facebook

Isnin, 3 Disember 2012

ATAP BOCOR TUKAR ATAP JENIS METAL DECK

Gambar-gambar dibawah ini adalah gambar bahagian hadapan rumah En. Khairul yang tinggal di Taman Permata, Kuala Lumpur. Beliau menghubungi saya tempohari bagi membaiki bumbung garajnya yang telah lama reput dan bocor di merata tempat. Atap bumbung garaj sebelum ini adalah jenis asbestos. Sila lihat gambar-gambar sebelum dan selepas membaiki/menggantikan atap bumbung garaj di rumah En. Khairul.



GAMBARI 1
Gambar 1 - Gambar-gambar ini menunjukkan proses membuka dan menggantikan struktur kerangka bumbung. Proses menambah semula kerangka kayu ini dibuat dengan teliti supaya kedudukkan atap yang akan dipasang nanti akan kukuh.

GAMBAR 2
GAMBAR 2 -  Setelah kerangka kayu dipasang dengan teliti mengikut susun atur yang betul barulah atap yang baru dipasang. En. Khairul telah memilih untuk memasang atap zink jenis METAL DECK. (SILA LIHAT DIBAWAH PERINCIAN MENGENAI ATAP JENIS METAL DECK)

GAMBAR 3
GAMBAR 3 - Di ruang garaj rumah En. Khairul telah tersedia ada dipasang siling. Satu daripada siling tersebut telah pecah dan beliau meminta saya menukarnya. Gambar-gambar ini adalah gambar sebelum dan selepas diganti baru.

KEBAIKAN ATAP METAL DECK

Metal Deck atau bumbung logam - mempunyai kepelbagaian kegunaannya seperti atap bumbung, pagar dan dinding. Ia telah direka penggunaannya samada ditempat yang rata mahu pun tempat yang melengkung dan boleh digunakan pada hampir semua jenis bangunan. Ia juga boleh digunakan secara menegak ataupun melintang.  Telah menjadi trend masa kini dimana banyak rumah kediaman menggunakan metal deck memandang ia sangat kuat, ringan, murah dan mudah dipasang.

Metal deck telah dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dengan menggunakan HIGH TENSILE CORROSION RESISTANT GALVANISED STEEL  yang mana ia boleh diregangkan. Ia berfungsi sebagai  penebat. Ini bermakna ia tidak menyebabkan pertumbuhan kulat dan tahan daripada serangan serangga mahupun burung. Ia tidak mengeluarkan bahan-bahan toksik mahupun gas. Ia juga kalis terhadap pelbagai bahan kimia dan minyak. 

No. tel : 012 - 6379460




5 ulasan:

  1. untuk buat kerangka bagi zink metal deck, berapa saiz kayu yang digunakan?

    BalasPadam
  2. Nak ganti atap kedai guna metal deck.. Size 40x60' brapa harga bos?..

    BalasPadam
  3. Salam tn. Saya mohon pencerahan. adakah penggunaan atap metal deck meningkatkan suhu didalam rumah. Tolong lah bagi jawapan. sebab teman dah hangat pijo duk dalam rumah atap zink nih. teman ni orang miskin............

    BalasPadam
  4. “Benjamin was absolutely great to work with. He was extremely clear, thorough and patient as he guided my wife and I through the loan process. He was also very timely and worked hard to make sure everything was ready to go before closing the loan.  
    Mr Benjamin is a loan officer working with group of investor's who help us get funds to buy our new home, You can contact him if you want to get a loan at an affordable low rate. lfdsloans@outlook.com Whatsapp Chat: + 1-989-394-3740

    BalasPadam