facebook

Ahad, 14 Julai 2013

LAMINATING FLOOR - MEMASANG LANTAI BERLAMINA

Saya telah dihubungi oleh En. Faisal yang tinggal di SS2/77 Sea Park, Petaling Jaya bagi membaiki semula lantai dibilik tidur utama di rumah beliau. Lantai ini adalah jenis 'parquet'. Terdapat beberapa bahagian lantai ini yang telah rosak/terkopak. Beliau telah meminta saya menukarnya kepada lantai berlamina (laminating floor). Di bawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu proses membuka lantai 'parquet' dan seterusnya memasang lantai berlamina.

Gambar 1
Gambar ini menunjukkan bilik tidur utama rumah En. Faisal. Bilik ini berukuran 200 kaki persegi. Lantai 'parquet' yang telah lama digunakan telah rosak/terkopak. Punca lantai ini tidak dapat tahan lama kerana gam dilantai telah mengering dan berkemungkinan ia sering terkena air.

Gambar 2

Ini adalah lantai 'parquet' yang telah terkopak. Lantai 'parquet'  ini boleh diperbaiki dengan pelbagai cara. Diantaranya adalah menukar bahagian-bahagian yang telah terkopak itu sahaja, mengantikan lantai 'parquet' kepada pemasangan jubin lantai yang baru dan yang terkini memasang lantai berlamina (laminating floor). En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai berlamina.

Gambar 3

Setelah mengeluarkan perabot-perabot yang terdapat didalam bilik tidur utama, barulah lantai 'parquet' dibuka keseluruhannya.

Gambar 4

Lantai parquet yang telah dibuka dan dikumpulkan disatu tempat. Kemudian lantai simen tadi di bersihkan bagi membuang kotoran seperti pasir, getah, habuk dan sebagainya.

Gambar 5

Ini adalah lantai lamina. Setiap 1 kotak lantai lamina ini terdapat 5 panel didalamnya. En. Faisal telah memilih untuk memasang lantai lamina berketebalan 12mm. Lantai lamina  ini didatangkan dalam dimensi  193mm lebar x 1283mm panjang x 12mm tebal. Sebelum proses pemasangan lantai ini dilakukan, satu lapisan yang dipanggil PE foam dipasang terlebih dahulu. Tujuan ia dipasang agar lantai ini tidak lari dari kedudukkan asal. Lapisan ini akan menyerap haba sejuk dari lantai simen dan tidak menyebabkan kaki terasa sejuk apabila dipijak. (Sekiranya menggunakan jubin lantai (tiles) kaki akan terasa sejuk apabila memijaknya.

Gambar 6
Proses pemasangan lantai lamina ini bermula. Ia dilakukan dengan penuh teliti. Setiap penjuru (hujung lantai) diletakkan 'transition' (peralihan antara lantai yang sama paras permukaan lantai).

Gambar 7
Gambar ini adalah dihadapan tandas dibilik tidur utama. Gambar disebelah kiri sebelum lantai lamina dipasang dan disebelah kanan pula setelah lantai lamina dipasang.

 Gambar 8

Ini adalah gambar yang diambil setelah lantai lamina ini siap dipasang. Namun ia masih tidak kelihatan menarik. Oleh itu En. Faisal telah meminta dipasang skirting dikeseluruhan bilik tidur utama tersebut.

Gambar 9
Ini adalah proses pemasangan skirting. En. Faisal telah memilih untuk memasang skirting yang berwarna putih. Ia bagi  dikontraskan dengan warna dinding.

Gambar 10
Dibahagian bucu skirting ini telah di sapu dengan silikon supaya ia melekat dan kelihatan lebih sempurna.

Gambar 11
Bilik tidur utama yang telah berubah wajah. Ia kelihatan lebih menarik.

PENERANGAN
Kebaikan lantai berlamina :

  • ia adalah lantai yang tahan lasak.
  • ia tidak mudah terbakar.
  • ia tahan pada hentakan yang kuat.
  • warnanya tidak akan pudar walaupun dibawah sinaran lampu.
  • ia tidak boleh dimakan anai-anai.
  • ia tidak membiak hama.
  • ia bersih dan mesra alam sekitar.
  • mudah dibersihkan apabila tertumpah cecair seperti kopi, teh, dakwat dan sebagainya.
  • ia tahan pada bahan-bahan kimia rumah seperti seperti penyembur nyamuk, sabun mencuci pakaian, clorox dan sebagainya.
  • pemasangannya tidak memerlukan gam atau pelekat yang lain.
  • pemasangannya yang cepat, hanya mengambil masa 1 hari sahaja.
  • ia juga boleh dipasang terus keatas lantai berjubin atau berkarpet tanpa ia perlu dibuka terlebih dahulu.

  1. Lantai lamina ini didatangkan dengan lebih dari 40 pilihan warna.
  2. Terdapat 2 jenis pilihan ketebalannya - 8mm (1 kotak 8 panel) dan 12mm (1 kotak 5 panel).
  3. Didatangkan dengan 'PVC Profile' iaitu :
  • Transition: - penyambung diantara lantai yang sama paras permukaannya.
  • End         : - pembahagi bersebelahan bendul.
  • Adaptation:-penyambung paras permukaan lantai yang berbeza.
  • Nosing    :-  penutup penjuru pelantar seperti anak tangga diantara tetingkat tangga dan pemijaknya. Ia dinamakan 'nosing' kerana menyerupai hidung.
Disamping itu ia juga didatangkan dengan penutup kiri dan kanan, penutup luaran berukuran 90 darjah, penutup dalaman berukuran 90 darjah dan penutup penyambung  dihujung bucu sepanjang dinding yang bersaiz 70mm tinggi.


Terdapat juga MDF Skirting - ia bagi menutup bahagian penyambungan diantara lantai dan dinding. Ia didatangkan dengan 3 pilihan ketebalannya iaitu 20mm(T), 60mm(T) dan 100mm(T).

Lantai ini dijamin penggunaannya sehingga 15-25 tahun bagi rumah kediaman dan pejabat dan 10-15 tahun bagi kilang-kilang dan sebagainya.


No. tel : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan