facebook

Rabu, 23 Oktober 2013

CUCI TANGKI AIR DI SETAPAK

Saya telah dihubungi oleh Puan Aishah yang tinggal di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau telah meminta saya mencuci tangki air di rumahnya. Puan Aishah bimbang akan tahap kebersihan air yang digunakan setiap hari. Untuk makluman, proses mencuci tangki air dirumah Puan Aishah agak rumit sedikit kerana tangki airnya berada didalam siling dan saya terpaksa membuka atap. Sila lihat proses bagaimana saya membuka atap dan mencuci tangki air dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan atap genting yang telah dibuka dan kelihatan tangki air didalamnya.

Beginilah keadaan tangki air, terdapat keladak yang telah mendap didasarnya dan airnya kelihatan kekuningan.

Setelah tangki air tadi dicuci bersih, kemudian air yang kotor itu dibuang. Proses membuang air dari tangki ini dilakukan dengan menggunakan baldi.

Setelah air kotor dibuang, kelihatan tangki air yang telah bersih. Air akan dimasukkan semula ke tangki air tersebut.

Setelah air hampir penuh barulah penutupnya ditutup semula. Kemudian atap genting yang dibuka dipasang semula dengan berhati-hati dengan mengikut susun atur yang betul.


No. Tel : 012-6379460



2 ulasan:

  1. As salam...saya pelajar kejuruteraan awam di UTHM..saya nak bertanya bagaimana proses jika tangki dirumah mengalami kerosakan atau perlu ditukar baru..bagaimana cara nak menukar tangki tersebut...saya tidak pernah melihat kerja2 pemasangan,penyucian atau pertukaran tangki dirumah...situasinya seperti diatas..tangki yg diletakkan didlm siling..

    BalasPadam
  2. As salam...saya pelajar kejuruteraan awam di UTHM..saya nak bertanya bagaimana proses jika tangki dirumah mengalami kerosakan atau perlu ditukar baru..bagaimana cara nak menukar tangki tersebut...saya tidak pernah melihat kerja2 pemasangan,penyucian atau pertukaran tangki dirumah...situasinya seperti diatas..tangki yg diletakkan didlm siling..

    BalasPadam