facebook

Khamis, 26 April 2018

MENUKAR BOLA TANGKI YANG ROSAK DI PUTRAJAYA



Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya menyiasat punca air dari atas sering mengalir masuk ke dalam bilik air walaupun tidak menggunakannya. Punca air sentiasa mengalir keluar adalah kerana bola tangki yang telah rosak. Ia tidak dapat mengimbangi paras air yang masuk ke dalam tangki. Oleh itu, ia akan menyebabkan overflow(melimpah). Untuk mengatasi masalah overflow itu berlaku, bola tangki hendaklah ditukar. Sila lihat video tersebut.



No. Tel/Whats App: 012-6379460




Sabtu, 7 April 2018

MEMBAIKI TANDAS TERSUMBAT DI LESTARI PUTRA, SRI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan video bagaimana saya dan krew membaiki tandas tersumbat di Lestari Putra, Sri Kembangan tempohari. Saya mendapat panggilan dari seorang pelanggan yang meminta saya membaiki tandas bilik kedua yang sudah 2 minggu tidak digunakan. Air dalam mangkuk tandas mengalir keluar dengan perlahan apabila di flush. Saya dan krew telah menggunakan rotan dan spring untuk mengeluarkan objek yang mungkin tersangkut di saluran air itu namun tidak berjaya.

Oleh itu, saya telah meminta keizinan pelanggan ini untuk membuka tandas tersebut. Apabila tandas dibuka terdapat bekas contact lens tersekat didalamnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lihat video dibawah ini.




No. Tel/Whats App : 012-6379460