facebook

Rabu, 17 Jun 2015

MEMBAIKI LANTAI TANDAS YANG BOCOR DI HULU LANGAT, SELANGOR 2 ~ Menyapu water proofing dan membina table top (2).

Proses membaiki semula lantai tandas ini dilakukan berperingkat-peringkat. Setelah proses membuka jubin, membuat laluan air kumbahan/mandian yang baru dilakukan, lapisan pertama water proofing disapu pada lantai tandas tersebut. Ia akan dibiarkan kering kemudian lantai ini akan dirende. Selepas itu, ia akan disapu water proofing sekali lagi. Sapuan buat kali kedua ini adalah bagi memastikan dinding dan lantai tandas dilapisi dengan water proofing dan mengenai mana-mana bahagian yang tidak rata sapuannya.
En.Azhar Jamaluddin  telah meminta saya membuka sinki yang lama dan membuat table top untuk sinki yang baru. Beliau memilih sinki jenis empat segi dari jenama MOCHA. Oleh itu, setelah lantai tandas kering proses menaikkan batu bagi membuat table top dilakukan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses menyapu water proofing  untuk lapisan pertama dan dibiarkan kering.

Proses menaikkan batu bagi membina table top.

Setelah batu dinaikkan, acuan sinki akan dipasang dan menggunakan
penimbang air bagi mengukur kerataannya(level).

Ini adalah proses membuat acuan bagi  laluan air basuhan dari sinki
dan setelah ia kering akan dibuat lubang bagi memasang bottle trap dibawah nya.

Setelah itu, memasang besi BRC dilakukan. Ini bagi mengukuhkan
lagi kedudukkan table top ini.

Kemudian table top ini akan disimen konkrit.

Setelah table top siap dibina dan dibiarkan kering, ia akan disapu dengan water proofing.
Ini adalah proses menyapu water proofing bagi kali kedua.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan