facebook

Selasa, 8 Mac 2016

MENUKAR TANGKI POLY DI KOTA WARISAN, SEPANG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Kota warisan, Sepang, Selangor. Beliau meminta saya menukar 1 unit tangki poly yang baharu. Tangki poly yang lama telah bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah tangki poly yang terdapat diatas slab. Tangki ini telah lama tidak digunakan
oleh pelanggan ini kerana ia bocor.

Ini adalah proses membuka sistem perpaipannya.

Setelah sistem perpaipan dibuka tangki ini akan dibawa turun supaya
tangki poly yang baharu boleh dinaikkan dan ditempatkan disitu.

Tapak tangki air yang lama. Terdapat 3 unit konkrit disitu.

Ini adalah proses membawa turun tangki poly.

Bahagian yang berwarna putih itu adalah dimana ia bocor. Tanda putih itu
adalah sealant yang telah disapukan pada bahagian itu. Ia bertujuan untuk menutup
air dari mengalir keluar.

Tapak tangki tadi di lapikkan dengan kayu papan.

Tangki poly yang baharu telah dinaikkan dan diletakkan diatas kayu papan.
Ia juga dicuci terlebih dahulu bagi membuang segala habuk dan kekotoran.

Ini adalah proses memasang dan menguji ball valve. Apabila ia berfungsi dengan
baik, air akan dibiarkan penuh.

No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab:

1. Tangki poly dirumah saya bocor. Saya telah memanggil beberapa orang kontraktor untuk membaikinya tapi ia masih bocor lagi. Apakah sebab ia bocor kembali?

Saya sering menerima soalan seperti ini dari pelanggan. Pelanggan/pengguna harus faham kenapa tangki poly ini boleh bocor. Diantara penyebab tangki poly bocor adalah memang terdapat kebocoran kecil semasa proses pengeluarannya dari kilang. Sewaktu proses penghantaran, berkemungkin ia terjatuh ataupun tergesel dengan objek yang tajam. Tangki yang telah lama. Mengikut pada pengalaman saya, ada sesetengah jenis kebocoran yang boleh dibaiki. Pembaikiannya pula bukan boleh menggunakan gam, sealant dan sebagainya.

Pertama : Sekiranya bocor itu berlaku dibahagian tepi ataupun dipanggil dinding tangki ia  boleh dibaiki. Cara untuk membaiki semula kebocoran pada dinding tangki ini adalah dengan memasang 'tank connector'.

Kedua : Bocor pada bahagian lantai dan bucu tangki tidak boleh dibaiki. Pada bahagian yang telah saya nyatakan itu tidak boleh dibaiki adalah kerana apabila tangki poly diisi dengan air, ia akan mengembang. Apabila ia mengembang bahagian yang bocor tadi akan terenggang dan air boleh mengalir keluar. Itulah sebabnya ia tidak boleh dibaiki. Walaupun ada kontraktor lain yang menyapu gam dan sebagainya pada bahagian tersebut. Menyapu gam pada bahagian yang bocor itu adalah bersifat sementara dan kebocoran akan berlaku semula.

Ahad, 6 Mac 2016

MENUKAR WATER PUMP DI AMPANG TASEK, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Ampang Tasek, Selangor tempohari. Beliau meminta saya memeriksa water pump dirumahnya. Menurut beliau, water pump itu sering mengeluarkan bunyi yang bising setiap kali ia mengepam air. Setelah diperiksa saya dapati motornya yang berbunyi. Saya telah membuka motor tersebut dan didapati bearing telah rosak. Terdapat beberapa  komponennya telah tertanggal/hilang. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah water pump yang dibeli oleh pelanggan ini. Water pump ini
tiada berjenama dan dikeluarkan dari negara China.

Water pump yang rosak telah dibuka.

Pelanggan ini meminta saya memasang 1 unit water pump yang baharu.
Saya telah menggantikan dengan water pump jenama HITACHI.

Ini adalah proses pemasangan water pump dan penyambungan 
sistem perpaipan ke water pump.

Water pump jenama Hitachi yang telah siap dipasang.

No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com


Soal & Jawab:

1.  Kenapa water pump yang baru 2 tahun dibeli dan dipasang boleh rosak?

 Jangka hayat water pump tidak dapat dijangkakan. Adakalanya ia akan berfungsi dengan baik  walaupun lebih dari 5 tahun waranti/jaminannya. Mengikut pengalaman saya water pump yang tiada berjenama terutamanya produk dari Negara China sering kali mengalami masalah seperti ini.
            
2.  Mengapakah motor water pump sering mengeluarkan bunyi yang bising?

 Motor water pump akan mengeluarkan bunyi apabila salah satu dari komponen didalamnya    tertanggal atau hilang. Apabila ada komponennya yang tertanggal, ini akan mengakibatkan    motor itu bergeser dengan komponen yang lain. Oleh kerana itu water pump tidak dapat berfungsi  dengan lancar. Akibat daripada geseran itu boleh menyebabkan ia mengeluarkan asap dan berbau  hangit ataupun terhenti dengan sendirinya.

3.  Apakah kesan daripada kerosakkan motor water pump?

 Apabila motor water pump rosak secara otomatiknya ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia tidak   lagi dapat mengepam air masuk ke dalam tangki kerana tiada tekanan darinya.