facebook

Khamis, 29 Ogos 2013

BUMBUNG BOCOR (MENUKAR RABONG JENIS 3 WAY APEX)

Saya dihubungi oleh En. Faizal yang tinggal di Taman Kinrara, Puchong. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah bumbung bocor. Air akan masuk melalui bumbung ke siling rumah apabila hujan. Saya telah memanjat bumbung dan telah menjumpai tempat yang bocor itu. Ia terletak di hujung rabong. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai rabong sebelum ini di sini dan sini.

GAMBAR 1
Gambar ini menunjukkan bahagian bucu rabong yang menjadi punca kenapa air hujan mengalir masuk ke dalam siling. Gambar ini diambil dari bahagian dalam bumbung (atas siling).

GAMBAR 2
Ini adalah proses membuka bucu rabong yang telah pecah. Proses membuka semula rabong ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bumbung ini adalah curam. Disamping itu juga, harus memastikan tiada atap genting yang pecah semasa memijaknya.

GAMBAR 3
Beginilah keadaannya rabong yang pecah itu. Rabong ini pecah berkemungkinan dari angin yang kuat yang telah membawa sekali batu-batu dan telah tercampak ke rabong tersebut.

GAMBAR 4
Ini adalah proses memasang semula rabong. Rabong dan atap genting yang telah pecah   dikeluarkan dan selepas itu di simen semula sebelum rabong dipasang.

GAMBAR 5
Beginilah keadaan rabong yang telah dipasang semula. Gambar kanan semasa proses membuka dan menyimen manakala gambar kiri setelah rabong siap dipasang.

GAMBAR 6
Ini adalah  rabong yang telah dipasang tadi. Rabong ini dipanggil "3 WAY APEX" atau rabong penyambung 3 aliran. Kegunaannya adalah untuk menutup 3 persilangan diantara bumbung. 



No. Tel : 012-6379460




Selasa, 27 Ogos 2013

MEMBINA TABLE TOP UNTUK PERNIAGAAN ALA KAFE

Saya diminta oleh Puan Lela untuk membina table top bagi kakak iparnya menjalankan perniagaan ala kafe di rumah pusaka milik suami beliau. Beliau mahu membina table top jenis U. Di rumah pusaka tersebut terdapat kolam ikan yang telah lama tidak digunakan, oleh itu beliau telah meminta dibinakan table top disitu. Manakala bumbung kafe tersebut menggunakan atap rumbia. Ia adalah lebihan dari membuat bumbung di anjung rumah pusaka itu.Beliau mahu kafe tersebut bercirikan kampung yang kelihatan sejuk dan nyaman. 

Untuk makluman, Puan Lela adalah pelanggan tetap saya dan telah banyak projek-projek kecil yang telah pernah dilakukan dirumahnya sebelum ini. Lihat di sini dan sini untuk entri-entri yang telah pernah disiarkan. Dibawah ini ditunjukkan proses-proses membina table top tersebut.

GAMBAR 1
Ini adalah tapak kolam ikan yang telah tidak digunakan lagi. Disinilah table top akan dibina. Gambar-gambar ini menunjukkan proses memecah dan membuang batu-batu yang terdapat disitu.

GAMBAR 2
Setelah tapak kolam ikan tadi dibersihkan, proses pertama yang dilakukan adalah meratakan semula tapak tersebut. Lantai itu dipadatkan semula dengan simen pasir.

GAMBAR 3
Proses membina table top dengan memasang batu-bata. Ia dibuat mengikut ketinggian yang dikehendaki oleh Puan Lela

GAMBAR 4
Setelah mendapat ketinggian yang dikehendaki, barulah papan lapis yang telah dibentuk mengikut ukurannya dipasang. Ia akan menjadi acuan kepada table top tadi.

GAMBAR 5
Ini adalah tiang tembok. Puan Lela telah meminta saya memplasterkannya menggunakan shanghai plaster.

GAMBAR 6
Ini adalah proses memplaster dinding diluar dan dalam table top tersebut. Table top yang telah dibina akan dibiarkan kering.

GAMBAR 7
Table top tadi telah pun dibentuk manakala jubin pula dipasang didinding luar dan dalam. Ini adalah proses memasang jubin dibahagian luar dinding table top. Puan Lela telah memilih kombinasi warna coklat gelap dan oren bagi dinding table top tersebut.

GAMBAR 8
Dinding table top menggunakan jubin bersaiz 1' x 1'. Manakala table top pula di kemaskan dengan mengguna jubin kilat bersaiz 2' x 2'. Walaupun jubin kilat ini lebih mahal dari jubin jenis biasa namun ia kelihatan lebih bersih dan cantik setelah dipasang.

GAMBAR 9
Setelah table top siap dibina, proses memasang kerangka kayu bagi membina bumbung pula dilakukan.

GAMBAR 10
Gambar di atas menunjukkan kerangka kayu yang telah dipaku pada jarak 2" . Proses ini dilakukan dengan lebih teliti memandangkan atap rumbia akan dipasang sebagai bumbungnya. Setiap jaraknya akan dikira dan dipastikan betul kedudukkannya.

GAMBAR 11
Ini adalah proses memasang atap rumbia. Ia disusun mengikut perkiraan yang betul. Sekiranya perkiraan tadi tidak betul ada 2 kemungkinan akan berlaku. Pertama, sekiranya jarak antara 1 dengan lain adalah jauh dan tidak rapat berkemungkinan ia akan menyebabkan kebocoran. Kedua, sekiranya jarak antara 1 dengan lain terlalu rapat, ia akan berlaku pembaziran kerana kita perlu menggunakan lebih banyak atap rumbia.

GAMBAR 12
Gambar ini menunjukkan atap yang telah siap dipasang sepenuhnya. Atap rumbia yang digunakan ini masih lagi kehijauan. Namun lama-kelamaan ia akan mengering apabila terkena panas matahari. Atap rumbia ini dapat bertahan selama lebih kurang 10 tahun.

GAMBAR 13
Lebihan hujung atap rumbia  dihujung bumbung telah dipotong. Lebihan atap itu dibuang bagi mencantikkan dan kelihatan lebih kemas.

GAMBAR 14
Beginilah table top yang telah siap dibina dengan berbumbungkan atap rumbia.

NOTA:
KAFE BERATAP RUMBIA INI BOLEH DILAWATI DI KERAMAT HUJUNG, KUALA LUMPUR.


NO. TEL : 012-6379460





Ahad, 25 Ogos 2013

TANDAS TERSUMBAT

Saya dihubungi oleh Puan Farah  yang memberitahu tandas dirumahnya tersumbat. Saya telah ke rumah Puan Farah dan perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari punca ia tersumbat. Apabila saya membuka mainhole dibahagian belakang rumahnya mendapati air yang mengalir ke mainhole adalah perlahan. Setelah itu saya membuka saluran kumbahan dan mendapati tiada apa-apa pun yang tersangkut disitu. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini proses sewaktu mencari punca tandas tersumbat.

GAMBAR 1
Proses mengepam air yang bertakung di lubang tandas. Air akan mengalir dengan perlahan  walaupun telah beberapa kali dipam.

GAMBAR 2
Mainhole - air mengalir dengan perlahan.

GAMBAR 3
Sesalur kumbahan yang terdapat diluar. Saya telah membukanya dan mendapati tiada apa-apa pun disitu.

GAMBAR 5

 Sesalur kumbahan dibahagian dalam siling telah dibuka dan mendapati ada sesuatu yang menyekat pengaliran air disitu. Tandas ini adalah di tingkat atas.

GAMBAR 5
Gambar ini diambil dari  jarak dekat. Terdapat objek seperti plastik disitu.

GAMBAR 6
Setelah di keluarkan,objek yang tersangkut di lubang tandas tadi adalah plastik pewangi tandas. Terdapat 2 pewangi tandas yang telah terjatuh kedalam lubang tandas tanpa disedari oleh Puan Farah. 


NOTA:
Pewangi tandas yang digantung ditepi mangkuk tandas ada kebaikkan dan keburukkannya.

KEBAIKKANNYA:
Boleh menyahbau yang kurang menyenangkan selepas setiap kali menggunakan tandas. Ada juga yang boleh mengurangkan kuman yang terdapat didalam tandas.

KEBURUKKANNYA:
Ia boleh terjatuh kedalam lubang tandas dan menyebabkan tandas tersumbat. Kadangkala kita tidak menyedari pewangi yang digantungkan itu telah terjatuh ke dalam lubang tandas.


No. Tel : 012-6379460



Khamis, 22 Ogos 2013

TANGKI AIR KOTOR

Saya telah dihubungi oleh  En. Rumaizi yang tinggal di Taman Meringin, Kajang. Beliau memberitahu air yang mengalir masuk ke semua bilik air di rumah beliau mengalir dengan perlahan. Air yang keluar itu pula berwarna keruh kehijauan dan berbau. Beliau meminta saya memeriksa apakah puncanya. Sebelum ini, beliau pernah memanggil kontraktor bagi membaiki masalah air yang mengalir dengan perlahan. Namun, masalah itu berulang semula.

Apabila diberitahu air yang mengalir perlahan itu adalah ke bilik-bilik air, ini bermakna masalah ini mestilah berkaitan dengan tangki air. Ini  kerana tangki air simpanan, membekalkan air ke bilik-bilik air. Dibawah ini saya tunjukkan keadaan tangki air di rumah En. Rumaizi. Ia mungkin menjijikkan bagi sesetengah orang.

GAMBAR 1
Beginilah keadaan sebenar tangki simpanan air di rumah En. Ramizi.

GAMBAR 2
Tangki simpanan air yang dipenuhi dengan lumut dan berlendir.

GAMBAR 3
Tangki air yang dibiarkan tidak bertutup.

GAMBAR 4
Keadaan tangki simpanan air yang telah dibersihkan.

NOTA:
Keadaan tangki simpanan air yang kotor sering berlaku. Ia berpunca dari beberapa perkara:-

  • Tangki simpanan air yang tidak ditutup dengan penutupnya (dibiar terbuka). Ini boleh menyebabkan pelbagai bendasing boleh memasukkinya. Contoh bendasing adalah burung, lipas, lalat, tikus dan pelbagai lagi.

  • Tangki yang telah lama tidak dicuci. Lama kelamaan tangki simpanan air akan berkeladak dan boleh menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke bilik-bilik air kerana tersumbat.
Disarankan agar tangki simpanan air ini dicuci 6 bulan atau 1 tahun sekali bergantung kepada keadaan air didalam tangki simpanan air.

En. Rumaizi (Emel: wmdrumaizi@yahoo.com)

Sila lihat cerita tangki air kotor di Kosmo Online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


No. Tel : 012-6379460



Selasa, 13 Ogos 2013

MEMBINA DAN MEMASANG BUMBUNG ATAP RUMBIA DI LALUAN PEJALAN KAKI

Saya dihubungi oleh Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati, bagi membina dan memasag bumbung atap rumbia di laluan pejalan kaki yang menyambung ke taman mini/rekreasi. Atap rumbia ini adalah lebihan dari membina bumbung dirumah pusaka suaminya yang terletak di Taman Keramat, Kuala Lumpur.Saya akan tunjukkan gambar-gambarnya di entri yang akan datang. 

Gambar ini menunjukkan pegola yang sedia ada di laluan pejalan kaki ke taman rekreasi/mini di belakang rumah Puan Lela. Pegola ini tidak beratap.


Ini adalah proses memasang kerangka kayu bagi membentuk struktur bumbung. Setelah struktur bumbung ini dibina barulah atap rumbia dipasang.


Beginilah rupanya pegola tadi yang telah dipasang dengan atap rumbia. Setelah atap rumbia dipasang laluan ke taman rekreasi/mini tidak lagi panas.


No. tel : 012-6379460




Selasa, 23 Julai 2013

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DAN GANTIKAN DENGAN ATAP METAL DECK

Saya dihubungi oleh En. Nazri yang meminta saya membaiki bumbung rumah sewanya yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Menurut beliau, telah ramai kontraktor yang dipanggil bagi membaiki bumbung rumah tersebut. Namun masalah kebocoran itu terjadi juga dan akhir-akhir ini ia menjadi bertambah teruk. Apabila hujan lebat berlaku, air melimpah dengan banyaknya. Penyewa rumah tersebut amat khuatir sekiranya berlaku litar pintas sekiranya air hujan itu mengenai arus elektrik.Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki rumah sewa En. Nazri.

Gambar yang telah dibulatkan itu ialah bahagian yang mengalami masalah kebocoran yang sangat serious.

Gambar ini pula adalah bahagian atas bumbung.Terdapat daun-daun kering yang menutupi laluan air dan juga atap gentingnya pula telah pecah. Kebanyakkan atap genting ini telah reput.

Ini adalah proses membuang atap genting yang telah reput itu. Sebahagian dari kayu kerangkanya juga telah reput. Ia perlu diganti dengan yang baru.

Setelah proses membuang atap genting dilakukan, barulah pemasangan semula kayu kerangka dilakukan.

Sesalur air yang bocor telah disapu dengan sealant. Kemudian zinc flacing dipasang dibahagian kanan dan kiri sepanjang sesalur air tersebut.  Ini  bertujuan menghalang air daripada melimpah dan memasuki siling rumah.

Setelah proses-proses tadi dilakukan, atap metal deck dipasang. Dibahagian tengah atap metal deck itu dipasang atap PVC (clear roof) berwarna jernih. Tujuan ia dipasang adalah untuk pencahayaan.

 Ini adalah sesalur air. Sesalur air ini tidak dapat menampung air hujan yang banyak. Ia adalah kerana tiada sesalur air yang lain yang membolehkan sebahagian air hujan melaluinya.

 Beginilah saluran air yang dipasang sebelum ini.

Satu lagi sesalur air  telah dipasang bagi menampung lebihan air tersebut. Saiz asal sesalur adalah 3". Sesalur tambahan bersaiz 4". 

No. Tel : 012-6379460




Ahad, 14 Julai 2013

LAMINATING FLOOR - MEMASANG LANTAI BERLAMINA

Saya telah dihubungi oleh En. Faisal yang tinggal di SS2/77 Sea Park, Petaling Jaya bagi membaiki semula lantai dibilik tidur utama di rumah beliau. Lantai ini adalah jenis 'parquet'. Terdapat beberapa bahagian lantai ini yang telah rosak/terkopak. Beliau telah meminta saya menukarnya kepada lantai berlamina (laminating floor). Di bawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu proses membuka lantai 'parquet' dan seterusnya memasang lantai berlamina.

Gambar 1
Gambar ini menunjukkan bilik tidur utama rumah En. Faisal. Bilik ini berukuran 200 kaki persegi. Lantai 'parquet' yang telah lama digunakan telah rosak/terkopak. Punca lantai ini tidak dapat tahan lama kerana gam dilantai telah mengering dan berkemungkinan ia sering terkena air.

Gambar 2

Ini adalah lantai 'parquet' yang telah terkopak. Lantai 'parquet'  ini boleh diperbaiki dengan pelbagai cara. Diantaranya adalah menukar bahagian-bahagian yang telah terkopak itu sahaja, mengantikan lantai 'parquet' kepada pemasangan jubin lantai yang baru dan yang terkini memasang lantai berlamina (laminating floor). En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai berlamina.

Gambar 3

Setelah mengeluarkan perabot-perabot yang terdapat didalam bilik tidur utama, barulah lantai 'parquet' dibuka keseluruhannya.

Gambar 4

Lantai parquet yang telah dibuka dan dikumpulkan disatu tempat. Kemudian lantai simen tadi di bersihkan bagi membuang kotoran seperti pasir, getah, habuk dan sebagainya.

