facebook

Khamis, 31 Oktober 2013

TUKAR WATER PUMP

En. Shamsul  yang tinggal di Taman Keramat mahu menukar water pump lamanya yang telah rosak. Water pump itu  telah digunanya selama 10 tahun. Beliau telah bersetuju untuk menukar water pump ke jenama HITACHI. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan beberapa entri pemasangan water pump.

Water pump lama yang telah rosak.

Tangki air yang kotor dan telah dicuci.

Water pump jenama HITACHI.

Ini adalah proses memasukkan air ke dalam tangki dan
juga proses menguji water pump.

Water pump yang telah siap penyambungan paipnya dan telah
diuji.


No. Tel : 012-6379460


Isnin, 28 Oktober 2013

LANTAI TANDAS BOCOR RUMAH CIKGU HALIZA (1)

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar membaikpulih lantai tandas yang bocor di rumah Cikgu Haliza yang tinggal di kuarters guru gombak. Masalah yang beliau hadapi adalah hampir sama dengan rumah En. Murshidi tempohari.  Lantai tandas yang bocor telah menyebabkan air menitik kebawah. Sila lihat gambar-gambar di bawah ini.

GAMBAR 1
Ini adalah tandas asal dirumah Cikgu Haliza sebelum  dilakukan baikpulih.


GAMBAR 2

Jubin lantai dan tandas duduk telah dibuka dan lantai tandas disapu  dengan water proofing dikeseluruhan lantai. Setelah disapu water proofing ia dibiarkan kering sepenuhnya.


GAMBAR 3
Setelah disapu water proofing, jubin lantai serta tandas duduk dipasang semula. Gambar-gambar ini adalah proses memasang semula jubin lantai dan proses pengeringan.


GAMBAR 4
Beginilah hasil membaikpulih lantai tandas yang bocor.


No, Tel : 012-6379460



Sabtu, 26 Oktober 2013

MENUKAR FLEXIBLE HOSE DAN OUTLET TANDAS

Saya dihubungi oleh En. Badrul yang tinggal di Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur tempohari bagi membaiki tandasnya yang rosak. Setelah di periksa saya dapati outlet didalam cistern telah rosak. Saya telah menukar 1 unit outlet yang rosak itu.

Ini adalah outlet yang baru yang akan digantikan kepada outlet yang telah rosak.

Beginilah keadaan outlet yang terdapat didalam cistern setelah dipasang semula.

Ini adalah flexi hose. En. Badrul telah meminta saya menukar flexible hose kerana ia telah bocor.

Ini adalah flexible hose yang lama.


No. Tel : 012-6379460



Rabu, 23 Oktober 2013

CUCI TANGKI AIR DI SETAPAK

Saya telah dihubungi oleh Puan Aishah yang tinggal di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau telah meminta saya mencuci tangki air di rumahnya. Puan Aishah bimbang akan tahap kebersihan air yang digunakan setiap hari. Untuk makluman, proses mencuci tangki air dirumah Puan Aishah agak rumit sedikit kerana tangki airnya berada didalam siling dan saya terpaksa membuka atap. Sila lihat proses bagaimana saya membuka atap dan mencuci tangki air dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan atap genting yang telah dibuka dan kelihatan tangki air didalamnya.

Beginilah keadaan tangki air, terdapat keladak yang telah mendap didasarnya dan airnya kelihatan kekuningan.

Setelah tangki air tadi dicuci bersih, kemudian air yang kotor itu dibuang. Proses membuang air dari tangki ini dilakukan dengan menggunakan baldi.

Setelah air kotor dibuang, kelihatan tangki air yang telah bersih. Air akan dimasukkan semula ke tangki air tersebut.

Setelah air hampir penuh barulah penutupnya ditutup semula. Kemudian atap genting yang dibuka dipasang semula dengan berhati-hati dengan mengikut susun atur yang betul.


