facebook

Khamis, 30 Mei 2013

MEMBAIKPULIH/MENAMPAL SEMULA TANGKI FIBRE GLASS

Saya telah diminta oleh Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati,  bagi membaiki semula tangki air jenis fibre glass yang terdapat di taman mini dikediaman beliau. Kegunaan tangki air jenis fibre ini adalah bagi menakung air dan ditapis untuk disalurkan ke kolam ikan di taman mini tersebut. Terdapat beberapa kesan kebocoran yang telah menyebabkan tangki air tersebut berkulapuk.

Gambar 1
Tangki air jenis fibre glass.

Gambar 2

Saya menggunakan mesin grinder bagi meratakan semula tempat-tempat yang berkulapuk dan menyapu sealant.


Gambar 3

Ini adalah kolam ikan yang terdapat di taman mini tersebut.

Gambar 4
Puan Lela meminta dibahagian atas kolam tersebut disimen.

Gambar 5
Gambar ini diambil setelah bahagian atas kolam ikan itu disimen sepenuhnya.


Gambar 6
Setelah tangki air fibre glass dibaikpulih, kolam ikan ini dicuci.    Kelihatan air yang  keruh dan berkeladak sebelum dicuci dan air
 yang jernih setelah dibersihkan.



No. Tel: 012-6379460





Selasa, 28 Mei 2013

TUKAR CISTERN

Hari ini saya hanya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar cistern di Taman Samudra, Gombak tempohari. Cistern yang lama telah patah dan pemilik rumah ini tidak lagi dapat menggunakan tandas ini. Oleh itu beliau telah meminta saya membekal dan memasang  1 unit cistern yang baru di tandas rumah beliau. 


Cistern yang telah rosak dan telah tertanggal dari dinding.


1 Unit cistern yang baru telah dipasang semula.




No. Tel : 012-6379460




Sabtu, 25 Mei 2013

MENCUCI TANGKI AIR DI BUKIT ANTARABANGSA

Hari ini saya diminta untuk mencuci tangki air di rumah Puan Salmah yang tinggal Bukit Antarabangsa . Setelah beliau melihat entri saya sebelum ini yang memaparkan tangki air yang sangat kotor dirumah pelanggan saya, beliau berasa was-was tentang tangki air dirumah beliau. Ini adalah kerana semenjak mendudukki rumah tersebut tangki air tidak pernah dicuci.


Gambar 1
Tangki air yang dipenuhi keladak.


Gambar 2
Tangki air yang telah dicuci dan kelihatan baru.


Gambar 3
Bola tangki dan ball valve yang rosak dan telah diganti baru.


Gambar 4
Sekeliling tangki telah disapu dengan sealant memandangkan ada tempat-tempat yang mengalami kebocoran.


Gambar 5
Dibahagian penyambungan paipnya juga disapu dengan sealant.


No. Tel: 012-6379460




Khamis, 23 Mei 2013

PENYAMBUNGAN SEMULA PAIP YANG PATAH

Saya dihubungi oleh Puan Mariam yang tinggal di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Saluran paip air (pvc) di bahagian luar rumahnya telah patah. Ia telah menyebabkan air melimpah keluar dengan banyak. Oleh itu, beliau telah meminta saya membuat penyambungan saluran paip air yang baru.

Gambar 1
Bahagian yang bertanda anak panah itu adalah saluran paip air (pvc) yang telah terpatah 2.


 Gambar 2
Satu penyambungan saluran paip air yang baharu telah dilakukan, namun saya telah meletakkan saluran paip air itu ke bahagian belakang tembok batu. Ia bertujuan memudahkan untuk disimen kerana Puan Mariam  mahu ianya disimen.

 Gambar 3
Saluran paip air pvc yang telah disimen.


 Gambar 4
Puan Mariam  meminta saya memasang satu unit stock cork dibahagian luar paip rumahnya. Ia bagi memudahkan beliau menyiram pokok bunga dan sebagainya.



No. tel : 012-6379460





Isnin, 20 Mei 2013

SALURAN KUMBAHAN 'GULLY TRAP' TERSUMBAT DI SUBANG JAYA

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membersihkan saluran kumbahan yang tersumbat di Subang Jaya, Selangor. Rumah yang didiami oleh pelanggan ini selama lebih 20 tahun mengalami masalah floor trap yang tersumbat. Menurut pemilik rumah, bilik air dan ruang dapurnya seringkali  mengalami masalah air kumbahan dari sinki dapur dan tandas bertakung di lantai dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Beliau telah memanggil beberapa orang tukang paip bagi membaiki saluran kumbahan yang tersumbat itu, namun masih lagi mengalami masalah yang sama.

Setelah diperiksa saya dapati saluran kumbahan ini, terdapat banyak lelemak keras yang tersalut disekeliling saluran kumbahan itu. Ini bermakna lelemak tersebut telah lama terkumpul di situ. Gambar-gambar yang diambil ini mungkin menjijikkan bagi sesetengah orang. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan beberapa entri mengenai saluran kumbahan tersumbat di SINI dan SINI.

Gambar 1
Ini adalah floor trap yang terdapat dilantai dapur.

 Gambar 2
Apabila dibuka penutup floor trap tersebut kelihatan saluran itu dipenuhi dengan lelemak yang keras dan membeku. Manakala gambar disebelahnya pula adalah floor trap di tandas. Kelihatan air yang bertakung.

 Gambar 3
Ini adalah 'gully trap' yang terletak dibahagian belakang rumah/dapur. Air kumbahan ini melimpah dan tidak memasuki ke bahagian mainhole. Ini adalah salah satu punca rumah ini berbau busuk.

 Gambar 4
Ini adalah mainhole yang berada dibahagian laluan pejalan kaki dibelakang rumah. Setelah saya membuka penutup mainhole, tiada aliran air disitu. Ini bermakna air kumbahan tidak melalui/memasukki mainhole. 

 Gambar 5
Ini adalah proses mengepam bagi menghancurkan lelemak tersebut. Setelah disiram dengan air panas saya menggunakan rotan/rodding bagi menghancurkan lelemak itu.

 Gambar 6
Setelah proses mengepam lelemak itu dilakukan beberapa kali, lelemak itu mengalir keluar ke gully trap. Kelihatan ketulan-ketulan lelemak yang tidak cair.

 Gambar 7
Mainhole tadi yang tiada aliran air telah mula dimasukki air.

 Gambar 8
Floor trap yang tersumbat dipenuhi lelemak keras telah tidak kelihatan disekeliling saluran kumbahan itu. Ini adalah proses membersih semula lantai yang dilimpahi lelemak cair.

 Gambar 9
Telah siap sepenuhnya.


No. Tel: 012-6379460



Jumaat, 17 Mei 2013

PUNCA BUMBUNG BOCOR DI PUTRA JAYA

Saya dihubungi oleh En. Farid yang tinggal di Presinct 8, Putra Jaya tempohari. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa bahagian dirumahnya yang mengalami kebocoran. Setiap kali hujan lebat, pasti air mengalir masuk ke dalam rumah dan telah menyebabkan siling didalam rumahnya berkulat. Saya telah memanjat bumbung rumah beliau dan mencari punca yang menyebabkan ia bocor. Terdapat beberapa bahagian yang menjadi punca ia bocor. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.


Gambar 1
Lebihan atap genting yang tidak sepatutnya diletakkan dibumbung. Ia adalah antara punca menghalang pengaliran air hujan.  

Gambar 2

Terdapat rekahan diatas zink flacing

Gambar 3
Zink flacing yang telah renggang

Gambar 4

 Pengikat zink flacing yang telah rosak/renggang dan terdapat daun disitu. Ia telah menyebabkan air hujan yang mengalir disitu akan bertakung dan berpatah balik kerana daun tadi telah menutupi laluan pengaliran air.

Gambar 5
Bumbung yang telah pecah. Ini juga merupakan satu lagi punca air akan mengalir masuk ke siling rumah.

Gambar 6
 Pengikat zink flacing yang rosak.

Gambar 7
Pengikat zink flacing telah dibuka.

Gambar 8
Proses membersih bumbung dan menyapu sealant dibeberapa tempat yang menjadi punca kebocoran itu.

Gambar 9 
Proses mengantikan semula atap genting yang telah rosak .

Gambar 10
Proses membuka atap genting bagi melihat kesan kebocoran.

Gambar 11
Setelah disapu sealant dan atap genting disusun semula.



No. Tel: 012-6379460




Isnin, 13 Mei 2013

TUKAR OUTLET TANDAS JENIS PUSH BUTTON

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang memaklumkan tandasnya rosak. Apabila dipam tiada air yang keluar dari tandas tersebut. Setelah diperiksa outlet didalam tangki itu telah rosak. Saya perlu menukar 1 unit outlet  itu. Untuk makluman, outlet yang rosak itu tidak boleh diperbaiki kerana komponen didalamnya telah hancur.


Gambar 1
Bahagian dalam tangki, yang berwarna hijau itu adalah inlet yang telah rosak dan outletnya pula tiada.

Gambar 2
Bahagian dalam tangki yang telah dicuci dan outlet/inlet yang baru telah dipasang semula.

Gambar 3
Setelah siap dipasang dan telah diuji penutup tangki dipasang 
semula. Tandas ini adalah jenis 'close couple (one piece).

Gambar 4
Apabila dipam, air mengalir dengan lancar.

Gambar 5
Tandas jenis 'close couple' jenama "LAFONZA".



No. tel : 012-6309460