Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar membaikpulih lantai tandas yang bocor di rumah Cikgu Haliza yang tinggal di kuarters guru gombak. Masalah yang beliau hadapi adalah hampir sama dengan rumah En. Murshidi tempohari. Lantai tandas yang bocor telah menyebabkan air menitik kebawah. Sila lihat gambar-gambar di bawah ini.
GAMBAR 1
Ini adalah tandas asal dirumah Cikgu Haliza sebelum dilakukan baikpulih.
GAMBAR 2
Jubin lantai dan tandas duduk telah dibuka dan lantai tandas disapu dengan water proofing dikeseluruhan lantai. Setelah disapu water proofing ia dibiarkan kering sepenuhnya.
GAMBAR 3
Setelah disapu water proofing, jubin lantai serta tandas duduk dipasang semula. Gambar-gambar ini adalah proses memasang semula jubin lantai dan proses pengeringan.
GAMBAR 4
Beginilah hasil membaikpulih lantai tandas yang bocor.
No, Tel : 012-6379460 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan