facebook

Khamis, 21 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 15) ~ Membuat penyambungan paip yang baru dan memasang stock cock.

Setelah siap membaiki panel tank, tangki poly pula dibaiki sistem perpaipannya. Sistem perpaipan yang dahulu tidak efektif kerana ada saluran paip yang tidak disambung ke restoran tersebut. Oleh itu, pihak pengurusan restoran meminta saya membaiki semula sistem perpaipan itu. Sistem perpaipan pada tangki poly dibuka/potong dan dipasang 'stork cock' pada ke semua salur. Tujuan stock cock dipasang adalah untuk memudahkan penyelengaraannya dimasa akan datang seperti mencuci dan membaiki bola tangki dan juga apabila berlakunya kebocoran. 

Tangki poly.

Memotong salur paip dipotong dan dipasang stock cork.

Setelah siap dipasang stock cock dan salur paip yang baru.






No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 20 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR. (Bhgn 14) ~ Memasang penutup panel dan 'ball valve'.

Setelah siap memasang lantai, dinding, 'connector', 'pole support' dan 'tie rod', penutup atasnya pula dipasang. Memasang penutup atasnya sangat rumit. Ia memerlukan 3 orang krew untuk melakukannya. Ini adalah kerana panel-panel yang dicantum menjadi 1 unit panel yang besar sangat berat untuk dibawa ke atasnya. 
Perkara yang pertama dilakukan adalah dengan membawa naik panel tersebut. Kemudian, seorang krew akan menyokong panel tersebut dari bahagian dalam. Setelah itu, ia akan ditolak perlahan-lahan supaya ia dapat diletakkan pada kedudukkannya. Setelah kedudukkannya dibetulkan, barulah skrew dipasang pada bahagian luar dan dalamnya. Akhir sekali memasang ball valve. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses membawa naik penutup panel.

Ia akan diletakkan pada kedudukkan asalnya kemudian diskrew
pada bahagian luar dan dalamnya.

Memasang ball valve.

Ball valve.

Tangki panel yang telah siap dipasang sepenuhnya.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 19 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn. 13) ~ Memasang semula panel tank 3x3x3.

Setelah siap memasang panel 2x3x3, kerja-kerja memasang panel 3x3x3 pula dilakukan. Memasang panel 3x3x3 ini dilakukan dengan memasang lantai terlebih dahulu. Terdapat 3 keping panel yang bocor/merekah telah digantikan dengan panel yang baru. Proses memasang lantai ini sama seperti memasang lantai pada panel 2x3x3 iaitu dengan memasang penebat air (sealer) pada sekeliling panel dan kemudian barulah ia dicantum dengan panel yang lain. 
Setelah itu connector dipasang sebanyak 16 set. Diikuti pula dengan pemasangan 'pole support' sebanyak 4 unit dan 'tie rod'. 

Ini adalah proses memasang penebat air (sealer) pada sekeling panel.

Panel-panel yang dicantum menjadi 1 unit panel yang besar.

Panel yang berwarna kelabu itu adalah 3 unit panel yang baharu.

Connecter yang telah dipasang pada dinding panel.

Connector.


Mula memasang dinding panel. 



Dinding panel yang telah siap dipasang. Pandangan dari sisi.

'Pole support' (tiang sokongan) dipasang terlebih dahulu. Kemudian
'tie rod' dipasang.

Ini adalah proses membuat penyambungan paip pada gate valve.
Menggunakan paip G.I. berukuran 4".


Setelah siap membuat penyambungan paip G.I.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 15 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 12) ~ Memasang 'pole support' dan 'tie rod'.

Kerja-kerja penyambungan dan pemasangan panel diteruskan lagi. Kerja-kerja ini mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Sewaktu menaikkan panel yang kedua 'connector' akan dipasang. 'Connector' yang dipasang adalah sebanyak 8 set bagi tangki 2x3x3. Selepas itu memasang 'pole support' sebanyak 2 unit dan juga 'tie rod' sebanyak 8 pasang. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Outlet, lantai dan dinding  pertama yang telah dipasang.

Memasang skrew pada panel yang kedua. Memasang skrew pada luar
dan juga dalam tangki.

Memasang skrew pada panel yang berdekatan dengan gate valve.

Setelah partition dinaikkan. 'connector' akan dipasang. 'Connector' adalah 
besi yang akan disambung pada 'tie rod'.

Ini adalah 'stock cork' yang telah dibuka. Ia dibuka bagi membolehkan
dipasang salur paip G.I yang bersaiz 4" yang baharu.

'Connector' yang telah dipasang pada bahagian dalam tangki panel
2x3x3 dan juga pada partition. Sebanyak 8 set telah dipasang pada
tangki 2x3x3.

Setelah itu 'pole support' dipasang.  'Pole support' atau pun tiang sokongan
ini dipasang sebanyak 2 unit bagi tangki panel 2x3x3.

Setelah itu, tie rod dipasang. Sebanyak 8 pasang yang dipasang
pada tangki 2x3x3.

Ini adalah proses memasang 'corner angle'. Kemudian ia diketatkan.

Gambarajah diatas adalah 'connector'.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Rabu, 13 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 11) ~ Memasang outlet.

Proses memasang semula setiap panel yang dibuka diteruskan dengan memasang outlet. Terdapat 2 outlet yang hendak dipasang. 1 unit outlet adalah untuk air keluar (discharge) manakala outlet yang kedua pula adalah air masuk. Outlet ini berfungsi sebagai satu pusingan dimana setiap kali air digunakan (keluar) pasti ia akan dimasukkan kembali ke dalam tangki panel. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah outlet air keluar (discharge) bagi tangki 2x3x3.

Outlet pada dasar tangki yang berkeladak. Outlet
bagi tangki 3x3x3.

Outlet yang telah dibersihkan dan  berkarat.

Terlebih dahulu getah pelapik dipasang dan kemudian ia di skrew. 
Setelah itu, ia disambungkan pada salur paip PVC yang berukuran 4".
Setiap unit skrew  akan diketatkan agar ia tidak bocor.

Ini adalah proses menguji outlet yang telah dipasang dengan menyiram
air ke dalam outlet tersebut. Seorang krew akan melihat dari bawah samada
air itu mengalir terus melalui salur yang dipasang ataupun mengalir kebahagian
tepinya. Sekiranya itu berlaku, outlet ini akan dibuka semula dan diperbetulkan
kembali kedudukkannya.


Gambarajah diatas ini adalah contoh skrew yang digunakan.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 12 Mei 2015

MEMBAIKI TANGKI PANEL YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 10) ~ Memasang penebat air.

Setelah 'H' Bar disapu dengan cat anti karat, ia akan dibiarkan kering. Selepas itu proses pemasangan semula tangki panel dilakukan. Memasang semula tangki panel ini dimulakan dengan memasang penebat air pada sekeliling panel. Kemudian barulah panel ini dicantum 3 panel sekali. 3 keping panel ini akan menjadi 1 unit panel yang besar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses memasang penebat air pada sekeliling panel.

Setelah panel-panel tadi dipasang penebat air, ia dicantumkan dengan 
panel yang lain,

Kemudian panel-panel yang dicantum tadi akan diikat dengan skrew pada 
bahagian luar dan dalam panel.

3 unit panel yang telah dicantum ini akan dijadikan lantai.

Selepas itu seorang krew akan memasang skrew pada bahagian bawahnya pula.
Gambar ini menunjukkan bagaimana seorang krew memasang skrew dari bawah.

Setelah lantai tadi siap dipasang, proses memasang bahagian dindingnya
pula dilakukan. Memasang dinding panel  sama seperti 
memasang lantai iaitu dengan menyambung panel-panel dan dijadikan 1
unit panel yang besar. Selepas itu ia ditegakkan dan skrewnya dipasang.

Panel 2x3x3 dipasang terlebih dahulu.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 11 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn. 9) ~ Menyapu cat anti karat pada 'H' Bar.

Memasang 'plate bar' pada bahagian bawah 'H' Bar dilakukan dengan teliti. Ini kerana setiap 'H' Bar yang renggang itu tidak sama ukurannya. Ada bahagian pada 'H' Bar yang memerlukan lebih dari 4 keping 'plate bar' untuk diletakkan dibawahnya dan ada bahagian yang memerlukan kurang dari itu. Setiap kali 'plate bar' dimasukkan ke bawah 'H' Bar ia akan diukur bagi mendapat kerataan yang sama. 
Setelah 'H' Bar dapat diratakan barulah proses seterusnya dilakukan. Ia adalah proses menyapu cat anti karat (anti rust) pada 'H' Bar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Gambar ini menunjukkan bentuk 'plate bar'  dan cara memasukkannya 
ke bawah 'H' Bar.

Setelah dimasukkan, kemudian diukur kerataannya menggunakan penimbang air.

Ini adalah proses menyapu cat anti karat pada 'H' Bar. Ia disapu pada
setiap bahagian iaitu atas, bawah dan juga pada tepinya.

Proses ini dilakukan sebanyak 2 kali. Tujuan ia dilakukan begitu
adalah untuk memastikan setiap bahagian itu dilapisi dengan cat
anti karat sepenuhnya agar ia tahan lebih lama.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com