No. Tel : 012-6379460



Jumaat, 18 Oktober 2013

PASANG WATER PUMP DI TAMAN KERAMAT PERMAI, KUALA LUMPUR

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar sewaktu saya mencuci dan memasang water pump di rumah En. Syahrul Fitri di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.

Ini adalah proses mencuci tangki air yang kotor dan berkeladak.

Tangki air yang dah bersih selepas dicuci.

Water pump jenama HITACHI 150watt yang akan dipasang.

Proses penyediaan tapak di satu sudut penjuru rumah.

Proses pemasangan perpaipan (piping) dari tangki ke
water pump dan ke bilik air.

Tangki air yang telah siap dipasang dan telah diuji sepenuhnya.



No. Tel : 012-6379460


Rabu, 16 Oktober 2013

TUKAR CISTERN

Saya tunjukkan gambar sewaktu saya menukar cistern yang baru dirumah seorang pelanggan yang tinggal di Taman Serdang Raya, Sri Kembangan tempohari. Cistern yang terdapat ditandas telah rosak dan beliau telah membuang cistern tersebut. Apabila menggunakan tandas, beliau akan menakung air ke dalam baldi dan kemudian dijiruskan kedalam lubang tandas. Setiap hari begitulah yang dilakukan oleh beliau.

Disinilah tempat letak cistern. Ia telah ditanggalkan dan dibuang.

Saya telah memasang semula 1 unit cistern plastik disitu.

Ini adalah outlet yang terdapat didalam cistern. Ia telah diuji dan
proses memenuhkan air ke dalam cistern.

Satu unit cistern yang baharu dan telah siap dipasang.


No. Tel : 012-6379460



Sabtu, 12 Oktober 2013

SALURAN KUMBAHAN BOCOR DALAM SILING, DI BANDAR SRI MAHKOTA, NILAI, NEGERI SEMBILAN

En. Qazi yang tinggal di Bandar Sri Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang beliau hadapi ialah siling dirumahnya telah dipenuhi dengan kesan tompokan air. Beliau telah beberapa kali mengupah kontraktor-kontraktor bagi membaiki punca kebocoran itu. Namun kebocoran itu menjadi semakin banyak. Lalu beliau meminta saya mencari punca kenapa kebocoran itu masih berulang lagi. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri yang hampir sama permasalahannya di sini dan sini. Gambar-gambar dibawah ini akan menerangkan punca terjadinya kebocoran itu.

GAMBAR 1
Keadaan siling rumah yang dipenuhi dengan tompokan-tompokan air bocor.

GAMBAR 2
Ini adalah saluran paip jenis UPVC. Ia terletak didalam siling bagi rumah kediaman yang bertingkat (seperti rumah teres 2/3 tingkat, rumah flet, apartmen, kondominium dan sebagainya.

GAMBAR 3
Gambar ini menunjukkan kesan kerja-kerja penampalan yang telah dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang telah dipanggil oleh En. Qazi. Setiap kontraktor yang dipanggil ada yang menampal dengan gam 2 dalam 1, menggunakan silikon dan pelbagai lagi jenis gam. Kelihatan gambar diatas terdapat kesan gam berwarna merah, silikon berwarna putih dan juga tompokan berwarna hitam.

GAMBAR 4
Saya telah dapat mengenalpasti punca kebocoran ini berulang. Ia berpunca dari pintu angin saluran UPVC. Sebelum proses membuka pintu angin ini dilakukan, saya telah membuang dahulu kesan-kesan gam dan silikon yang terdapat pada saluran tersebut.

GAMBAR 5
Ini adalah proses membuka pintu saluran angin. Ia terdapat di saluran kumbahan.

GAMBAR 6
Ini adalah pintu saluran angin.  Saya akan terangkan bagaimana ia berfungsi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

GAMBAR 7
Gambar disebelah kiri adalah pintu angin yang baru, ia akan dipasang semula dan gambar disebelah kanan adalah pintu angin yang lama.

