facebook

Khamis, 4 Julai 2013

BUMBUNG BOCOR DI SRI PAJAM, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.

Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.


Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.


Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi.

Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi.

Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya.

En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang.

Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

No. tel : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan