facebook

Isnin, 24 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN - Pemasangan bumbung.

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sambungan dari kerja-kerja penyambungan dapur di rumah seorang pelanggan di Seri Kembangan, Selangor. Setelah proses membuat tapak, mengkonkrit dan menaikkan dinding dilakukan, saya tunjukkan pula bagaimana proses memasang bumbung dilakukan.
Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses pemasangan kerangka. Jarak setiap kayu kerangka ini adalah mengikut saiz ukuran atap genting tersebut. 

Setelah siap kayu kerangka dipasang atap genting pula dinaikkan. Sebelum atap genting dipasang zink flacing diukur kepanjangannya terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan untuk memasang zink tersebut dibahagian bawah atap genting nanti.

Atap genting dan  atap lutsinar juga dipasang. Bahagian tepi diletakkan zink flacing dan dicat sama warna dengan atap genting. Tujuan ia dipasang supaya air tidak dapat mengalir masuk melaluinya. Disamping itu, sealant juga disapu dibahagian dindingnya.

Gambar ini menunjukkan pemasangan siling telah dilakukan.

Bahagian dalam ruang dapur. Pemasangan laluan elektrik dilakukan terlebih dahulu. Setelah itu baru proses memplaster dinding.

Proses memplaster dinding.

Dinding yang telah siap diplaster.

Gambar ini pula menunjukkan siling diplaster setelah pemasangannya dilakukan.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Tiada ulasan:

Catat Ulasan