facebook

Ahad, 6 Julai 2014

MENCUCI TANGKI AIR SIMPANAN DI TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur menghubungi saya tempohari. Beliau mahu tangki air simpanannya di cuci. Beliau khuatir kerana tangki air simpanan tersebut telah lama tidak dicuci. Sila lihat bagaimana proses mencuci tangki air simpanan ini dilakukan dibawah ini.

Perkara pertama yang dilakukan adalah memanjat siling bagi mengenalpasti kedudukkan tangki air simpanan tersebut. Beberapa atap genting dibuka bagi memudahkan proses membuang air yang kotor dilakukan.

Beginilah keadaan tangki air simpanan di rumah pelanggan ini. Airnya kelihatan keruh kerana terdapat keladak didasar tangki. Tangki air simpanan ini adalah jenis fibre.

Ini adalah proses mencuci tangki air simpanan. Proses mencuci tangki ini dilakukan dibahagian atas terlebih dahulu. Kemudian bahagian dinding tangki dan seterusnya dibahagian dasar tangki. Disamping itu, air akan dikeluarkan dari tangki air simpanan sedikit demi sedikit.

Proses mencuci tangki sehingga ke dasarnya. Mana-mana bahagian tangki yang masih terdapat keladak yang degil akan diberus sehingga tangki ini kembali bersih. Kemudian ia akan dibilas beberapa kali bagi mempastikan tangki ini benar-benar bersih.

Setelah tangki ini dibilas beberapa kali, ia akan dilap sehingga kering terlebih dahulu. 

Tangki air yang telah bersih dan dikeringkan. 

Proses terakhir adalah memasukkan semula air ke dalam tangki simpanan. Bola tangki dipasang semula. Air yang tadinya kelihatan keruh telah menjadi jernih setelah proses mencuci tangki air dilakukan.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan