facebook

Selasa, 25 Mac 2014

SALURAN KUMBAHAN JENIS 'CAST IRON' BOCOR DI TAMAN UKAY HEIGHTS, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR.

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal Taman Ukay Heights, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Beliau memberitahu saya, saluran paip kumbahan dari lantai ditingkat atas rumahnya bocor. Setelah diperiksa saya dapati saluran paip jenis 'cast iron' telah bocor. Terdapat 2 tempat yang mempunyai kesan lelehan air.

Ini adalah saluran paip kumbahan yang menyalurkan air kumbahan ke manhole.

Ini adalah 2 bahagian yang terdapat kesan lelehan air. Saluran paip kumbahan yang disebelah kiri ini telah bertukar warna kekuningan kerana air lelehan sentiasa meleleh dan telah membentuk karang yang keras. Manakala disebelah kanan pula saluran paip kumbahan ini telah mula terkopak.

Setelah mengenalpasti punca utama yang menyebabkan air sentiasa meleleh barulah proses pertama dilakukan iaitu dengan memotong saluran paip kumbahan yang bocor.

Saya telah menyukat dahulu jarak panjang saluran paip kumbahan itu, kemudian barulah ia dipotong mengikut ukuran. Gambar ini menunjukkan saluran paip kumbahan yang telah dipotong.

Proses seterusnya adalah memasang 'rubber clip'. Sebelum ia dipasang, saya telah menyapu sealant dikeseluruhan saluran paip kumbahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan 'rubber clip' yang disambung tadi tidak akan bocor lagi.

'Rubber clip' dipasang bagi menyambung antara cast iron ke saluran paip kumbahan jenis UPVC yang bersaiz 4".

Gambar ini menunjukkan bagaimana fungsi  saluran paip kumbahan.Dibahagian kiri adalah saluran floor trap. Air mandian dan juga dari sinki akan mengalir ke floor trap. Manakala bahan buangan dari tandas akan mengalir ke saluran tandas dan ke dua-dua ini akan melalui satu saluran yang sama dan dialirkan ke dalam saluran paip kumbahan yang terletak dibahagian dinding sebelum menuju ke manhole.

Saluran paip kumbahan telah di pasang dengan penyambung T. Pelanggan ini telah meminta saluran paip kumbahan ini dimatikan sahaja memandangkan kedudukkannya yang terlalu tinggi dari kedudukkan floor trap. (Tidak sama level).

Seperti yang saya terangkan tadi, air mandian dan sinki akan melalui floor trap. Oleh itu, saya telah memasang P-Trap bagi membolehkan air mengalir ke saluran paip kumbahan ke manhole. Namun begitu, pelanggan ini meminta saya  memasang P-Trap sahaja kerana beliau akan memasang sendiri sesalur air untuk terus ke floor trap lantai di tingkat bawah. 


NOTA:
Pelanggan ini mempunyai kontraktor pembaikan rumahnya sendiri. Namun kontraktor binaannya tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki saluran paip kumbahan jenis cast iron ini.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan