facebook

Memaparkan catatan dengan label Grinding and Polishing floor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Grinding and Polishing floor. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

MENGILAT/POLISHING LANTAI MARBLE DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses mengilat lantai (polishing) dirumah Cikgu Noraini. Proses mengilat lantai ini dilakukan dengan 9 proses bermula dengan membersih lantai (grinding) dari segala kekotoran dan juga kesan-kesan calar yang terdapat dipermukaan lantai barulah proses mengilat lantai (polishing) dilakukan.

Lantai marble yang terdapat di ruang tamu, makan dan bilik tidur utama.
Lantai marble kelihatan kusam.


Ini adalah proses 'grinding dan polishing'.

Lantai yang telah di polish kelihatan berkilat.



Nota:
1. Proses 'grinding' lantai menggunakan 'Diamond Abrassive Disc'.
2. Terdapat 6 gerigi pada disc yang setiap satunya mempunyai berbiji-biji mata berlian
3. Proses 'grinding' ini bermula dengan grit 100, 200, 400, 800, 1500, 2000 hingga ke 3000.
4. Proses ini dilakukan sebanyak 7 langkah agar segala kekotoran dan kesan calar dapat dibersihkan.
5. Proses 'polishing' menggunakan serbuk pengilat bagi memperbaiki semula permukaan lantai.
6. Proses ini menggunakan mesin yang mesra persekitaran dan ia amat berbeza dari mesin yang menggunakan sistem konvensional.

Kelebihan menggunakan mesin ini :
- kurang penggunaan air- lebih jimat dan tiada pembaziran berlaku.
- air tidak bertakung dikawasan yang sedang dibaiki.
- mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat (senyap).
- mesin ini menggunakan sistem separa kering dan tidak menghasilkan debu.
- air yang terdapat dikawasan kerja akan disedut ke dalam bekal vakum dan tidak mengalir ke perpaipan. (water trap). Ia tidak akan menyebabkan saluran paip tersumbat.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Khamis, 13 Jun 2013

'GRINDING' DAN 'POLISHING' LANTAI DI SS2, PETALING JAYA

Saya telah diminta oleh En. Faisal yang tinggal di SS2/77, Petaling Jaya bagi memulih dan mengilatkan kembali lantai terazzo di rumah beliau. Lantai diruang tamu dan makan dirumah beliau kelihatan kusam dan agak kehitaman kerana telah lama tidak dikilatkan. Untuk itu, beliau meminta pendapat saya bagaimana caranya bagi memulih dan mengilatkan lantai itu semula. Terdapat 9 proses bagi memulihkan semula lantai ini. SILA LIHAT PENERANGANNYA DIBAWAH.

Gambar 1
Ini adalah anak-anak tangga yang menuju ke ruang makan. Ia kelihatan kusam dan terdapat tanda kehitaman yang
 tidak dapat dibersihkan dengan hanya menggunakan 
sabun ataupun pencuci lantai.

Gambar 2
Ruang tamu sedang dibersihkan menggunakan mesin pembersih khas.

Gambar 3
Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.

Gambar 4
Mesin pembersih sedang membersihkan lantai dibahagian anak tangga. Setiap anak tangga dibersih dengan teliti.

Gambar 5
Ini adalah mesin pengilat yang mempunyai 6 unit gerigi. 
Disetiap gerigi ini mempunyai berbiji-biji mata berlian yang berfungsi melelaskan/mengkasarkan semula permukaan lantai.

Gambar 6
Ini pula adalah mesin vakum. Ia digunakan bagi menyedut
lebihan air yang terdapat dilantai.

Gambar 7
Lantai marble yang terdapat dibahagian anjung rumah.

Gambar 8
Lihat perbezaan  gambar diatas sebelum dibersih dan dikilatkan dengan gambar yang telah siap sepenuhnya.
 Ia kelihatan berkilat, seperti baru dipasang.

Gambar 9
Anak-anak tangga yang telah siap dan ia kelihatan berkilat.

Gambar 10
Ruang makan dan ruang tamu yang telah berubah wajah.
Sebelum ini kelihatan kusam telah kembali bersinar.

PENERANGAN:

  • proses 'grinding' lantai menggunakan 'DIAMOND ABRASIVE DISC'.
  • terdapat 6 gerigi pada 'disc' yang setiap satunya mempunyai berbiji-biji mata berlian.
  • proses 'grinding' ini bermula dengan grit 100, 200, 400, 800, 1500, 2000 hingga ke 3000
  • proses ini dilakukan sebanyak 7 langkah agar segala kekotoran dan kesan calar dapat dibersihkan.
  • proses 'polishing' - menggunakan serbuk pengilat bagi memperbaiki semula permukaan lantai.
  • proses ini menggunakan mesin yang mesra persekitaran dan ia amat berbeza dari mesin yang menggunakan sistem konvensional.
Kelebihan menggunakan mesin ini:
  • kurang penggunaan air - lebih menjimatkan dan tiada pembaziran dilakukan.
  • air tidak bertakung di kawasan yang sedang dibaiki.
  • mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat - (senyap).
  • mesin ini menggunakan sistem separa kering dan tidak menghasilkan debu.
  • air yang terdapat dikawasan kerja akan disedut ke dalam bekas/vakum dan tidak mengalir ke perpaipan(water trap). Ia tidak akan menyebabkan saluran paip tersumbat.


No. Tel : 012-6379460