Hari ini saya tunjukkan video bagaimana saya dan krew membaiki tandas tersumbat di Lestari Putra, Sri Kembangan tempohari. Saya mendapat panggilan dari seorang pelanggan yang meminta saya membaiki tandas bilik kedua yang sudah 2 minggu tidak digunakan. Air dalam mangkuk tandas mengalir keluar dengan perlahan apabila di flush. Saya dan krew telah menggunakan rotan dan spring untuk mengeluarkan objek yang mungkin tersangkut di saluran air itu namun tidak berjaya.
Oleh itu, saya telah meminta keizinan pelanggan ini untuk membuka tandas tersebut. Apabila tandas dibuka terdapat bekas contact lens tersekat didalamnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila lihat video dibawah ini.
No. Tel/Whats App : 012-6379460
Tiada ulasan:
Catat Ulasan