facebook

Sabtu, 29 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - memasang sliding door

Hari ini saya tunjukkan bahagian terakhir mengubahsuai dan menyambung dapur di rumah pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor ini. Dibahagian akhir ini saya tunjukkan gambar-gambar dimana krew sedang memasang sliding door dan tingkap. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Memasang sliding door.

Memasang cermin pada tingkap naco.

Bahagian dapur yang telah siap diubahsuai.



No. Tel : 012-6379460
No. Whats App: 012-6379460



Jumaat, 28 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - tukar tangki

Setelah 80% bahagian dapur di rumah pelanggan ini siap, kerja-kerja menukar tangki air pula dilakukan. Tangki air yang lama ini bocor dibahagian outlet. Oleh itu, pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan ini meminta saya menukar tangki, membaiki semula sistem perpaipan dan juga water proofing lantai itu. Dibawah ini saya terangkan dengan lebih lanjut.

Ini adalah tangki air yang lama. Gambar disebelah kanan menunjukkan outlet yang bocor. Air sentiasa menitis melaluinya.

Ini adalah proses memotong sistem perpaipan yang menyambung ke tangki dan juga mengeluarkan airnya.

Tapak tangki yang lama dibersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan water proofing.

Gambar ini menunjukkan tangki yang lama dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menaikkan tangki yang baharu.

Gambar ini pula menunjukkan krew sedang melakukan water proofing. Setelah itu, ia dibiarkan kering selama 24 jam.

Kayu manis berketebalan 1" x 8"lebar diletakkan atas tetulang konkrit sebelum tangki baru diletakkan keatasnya.

Gambar ini menunjukkan penyambungan paip baharu telah dilakukan. Begitu jugak dengan bola tangki dan ia telah diuji dengan sepenuhnya. Ia berfungsi dengan baik.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


Khamis, 27 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - baiki bumbung metal deck

Hari ini kerja-kerja membaiki bumbung metal deck dilakukan. Pelanggan ini meminta saya memeriksa atap kerana apabila hujan air akan mengalir masuk kedalam siling dibilik anaknya dibahagian belakang. Setelah diperiksa atap metal deck yang terdapat dibahagian itu bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan bahagian yang bocor.  Silikon pada bahagian itu telah lekang akibat dari terdedah pada panas dan hujan.

Ini adalah proses membuang dan membersihkan silikon yang melekat diatap tersebut.

Setelah silikon dibuang sealant dimasukkan kedalam kelonsong silikon dan ditembak kebahagian yang bocor tadi. Tujuan ia dilakukan agar sealant dapat masuk kebahagian dalam yang bocor itu. Kemudian sekali lagi sealant disapu dibahagian atasnya.

Bahagian yang bocor telah siap ditampal.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


Rabu, 26 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - memasang kotak siling dan salur

Pelanggan ini meminta saya menutup bahagian siling yang terbuka ini. Menurut beliau, siling pada bahagian ini telah jatuh akibat dari air yang menitis dari atas. Untuk makluman, rumah pelanggan ini jenis teres 2 tingkat. Air yang menitis itu berpunca dari tangki air yang bocor. Saya akan tunjukkan proses menukar tangki dientri akan datang. 

Ruangan ini dahulunya bersiling. Pelanggan ini meminta dipasangkan kotak siling kerana ia menganggu pandangan mata.

Gambar sebelah kiri sebelum kotak siling dipasang dan sebelah kanan setelah dipasang dan disapu cat.

Gambar ini menunjukkan kesan dari lantai yang bocor. 

Gambar ini menunjukkan lantai yang bocor telah dibaiki. Salur yang lama dicat semula begitu juga dinding dan silingnya.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Selasa, 25 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN - memecah dapur dan pemasangan jubin

Mengubahsuai dan penyambungan dapur dirumah pelanggan di Seri Kembangan, Selangor ini diteruskan dengan proses memecah dinding dapur lama. Setelah itu, pemasangan jubin dan dinding dapur lama disimen rata semula. Sila lihat peneranganya dibawah ini.


Ini adalah ruang dapur yang lama. Ini adalah proses membuang jubin dinding. 

Jubin lantai juga dibuka dan dirender.

Ini adalah proses pemasangan jubin  yang berukuran 8" x 36".


Gambar ini menunjukkan jubin lantai dapur yang telah siap dipasang dan dindingnya juga telah disapu cat.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Isnin, 24 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN - Pemasangan bumbung.

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sambungan dari kerja-kerja penyambungan dapur di rumah seorang pelanggan di Seri Kembangan, Selangor. Setelah proses membuat tapak, mengkonkrit dan menaikkan dinding dilakukan, saya tunjukkan pula bagaimana proses memasang bumbung dilakukan.
Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses pemasangan kerangka. Jarak setiap kayu kerangka ini adalah mengikut saiz ukuran atap genting tersebut. 

Setelah siap kayu kerangka dipasang atap genting pula dinaikkan. Sebelum atap genting dipasang zink flacing diukur kepanjangannya terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan untuk memasang zink tersebut dibahagian bawah atap genting nanti.

Atap genting dan  atap lutsinar juga dipasang. Bahagian tepi diletakkan zink flacing dan dicat sama warna dengan atap genting. Tujuan ia dipasang supaya air tidak dapat mengalir masuk melaluinya. Disamping itu, sealant juga disapu dibahagian dindingnya.

Gambar ini menunjukkan pemasangan siling telah dilakukan.

Bahagian dalam ruang dapur. Pemasangan laluan elektrik dilakukan terlebih dahulu. Setelah itu baru proses memplaster dinding.

Proses memplaster dinding.

Dinding yang telah siap diplaster.

Gambar ini pula menunjukkan siling diplaster setelah pemasangannya dilakukan.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Ahad, 23 September 2018

MEMBUAT UBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sewaktu membuat penyambungan dapur di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Bahagian belakang rumah ini berkeluasan 22" x 40". Namun begitu, pelanggan ini mahu  membuat penyambungan dapur ini untuk keluasan 15" x 30" sahaja.  Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bahagian belakang rumah yang keluasannya 22" x 40". Gambar sebelum penyambugan dapur dibuat.

Proses pertama adalah membersihkan tapak dan membuat ukuran 15" x 30".

Setelah itu, membuat lubang sedalam 1 meter untuk tapak beam dan tetulang konkrit. Proses ini tidak menggunakan cerucuk kerana tanah dibahagian belakang ini berbatu-batu dan keras.

Seterusnya, kawasan yang dikorek tadi dimasukkan bancuhan konkrit. Kemudian ia diratakan. Konkrit ini dibiarkan kering selama 3 hari.

Ini adalah proses  meratakan tanah ditapak sebelum pemasangan besi BRC dilakukan.

Setelah besi BRC dipasang barulah tapak lantai di konkrit sepenuhnya.

Ini adalah proses meratakan konkrit. Konkrit ini akan dibiarkan kering selama seminggu. 

Ini adalah proses menaikkan batu bata merah untuk membuat dinding. Pemasangan frame pintu dan tingkap juga dilakukan.

Gambar ini menunjukkan proses-proses yang dilakukan tadi telah 50% siap.



No. Tel : 012-6379460
Whats App: 012-6379460