facebook

Jumaat, 16 Januari 2015

SINKI TERSUMBAT DI TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki sinki yang tersumbat di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pelanggan ini memberitahu sinki di dapur rumahnya telah tersumbat sejak 3 hari yang lalu. Sebelum itu, air yang mengalir keluar ke manhole sangat perlahan sehinggalah 3 hari yang lalu, keadaannya menjadi semakin teruk. Air dari sinki dapur langsung tidak boleh  mengalir keluar. Oleh sebab itu, dapur rumah pelanggan ini berbau busuk. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Keadaan sinki yang tersumbat. Air kumbahan bertakung didalam sinki
sejak 3 hari lalu.

Ini adalah proses membuka bottle trap. Sebelum itu, besen tadahan
hendaklah diletakkan dibawahnya supaya air tidak akan melimpah ke atas
lantai.

Bagi mempercepatkan proses mengeluarkan air dari sinki, air juga 
dicedok keluar.

Setelah itu, getah paip (hose) dimasukkan ke dalam saluran air yang
mengalir ke floor trap. Ini adalah untuk membersihkan saluran tersebut 
agar lelemak dan juga bendasing akan dapat di alirkan ke gully trap
dan seterusnya ke manhole.

Ini adalah proses memasang semula bottle trap dan membersih
sinki setelah air mengalir dengan lancar.

Tiada lagi air bertakung di dalam sinki.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



1 ulasan:

  1. Thanks for sharing about SINKI TERSUMBAT DI TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR ........................

    Emergency Plumber Seattle

    BalasPadam