facebook

Selasa, 6 November 2012

SKRU PENGIKAT TAP YANG ROSAK

Hari ini saya nak tunjukkan kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh Puan Masyitah yang tinggal di Taman Melati, Gombak. Beliau telah memanggil saya bagi membaiki paip air disinki dapur rumahnya yang rosak. Setelah diperiksa ia berpunca dari skru pengikatnya yang telah pecah. Oleh itu saya telah menggantikan dengan 1 unit SKRU TAP yang baru.


Tap sinki ini longgar, apabila hendak memusing pemegang ke kanan atau ke kiri, tap pasti akan terpusing sekali. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk membasuh pinggan dan sebagainya. Kerap kali kita akan menukar satu unit tap tersebut padahal kita boleh menukarkan bahagian yang rosak sahaja.




Gambar diatas menunjukkan tap sudah dibaiki dan tidak lagi terpusing ke kanan dan ke kiri. Manakala gambar dibawah        sebelah kiri menunjukkan skru pengikat yang telah pecah dan gambar disebelah kanan pula skru pengikat yang baru. 




012 - 6379460




1 ulasan:

  1. Salam tuan plumber,,,nak tanya sikit, mcm mna nk pasang tap yg lubang kt sinki, sama ada memang beli dah ada lubang dekat sinki atau pun tebuk lubang sendiri,

    BalasPadam