Hari ini saya tunjukkan video krew membaiki lantai dibalkoni yang tersumbat. Saluran air hujan dipenuhi dengan sampah berupa plastik dan bahan-bahan keras yang lain. Benda-benda begini adalah punca kenapa air hujan boleh bertakung dibalkoni tersebut.
Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Beliau tinggal di Cyberia Smart Homes, Cyberjaya. Saya pernah menukar tangki dirumah pelanggan ini. Lihat entrinya disini. Masalah floor trap yang tersumbat ini telah menyebabkan air kumbahan bertakung di balkoni (bahagian belakang rumah). Beliau tinggal di tingkat atas.
Saya dan krew telah cuba untuk menyelesaikan masalah floor trap yang tersumbat itu. Namun, ia bukan berpunca dari floor trap. Permasalahan itu berpunca dari sesalur kumbahan selepas floor trap yang tidak dapat mengalirkan air keluar ke manhole. Oleh itu, satu laluan alternatif telah dibuat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Keadaan air kumbahan yang bertakung di balkoni.
Ini adalah proses membuka floor trap bagi mengeluarkan air kumbahan.
Setelah air kumbahan mengalir keluar, dapat dilihat ia berpunca
dari sesalur yang tidak dapat mengalirkan air ke manhole. Oleh kerana itu,
floor trap ini ditutup semula. (Gambar sebelah kanan adalah proses menutup
semula floor trap).
Kerja-kerja membuat laluan air kumbahan yang baru dibuat pada hari yang lain. Ini bagi membolehkan pelanggan ini mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan bangunan terlebih dahulu. Saya telah mencadangkan agar air kumbahan ini disalurkan ke saluran air hujan yang mana ia terletak di luar dinding. Ini bermakna, sesalur air kumbahan disambung dengan sesalur air hujan dan laluan ke saluran kumbahan yang asal ditutup. Air kumbahan ini akan di alirkan terus ke longkang. Kos membuat laluan baru ini adalah lebih murah berbanding memecahkan dinding dimana terdapatnya sesalur air kumbahan dan ia juga akan membabitkan jiran sebelah rumah. Setelah itu barulah kerja-kerja dapat dimulakan.
Ini adalah lakaran gambarajah kedudukkan floor trap dan sesalur air kumbahan yang asal.
Lakaran gambarajah yang dicadangkan dan telah pun dipersetujui.
Ini adalah proses memotong sesalur air kumbahan. Sesalur air ini terletak didalam
dinding dan ia bersambung dengan sesalur air kumbahan jiran sebelahnya.
Air memancut keluar setelah sesalur ini dipotong.
Memotong floor trap. Ia dipotong mengikut
perkiraan yang betul agar penyambungan yang dibuat nanti adalah tepat. Setelah itu,
gam disapu disekeliling sesalur dan dibiarkan kering seketika. Manakala, sesalur
air ke dinding telah ditutup.
Gambar diatas adalah proses menyapu gam pada floor trap yang baru.
Setelah itu ia di cantum semula pada sesalur air kumbahan dan
hendaklah di tekan sedikit agar ia benar-benar ketat.
Sesalur air yang baru telah disambung. Kemudian satu lubang di sesalur
air hujan dibuat. Setelah lubang dibuat terdapat objek hitam didalamnya.
Beberapa kali dicuba untuk mengeluarkan objek tersebut.
Didapati objek hitam itu adalah akar kayu yang berada didalam sesalur air hujan.
Bagi mengeluarkan akar kayu tersebut, sesalur air hujan terpaksa dipotong.
Ia dipotong 4 kaki dari bawah. Setelah itu akar kayu tadi ditarik keluar. Panjang
akar kayu itu lebih kurang 6 meter.
Setelah akar kayu tadi dapat dikeluarkan sepenuhnya, sesalur air hujan tadi
di tutup semula.
Ini adalah proses penyambungan sesalur air kumbahan dan sesalur air hujan.
Proses ini dilakukan dengan teliti agar ia tidak bocor di kemudian hari.
Ini adalah proses menyapu gam sebelum ia dicantum. Gambar
dibawah pula menunjukkan saluran air kumbahan yang baru telah siap dibuat.
Ini adalah proses membuang pokok-pokok renek yang terdapat diatas bumbung
rumah.
Punca kenapa akar kayu boleh berada didalam sesalur air hujan adalah
kerana pokok-pokok yang terdapat diatas bumbung. Akarnya akan menjalar
ke sesalur air hujan untuk mendapatkan bekalan air.
Saya dihubungi Puan Emy yang tinggal di Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Selain dari itu, beliau mahu menukar tandas lama jenis 'front lever handle' (tandas simbahan) kepada tandas jenis push button serta membaiki bumbung rumahnya yang bocor.
Dibawah ini ada perinciannya.
Ini adalah floor tap yang terdapat dibilik air bawah serta didapur. Air sentiasa bertakung di floor trap tersebut.
Punca floor trap ini tersumbat adalah kerana air kumbahan tidak dapat mengalir ke gully trap. Apabila gully trap dibuka saya dapati ia kering. Ini menunjukkan air kumbahan tidak mengalir ke situ. Gully trap juga dipenuhi dengan batu-batuan yang banyak. Batu-batu ini telah menutup laluan air kumbahan.
Bagi membolehkan air kumbahan mengalir ke gully trap batu-batu dan pasir yang terdapat disitu haruslah dibuang. Ini adalah proses mengorek keluar batu-batu dan pasir.
Setelah batu-batu dan pasir dikeluarkan, saya telah mengepam floor trap dan air kumbahan dapat mengalir dengan lancar ke gully trap. Gambar disebelah kanan menunjukkan batu-batu yang terkumpul di gully trap.
Ini adalah tandas jenis front lever handle (tandas simbahan). Puan Emy mahu ia diganti kepada tandas jenis push button.
Proses membuka tandas lama telah dilakukan dan kemudiah tandas yang baru telah dipasang.
Ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki bumbung bocor. Atap genting yang pecah dibeberapa bahagian, simen pada rabong yang telah merenggang serta zink flacing yang sudah terangkat dari kedudukkannya adalah punca kenapa air boleh memasukki siling.
Terdapat ruangan yang kosong di sesalur air. Ia juga menjadi punca air boleh memasukki ke bahagian siling rumah.
Di bahagian dinding terdapat kesan aliran air. Ini berpunca dari zink flacing yang telah terangkat dari kedudukkan asalnya.
Atap genting yang pecah telah dibuka dan diganti baru.
Zink flacing yang terangkat telah dibaiki dan kemudiannya disapu dengan sealant. Ruangan kosong yang terdapat pada sesalur air juga disapu dengan sealant. Simen pada rabong yang telah merenggang juga disapu sekali lagi dengan sealant.
Hari ini saya tunjukkan gambar sewaktu saya membaiki floor trap tersumbat di Bandar Sri Putra, Kajang, Selangor. Pelanggan ini memberitahu air kumbahan dari sinki dapur tidak dapat mengalir ke manhole dan sentiasa bertakung di floor trap. Ini telah menyebabkan bahagian dapur rumah ini sentiasa berbau busuk. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Floor trap ini sentiasa ditakungi air kumbahan dari sinki dapur.
Ini adalah proses mengepam saluran floor trap bagi memecahkan lelemak beku yang terdapat disekeliling saluran floor trap. Setelah beberapa kali dipam barulah lelemak tadi mula memecah dan air kumbahan telah mula mengalir ke manhole.
Sebelum dipam manhole ini kering. Ini kerana air kumbahan tersebut tidak mengalir masuk ke manhole. Setelah proses mengepam dan memecahkan lelemak beku dilakukan barulah air kumbahan mula memasukki ke saluran manhole.
Lantai dapur yang dipenuhi dengan lelemak beku telah dibersihkan.
Floor trap yang telah bersih dan tiada lagi air bertakung disitu.
Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki floor trap yang tersumbat di 2 rumah pelanggan yang berlainan. Seorang tinggal di Bandar Baru Bangi dan seorang lagi di Sentul, Kuala Lumpur. Permasalahan yang dihadapi adalah sama iaitu floor trap tersumbat. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.
RUMAH 1 (SENTUL, KUALA LUMPUR)
Ini adalah floor trap yang tersumbat. Floor trap ini dipenuhi
air dari sinki dapur yang tidak dapat mengalir ke lubang
manhole kerana tersumbat.
Ini adalah lubang manhole yang terdapat dibahagian belakang rumah.
Ini adalah proses mengepam saluran floor trap.
Setelah dipam berulang kali barulah air dapat mengalir dengan lancar
ke lubang manhole.
RUMAH 2 (BANDAR BARU BANGI)
Ini adalah lubang manhole yang telah dipasang jubin. Lubang manhole
ini terdapat dibahagian dapur rumah.
Beginilah keadaannya apabila air dari sinki tidak dapat mengalir
ke dalam lubang manhole. Ia akan sentiasa bertakung
di floor trap. Ini akan menyebabkan ruang dapur berbau busuk.
Proses mengepam dilakukan beberapa kali sehingga
air akan mengalir dengan lancar ke lubang manhole.
Telah siap sepenuhnya dan air telah mengalir dengan lancar ke
Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal Taman Ukay Heights, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Beliau memberitahu saya, saluran paip kumbahan dari lantai ditingkat atas rumahnya bocor. Setelah diperiksa saya dapati saluran paip jenis 'cast iron' telah bocor. Terdapat 2 tempat yang mempunyai kesan lelehan air.
Ini adalah saluran paip kumbahan yang menyalurkan air kumbahan ke manhole.
Ini adalah 2 bahagian yang terdapat kesan lelehan air. Saluran paip kumbahan yang disebelah kiri ini telah bertukar warna kekuningan kerana air lelehan sentiasa meleleh dan telah membentuk karang yang keras. Manakala disebelah kanan pula saluran paip kumbahan ini telah mula terkopak.
Setelah mengenalpasti punca utama yang menyebabkan air sentiasa meleleh barulah proses pertama dilakukan iaitu dengan memotong saluran paip kumbahan yang bocor.
Saya telah menyukat dahulu jarak panjang saluran paip kumbahan itu, kemudian barulah ia dipotong mengikut ukuran. Gambar ini menunjukkan saluran paip kumbahan yang telah dipotong.
Proses seterusnya adalah memasang 'rubber clip'. Sebelum ia dipasang, saya telah menyapu sealant dikeseluruhan saluran paip kumbahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan 'rubber clip' yang disambung tadi tidak akan bocor lagi.
'Rubber clip' dipasang bagi menyambung antara cast iron ke saluran paip kumbahan jenis UPVC yang bersaiz 4".
Gambar ini menunjukkan bagaimana fungsi saluran paip kumbahan.Dibahagian kiri adalah saluran floor trap. Air mandian dan juga dari sinki akan mengalir ke floor trap. Manakala bahan buangan dari tandas akan mengalir ke saluran tandas dan ke dua-dua ini akan melalui satu saluran yang sama dan dialirkan ke dalam saluran paip kumbahan yang terletak dibahagian dinding sebelum menuju ke manhole.
Saluran paip kumbahan telah di pasang dengan penyambung T. Pelanggan ini telah meminta saluran paip kumbahan ini dimatikan sahaja memandangkan kedudukkannya yang terlalu tinggi dari kedudukkan floor trap. (Tidak sama level).
Seperti yang saya terangkan tadi, air mandian dan sinki akan melalui floor trap. Oleh itu, saya telah memasang P-Trap bagi membolehkan air mengalir ke saluran paip kumbahan ke manhole. Namun begitu, pelanggan ini meminta saya memasang P-Trap sahaja kerana beliau akan memasang sendiri sesalur air untuk terus ke floor trap lantai di tingkat bawah.
NOTA:
Pelanggan ini mempunyai kontraktor pembaikan rumahnya sendiri. Namun kontraktor binaannya tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki saluran paip kumbahan jenis cast iron ini.