.
Gambar ini memperlihatkan sistem ciston yang telah rosak .
En. Elias telah menggunakan wayar sebagai alat untuk ciston berfungsi
Sistem saiforn yang telah diganti baru

Ini adalah joint/penyambung ciston ke wc yang telah berkarat dan rosak
Punca air masuk ke wc telah dibersihkan dari kesan karat dan kotoran
Joint/penyambung ciston ke wc telah diganti baru
Ciston dan bola tangki yang kotor dan rosak
Ciston dan bola tangki yang telah dibersihkan dan diganti baru
Punca air masuk ke wc yang kotor dan kesan karat boleh dibersihkan

Tandas wc jenis close couple yang telah siap di baiki

Komen Puan May/En. Elias -
Mereka amat berpuas dengan hasil kerja yang telah saya lakukan. Mereka telah menghadapi masalah ini sejak sekian lama dan tidak berani untuk memanggil mana-mana plumber. Ini adalah kerana mereka tidak berkeyakinan dengan perkhidmatan yang akan diterima serta terlalu banyak penipuan yang berlaku dewasa ini. Mereka telah disyorkan oleh Puan Susan dari Taman Melawati. (Puan Susan adalah salah seorang dari pelanggan saya)











Sabtu, 18 Februari 2012

KERJA-KERJA MENUKAR SISTEM BOLA TANGKI CISTON WC DAN SALURAN AIR MASUK KE SISTEM BOLA TANGKI DI RUMAH PUAN FARAH DI PESONA VILLA @ TAMAN MELAWATI

Gambar-gambar yang saya paparkan dibawah, adalah  entri saya untuk kali ini. Ia  sering kali berlaku dikediaman anda. Faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku adalah seperti berikut.

  1. Bahan yang tidak berkualiti
  2. Telah lama digunakan
  3. Kaedah pemasangan yang tidak betul


Sistem bola tangki yang rosak

Sistem bola tangki yang telah diganti dengan yang baru

Saluran air masuk ke sistem bola tangki ciston wc yang lama dan telah rosak (pecah, tersumbat, karat dsb)

Saluran air masuk ke sistem bola tangki ciston wc yang telah diganti dengan unit yang baru
(Tiada lagi pecah, tersumbat dan karat)



Komen Puan Farah :
Beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah saya lakukan. Permasalahan yang telah beliau hadapi sekian lama dapat diselesaikan dalam masa 2 jam sahaja serta kosnya pula amat berpatutan. Beliau juga mengesyorkan perkhidmatan saya ini kepada rakan-rakan dan saudara mara beliau.





Khamis, 16 Februari 2012

KERJA-KERJA MENUKAR TANDAS CANGKUNG KE TANDAS DUDUK DI RUMAH EN. ALIMUDDIN DI TAMAN MELAWATI

Ini adalah kerja-kerja menukar tandas cangkung ke tandas duduk yang telah dilakukan pada awal bulan Februari yang lalu. En. Alimuddin telah meminta saya melakukan kerja-kerja tersebut di bilik air tingkat bawah rumah beliau. Mari kita lihat bagaimana proses penukaran tersebut dilakukan.

 Tandas cangkung yang asal
Tandas cangkung asal. Gambar dari arah sisi.
Proses memecah dan membuang 'tiles' dan tandas cangkung.
Pemasangan semula tiles yang baru dilakukan setelah kesemua tiles yang lama dan juga tandas cangkung di keluarkan.
Pemasangan sesalur air juga dilakukan

En. Alimuddin memilih tiles berwarna hijau cair untuk lantai tandas
Ini adalah tandas duduk yang sedang dipasang

Kedua-dua gambar ini adalah tandas duduk yang telah siap dipasang dengan sempurna dan bilik air ini telah pun berwajah baru.

Kerja-kerja penukaran tandas cangkung ke tandas duduk ini mengambil masa 3 hari.


Komen dari En. Alimuddin -
Beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan. Selain melakukan kerja tersebut dengan jangka masa yang singkat,  kos penukaran tandas tersebut jauh lebih murah daripada bajet yang beliau anggarkan.