Gambar 5

Ini adalah lantai lamina. Setiap 1 kotak lantai lamina ini terdapat 5 panel didalamnya. En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai lamina berketebalan 12mm. Lantai lamina  ini didatangkan dalam dimensi  193mm lebar x 1283mm panjang x 12mm tebal. Sebelum proses pemasangan lantai ini dilakukan, satu lapisan yang dipanggil PE foam dipasang terlebih dahulu. Tujuan ia dipasang agar lantai ini tidak lari dari kedudukkan asal. Lapisan ini akan menyerap haba sejuk dari lantai simen dan tidak menyebabkan kaki terasa sejuk apabila dipijak. (Sekiranya menggunakan jubin lantai (tiles) kaki akan terasa sejuk apabila memijaknya.

Gambar 6
Proses pemasangan lantai lamina ini bermula. Ia dilakukan dengan penuh teliti. Setiap penjuru (hujung lantai) diletakkan 'transition' (peralihan antara lantai yang sama paras permukaan lantai).

Gambar 7
Gambar ini adalah dihadapan tandas dibilik tidur utama. Gambar disebelah kiri sebelum lantai lamina dipasang dan disebelah kanan pula setelah lantai lamina dipasang.

 Gambar 8

Ini adalah gambar yang diambil setelah lantai lamina ini siap dipasang. Namun ia masih tidak kelihatan menarik. Oleh itu En. Faisal telah meminta dipasang skirting dikeseluruhan bilik tidur utama tersebut.

Gambar 9
Ini adalah proses pemasangan skirting. En. Faisal telah memilih untuk memasang skirting yang berwarna putih. Ia bagi  dikontraskan dengan warna dinding.

Gambar 10
Dibahagian bucu skirting ini telah di sapu dengan silikon supaya ia melekat dan kelihatan lebih sempurna.

Gambar 11
Bilik tidur utama yang telah berubah wajah. Ia kelihatan lebih menarik.

PENERANGAN
Kebaikan lantai berlamina :

  • ia adalah lantai yang tahan lasak.
  • ia tidak mudah terbakar.
  • ia tahan pada hentakan yang kuat.
  • warnanya tidak akan pudar walaupun dibawah sinaran lampu.
  • ia tidak boleh dimakan anai-anai.
  • ia tidak membiak hama.
  • ia bersih dan mesra alam sekitar.
  • mudah dibersihkan apabila tertumpah cecair seperti kopi, teh, dakwat dan sebagainya.
  • ia tahan pada bahan-bahan kimia rumah seperti seperti penyembur nyamuk, sabun mencuci pakaian, clorox dan sebagainya.
  • pemasangannya tidak memerlukan gam atau pelekat yang lain.
  • pemasangannya yang cepat, hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
  • ia juga boleh dipasang terus keatas lantai berjubin atau berkarpet tanpa ia perlu dibuka terlebih dahulu.

  1. Lantai lamina ini didatangkan dengan lebih dari 40 pilihan warna.
  2. Terdapat 2 jenis pilihan ketebalannya - 8mm (1 kotak 8 panel) dan 12mm (1 kotak 5 panel).
  3. Didatangkan dengan 'PVC Profile' iaitu :
  • Transition: - penyambung diantara lantai yang sama paras permukaannya.
  • End         : - pembahagi bersebelahan bendul.
  • Adaptation:-penyambung paras permukaan lantai yang berbeza.
  • Nosing    :-  penutup penjuru pelantar seperti anak tangga diantara tetingkat tangga dan pemijaknya. Ia dinamakan 'nosing' kerana menyerupai hidung.
Disamping itu ia juga didatangkan dengan penutup kiri dan kanan, penutup luaran berukuran 90 darjah, penutup dalaman berukuran 90 darjah dan penutup penyambung  dihujung bucu sepanjang dinding yang bersaiz 70mm tinggi.


Terdapat juga MDF Skirting - ia bagi menutup bahagian penyambungan diantara lantai dan dinding. Ia didatangkan dengan 3 pilihan ketebalannya iaitu 20mm(T), 60mm(T) dan 100mm(T).

Lantai ini dijamin penggunaannya sehingga 15-25 tahun bagi rumah kediaman dan pejabat dan 10-15 tahun bagi kilang-kilang dan sebagainya.


No. tel : 012-6379460