GAMBAR 8
Pintu angin dan saluran paip UPVC yang baru telah dipasang semula. Saya dimaklumakan oleh En. Qazi, tiada lagi air kumbahan yang menitis ke siling rumahnya lagi.

NOTA
Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke mainhole. Saluran ini mempunyai satu ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flet, apartmen dan kondominium.

Pintu angin ini berfungsi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke salurannya akan mengalir masuk ke pintu angin. Dan ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.

Proses untuk membaiki semula pintu angin ini bergantung kepada keluasan tempat tersebut. Sekiranya ruangan itu luas dan boleh memuatkan orang maka mudahlah proses ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad amat sukarlah kerja-kerja pembaikan itu dilakukan dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.




No. Tel : 012-6379460




Rabu, 9 Oktober 2013

PUNCA TANDAS TERSUMBAT DI BANDAR SRI MAHKOTA, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya dihubungi oleh En. Eddy yang tinggal di Bandar Sri Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan tempohari. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah tandas tersumbat. Berbagai usaha yang telah dilakukan oleh En. Eddy bagi membaiki semula tandas yang tersumbat itu termasuklah memanggil beberapa kontraktor. Namun tandas ini masih lagi tersumbat. Sila lihat gambar-gambar dibawah  sewaktu saya membaiki tandas ini. Anda mungkin berasa jijik apabila melihat gambar-gambar tersebut.

 Ini adalah tandas yang tersumbat itu. Apabila air dipam, air akan melimpah keluar. Ia tidak mengalir terus ke saluran kumbahan.

 Saya telah cuba mengepam lubang tandas ini beberapa kali namun air masih melimpah keluar. Kemudian saya telah memasukkan tangan ke dalam lubang tandas tersebut. Sambil saya menyelukkan tangan tadi dan terasa ada sesuatu yang telah tersangkut disitu. Apabila dikeluarkan saya amat terkejut melihat pakaian dalam wanita yang telah tersangkut dilubang tandas.

Pakaian dalam wanita yang tersangkut dilubang tandas dan dipenuhi najis.

Gambar sebelah kiri adalah tandas yang tersumbat tadi. Disebelah kanan tandas yang telah dibaiki. Air yang dipam mengalir dengan lancar ke saluran kumbahan.



No. Tel : 012-6379460




Isnin, 7 Oktober 2013

MEMASANG TANGKI AIR DI TAMAN KERAMAT PERMAI, KUALA LUMPUR

En. Rozaimi yang tinggal di Taman Keramat Permai telah meminta saya menukarkan tangki air yang lama di rumah beliau. Tangki air yang lama itu bersaiz kecil. Ia tidak cukup untuk menampung bekalan air bagi sebuah keluarga yang besar seramai 8 orang dewasa. Dibawah ini saya tunjukkan proses-proses menukar tangki air tersebut.

Gambar di sebelah kiri adalah tangki air yang baru dan disebelah kanan pula tangki air yang lama


Ini adalah tangki air yang lama. Ia terletak diatas bumbung rumah. Setelah air didalam tangki dibuang, tangki ini akan diturunkan.

 Kemudian tangki air yang baru dinaikkan. Tangki air adalah besar. Ia boleh menampung air sebanyak 400 gelen.

 Ini adalah proses penyediaan tapak bagi meletakkan tangki tersebut. Proses membancuh simen dan meratakan tapak tersebut. Kemudian ia dibiarkan kering.

 Gambar ini pula menunjukkan proses penyambungan paip.

 Setelah tangki air diletakkan ditempat yang telah dipersetujui oleh En. Rozaimi, 'fitting' dipasang. Ia termasuklah memasang bola tangki. Ini adalah proses memasukkan air serta menguji bola tangki.

 Tangki air yang telah siap dipasang sepenuhnya.Tangki air berkapasiti 400 gelen (N300RA).



No. Tel : 012-6379460