Hari ini saya tunjukkan gambar membaiki paip bocor didalam dinding. Pelanggan ini memberitahu air sentiasa mengalir melalui dinding pada tembok depan rumahnya. Melihat pada rekahan tembok tersebut berkemungkinan ada pergerakan tanah berlaku. Ia boleh menyebabkan paip tersebut pecah. Namun begitu, setelah disiasat air yang mengalir itu berpunca dari air tangki yang mengalir ke paip taman (garden tap). Apabila air tersebut mengalir dengan banyak dan tanpa henti ia menyebabkan tanah menjadi basah dan lembut. Oleh sebab itu, pergerakkan dan pemendapan tanah pun berlaku. Inilah puncanya kenapa paip tersebut pecah. Sila baca penerangan selanjutnya dibawah ini.
Gambar ini menunjukkan tanah yang basah dan air yang mengalir ke lantai tanpa henti.
Ini adalah proses memecah tembok bagi mencari paip yang pecah itu. Pada bulatan itu, adalah paip yang pecah. Itu adalah paip dari tangki ke paip taman (garden tap).
Gambar ini menunjukkan paip yang pecah tadi telah siap dibaiki. Untuk makluman, paip taman (garden tap) telah dimatikan dan dilaluan paip baru dibina.
No. tel/WhatsApp: 012 - 6379460
Tiada ulasan:
Catat Ulasan