Selepas mencuci setiap unit panel dan dibiarkan kering, proses membaiki semula kerangka 'H' (H Bar) dilakukan.'H' Bar adalah tapak yang terletak diatas tetulang konkrit (concrete beam). Setiap tangki panel yang dipasang mestilah dimulakan dengan pembinaan 'concrete beam' terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan pemasangan 'H' Bar dan seterusnya memasang tangki panel.
Setelah tangki panel itu dibuka, saya dapati 'H' Bar telah berkarat dan ia terenggang dari 'concrete beam'. Kerenggangan pada 'H' Bar telah menyebabkan tangki panel yang dipenuhi air tidak stabil. Apabila ia tidak stabil rekahan pada dasar tangki akan menjadi lebih panjang. Ini akan menyebabkan air mengalir keluar dengan lebih banyak lagi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
'H' Bar yang berkarat.
Bahagian yang renggang.
Membersihkan 'H' Bar terlebih dahulu dengan membuang kekotoran
dan karat yang terdapat disitu.
Ini adalah proses memasang 'plate bar'. Untuk mendapatkan
kestabilan, plate bar diletakkan pada bahagian yang terenggang.
Setelah memasang plate bar, penimbang air digunakan bagi
memastikan kedudukkan 'H' Bar itu sekata.
Ini adalah gambarajah pemasangan concrete beam dan H Bar.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan