Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang memberitahu air dari tangki cistern tidak mengalir masuk ke dalam tandas apabila tuas simbahan (level handle) ditarik. Beliau telah memeriksa tangki cistern dan mendapati tiada air didalam tangki tersebut. Pelanggan ini berpendapat tangki cistern ini telah rosak dan mahu menukar tangki cistern itu. Saya telah membuka tangki cistern dan mendapati sifon didalam tangki tersebut yang rosak. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah inlet dan outlet yang terdapat didalam tangki cistern.
Terdapat ball valve dan sifon didalamnya.
Ini adalah sifon. Saya membukanya kerana ia rosak. Sifon yang diperbuat dari plastik
akan mereput setelah terendam lama didalam air. Ia rosak kerana injap gegendangnya telah pecah.
1 unit sifon telah ditukar baru.
Ini adalah proses mengisi semula air ke dalam tangki cistern dan
kemudian ia diuji. Air mengalir masuk ke dalam tandas dengan lancar.
NOTA:
Saya tidak menukar tangki cistern ini kerana komponen yang rosak ini boleh diganti. Ia dapat menjimatkan kos.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan