Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki panel tank di sebuah restoran yang terkemuka di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Kerja-kerja ini telah dilakukan pada bulan April, 2014 yang lalu.
Pengurus restoran ini telah menghubungi saya dan meminta untuk membaiki panel tank yang bocor. Kebocoran ini dapat dilihat dari bahagian luar tangki. Air sentiasa menitis pada bahagian sisi dan juga bahagian dasarnya. Untuk membaiki tangki jenis ini, proses membuka dan memasang semula mengambil masa hampir 20 hari untuk disiapkan. Walaupun tangki jenis ini tahan lama, namun sekiranya pemasangan itu tidak sempurna ia akan menyebabkan tangki ini bocor semula. Pemasangan tangki jenis ini juga tidak memerlukan paku kerana ia menggunakan skrew ('nuts and bold').
Tangki yang hendak dibaiki ini adalah bersaiz 10' x 17' bersamaan 3 x 5 x 3 panel. Pada mulanya, pemilik restoran ini mahu menjadikan panel ini kepada 3 x 4 x 3 panel sahaja kerana lebihan panel yang rosak itu akan dijadikan alat gantian. Namun, setelah saya membuka tangki tersebut dan mendapati hanya 3 keping panel yang rosak/pecah. Oleh itu, saya mencadangkan agar hanya bahagian yang rosak itu sahaja digantikan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah gambarajah panel tank. Bahagian dalam tangki ini terdapat rod
dan pengikat besi serta tiang sokongan bagi menguatkan kedudukkan tangki.
Gambarajah ini juga menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada
tangki tersebut dan apa yang perlu dipasang.
(Untuk makluman, setiap syarikat pengeluar tangki mempunyai cara dan
bahan-bahan bagi pemasangannya tersendiri).
Gambarajah ini menunjukkan kedudukkan tangki yang diletak diatas
tetulang konkrit dibahagian bawahnya dan 'H' bar (kerangka 'H') pada
bahagian tengah. Tangki ini akan duduk atas kerangka 'H'.
Ini adalah panel tank yang terdapat di restoran yang dimaksudkan.
bersambung.....
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Sumber gambar: PIPECO & Sekisui
bekal panel tank x? tq
BalasPadam