Saya diminta oleh Puan Lela untuk membina table top bagi kakak iparnya menjalankan perniagaan ala kafe di rumah pusaka milik suami beliau. Beliau mahu membina table top jenis U. Di rumah pusaka tersebut terdapat kolam ikan yang telah lama tidak digunakan, oleh itu beliau telah meminta dibinakan table top disitu. Manakala bumbung kafe tersebut menggunakan atap rumbia. Ia adalah lebihan dari membuat bumbung di anjung rumah pusaka itu.Beliau mahu kafe tersebut bercirikan kampung yang kelihatan sejuk dan nyaman.
Untuk makluman, Puan Lela adalah pelanggan tetap saya dan telah banyak projek-projek kecil yang telah pernah dilakukan dirumahnya sebelum ini. Lihat di sini dan sini untuk entri-entri yang telah pernah disiarkan. Dibawah ini ditunjukkan proses-proses membina table top tersebut.
GAMBAR 1
Ini adalah tapak kolam ikan yang telah tidak digunakan lagi. Disinilah table top akan dibina. Gambar-gambar ini menunjukkan proses memecah dan membuang batu-batu yang terdapat disitu.
GAMBAR 2
Setelah tapak kolam ikan tadi dibersihkan, proses pertama yang dilakukan adalah meratakan semula tapak tersebut. Lantai itu dipadatkan semula dengan simen pasir.
GAMBAR 3
Proses membina table top dengan memasang batu-bata. Ia dibuat mengikut ketinggian yang dikehendaki oleh Puan Lela
GAMBAR 4
Setelah mendapat ketinggian yang dikehendaki, barulah papan lapis yang telah dibentuk mengikut ukurannya dipasang. Ia akan menjadi acuan kepada table top tadi.
GAMBAR 5
Ini adalah tiang tembok. Puan Lela telah meminta saya memplasterkannya menggunakan shanghai plaster.
GAMBAR 6
Ini adalah proses memplaster dinding diluar dan dalam table top tersebut. Table top yang telah dibina akan dibiarkan kering.
GAMBAR 7
Table top tadi telah pun dibentuk manakala jubin pula dipasang didinding luar dan dalam. Ini adalah proses memasang jubin dibahagian luar dinding table top. Puan Lela telah memilih kombinasi warna coklat gelap dan oren bagi dinding table top tersebut.
GAMBAR 8
Dinding table top menggunakan jubin bersaiz 1' x 1'. Manakala table top pula di kemaskan dengan mengguna jubin kilat bersaiz 2' x 2'. Walaupun jubin kilat ini lebih mahal dari jubin jenis biasa namun ia kelihatan lebih bersih dan cantik setelah dipasang.
GAMBAR 9
Setelah table top siap dibina, proses memasang kerangka kayu bagi membina bumbung pula dilakukan.
GAMBAR 10
Gambar di atas menunjukkan kerangka kayu yang telah dipaku pada jarak 2" . Proses ini dilakukan dengan lebih teliti memandangkan atap rumbia akan dipasang sebagai bumbungnya. Setiap jaraknya akan dikira dan dipastikan betul kedudukkannya.
GAMBAR 11
Ini adalah proses memasang atap rumbia. Ia disusun mengikut perkiraan yang betul. Sekiranya perkiraan tadi tidak betul ada 2 kemungkinan akan berlaku. Pertama, sekiranya jarak antara 1 dengan lain adalah jauh dan tidak rapat berkemungkinan ia akan menyebabkan kebocoran. Kedua, sekiranya jarak antara 1 dengan lain terlalu rapat, ia akan berlaku pembaziran kerana kita perlu menggunakan lebih banyak atap rumbia.
GAMBAR 12
Gambar ini menunjukkan atap yang telah siap dipasang sepenuhnya. Atap rumbia yang digunakan ini masih lagi kehijauan. Namun lama-kelamaan ia akan mengering apabila terkena panas matahari. Atap rumbia ini dapat bertahan selama lebih kurang 10 tahun.
GAMBAR 13
Lebihan hujung atap rumbia dihujung bumbung telah dipotong. Lebihan atap itu dibuang bagi mencantikkan dan kelihatan lebih kemas.
GAMBAR 14
Beginilah table top yang telah siap dibina dengan berbumbungkan atap rumbia.
KAFE BERATAP RUMBIA INI BOLEH DILAWATI DI KERAMAT HUJUNG, KUALA LUMPUR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan