facebook

Selasa, 11 Disember 2012

BUMBUNG BOCOR

Saya telah dihubungi oleh Cik Sabariah dari Nusaputra, Putra Perdana,  2 minggu yang lalu. Beliau memaklumkan kepada saya, bumbung rumahnya  bocor. Bumbung bocor telah lama berlaku ia lebih ketara diwaktu sekarang kerana setiap hari berlakunya hujan. Menurut beliau, apabila hujan air akan menitis masuk ke dalam bilik hadapan (utama). Beliau tidak mahu kebocoran yang berlaku berlarutan lalu memohon saya untuk menyiasat apakah punca berlaku kebocoran itu.

Setelah diperiksa saya dapati terdapat 2 batang kayu  disaluran air atas bumbung. Kayu-kayu tersebut telah menghalang laluan air dan menjadi punca air hujan itu menitis masuk kedalam bilik utama Cik Sabariah.

GAMBAR 1
Kayu yang telah menghalang laluan air.

GAMBAR 2
Setelah dibuang kayu-kayu tersebut tiada lagi kebocoran.


NOTA
Kejadian sebegini seringkali berlaku kerana adakalanya pekerja-pekerja kontrak terlupa untuk membawa turun/membuang kayu-kayu tersebut setelah tidak digunakan lagi. Ia adalah kecuaian manusia.


No. tel : 012 - 6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan