facebook

Memaparkan catatan dengan label Tukar Tangki Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tukar Tangki Air. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2019

MEMASANG TANGKI JENAMA LSL DI ALPINIA, PUCHONG, SELANGOR

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Alpinia, Puchong, Selangor tempohari. Beliau mahu memasang tangki stainless steel dirumahnya. Tangki poly yang terletak didalam bumbung rumahnya bocor. Beliau tidak mahu tangki tersebut dikeluarkan. Memandangkan bumbung bahagian belakang rumahnya ada concrete slab, ia adalah tempat yang sesuai untuk diletakkan tangki stainless steel ini. Proses memasang tangki stainless steel ini mengambil masa hampir 6 jam. Sila lihat penerngannya dibawah ini.

Ini adalah proses menaikkan tangki stainless steel. Kami menggunakan skylift untuk menaikkan tangki ini kerana ia besar dan tempat meletaknya diconcrete slab itu agak curam. Disamping itu kami ingin memastikan tangki tersebut dalam keadaan baik.

Setelah tangki itu diletakkan diatas concrete slab, proses penyambungan sistem perpaipan dilakukan.

Ini adalah proses memasukkan air kedalam tangki disamping menguji bola tangki.

Tangki stainless steel jenama LSL yang berkapasiti 220 gelen telah siap dipasang.



No. tel/WhatsApp:  012 - 637940



Ahad, 10 Januari 2016

MEMASANG TANGKI AIR DAN WATER PUMP DI TAMAN KELAB UKAY, AMPANG, SELANGOR,

Pemasangan tangki air dan water pump ini telah dilakukan di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor tempohari. Pelanggan ini meminta tangki air yang hendak dipasang itu diletakkan pada hujung halaman rumahnya manakala tangki air yang lama yang terletak didalam bumbung dibiarkan kosong. Ini kerana tangki air yang lama telah berkarat dan reput. (Tangki lama adalah dari jenis fibre). Oleh itu, sistem perpaipannya juga dimatikan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses pemasangan water pump. Water jenama Tsunami ini
diletakkan pada satu sudut diluar ruang tamu.

Ini adalah proses membuat penyambungan saluran paip
pada water pump.

Stock cork juga dipasang. Ia bertujuan untuk mengawal aliran air
keluar masuk ke tangki air.

Membuat penyambungan sistem perpaipan ke tangki air.

Memotong lebihan paip yang tidak diperlukan.

Membuat penyambungan wayar pada water pump dan mengujinya
samada ia berfungsi dengan baik.

Membuat penyambungan pada meter air.

Meter air yang telah dipasang semula dan berfungsi dengan baik.

Water pump pada asalnya diletakkan  dihujung ruang tamu rumah telah
dibuka semula dan diletakkan dihujung halaman rumah. 

Sistem perpaipan yang lama juga telah dimatikan.

Tangki air dan water pump yang telah siap dipasang.


No. Tel/Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab

Kenapa water pump yang pada asalnya telah dipasang dihujung ruang tamu dibuka semula dan dipasang ditempat lain?

Water pump yang pada asalnya telah dipasang dihujung ruang tamu dibuka semula kerana ia akan mengeluarkan bunyi yang bising setiap kali proses penyedutan air dilakukan. Penyedutan air bermakna setiap kali paip air digunakan. Samada membasuh pinggan didapur, mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, mandi dan sebagainya.

Rabu, 29 Julai 2015

MENUKAR TANGKI POLY DI USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di USJ, Subang Jaya tempohari. Beliau mahu menukar tangki poly (tangki air simpanan) yang telah bocor. Pada mulanya tangki poly ini hanya bocor sedikit sahaja. Lama kelamaan bocor pada tangki poly menjadi semakin besar dan air sentiasa mengalir keluar.  Tangki poly ini terletak diatas slab dibahagian dalam bumbung rumah. Limpahan air pada lantai (slab) telah mengalir masuk ke bahagian siling rumah. Akibat terlalu lama dibiarkan begitu, siling kapur menjadi kembang dan ia terjatuh. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Rumah pelanggan di USJ, Subang Jaya.

Proses pertama membuka atap genting satu persatu dan juga aluminium foil.
Selepas itu kayu kerangka akan dipotong bagi membolehkan tangki poly
yang lama dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum membawa keluar tangki poly ini, punca bekalan air ke
tangki ini ditutup terlebih dahulu.

Tangki poly yang dipenuhi keladak.

Ini adalah proses membuka sistem perpaipan pada tangki poly.

Setelah sistem perpaipan pada tangki ini dibuka, ia dibawa keluar.

Tangki baru yang berkapasiti 300 gelen.

Setelah tangki poly yang lama dibawa turun, tangki yang baharu pula dinaikkan.
Kemudian ia diletakkan pada tapak asal iaitu diatas slab.

Ini adalah proses menyambung semula sistem perpaipan tangki poly baharu.

Tangki poly baharu yang telah siap dipasang dan diuji.
Tiada kebocoran pada tangki dan juga bola tangki berfungsi dengan baik.

Selepas itu, kerangka kayu yang dipotong disambung semula.
Kemudian aluminium foil yang dibuka juga akan dipasang semula
barulah atap genting dipasang. Ia akan disusun mengikut susunannya.

Ini adalah proses memasang semula  2 keping siling kapur yang telah terjatuh.
Setelah dipasang, ia akan di skrew kemudian disapu stopping compound pada
bahagian yang renggang. Ia akan dibiarkan kering. Setelah itu barulah siling
kapur ini di cat semula.


No. Tel : 012-6379460
Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 5 Jun 2015

MEMASANG TANGKI AIR DI WANGSA MAJU, SEKSYEN 5, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan yang tinggal di Wangsa Maju, Seksyen 5, Kuala Lumpur telah menghubungi saya tempohari. Beliau mahu menambah 1 unit tangki air simpanan. Dirumahnya telah sedia ada 2 unit tangki air simpanan namun 1 daripada tangki tersebut telah bocor dan tidak boleh digunakan lagi. Beliau memerlukan 2 unit tangki bagi menampung keperluan harian keluarganya yang besar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki yang baru akan diletakkan disini. 

Ini adalah proses membuka atap genting dan juga kayu kekuda
bagi membolehkan krew masuk ke dalam dan mematikan salur air
yang tidak digunakan lagi.

Tangki air yang bocor, terdapat kesan basah pada kayu pelapik.

Tangki yang berkeladak itu tidak digunakan lagi. Ini adalah
proses mematikan salur air ke tangki yang bocor tersebut.

Membuat penyambungan pada tangki baru.

 Tangki air yang telah dinaik dan diletakkan diatas tapaknya.
Kemudian sistem perpaipan disambung.

Proses mengisi air ke dalam tangki dan juga menguji ball valve.

Tangki yang telah siap dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 13 Mac 2015

MENUKAR TANGKI AIR DI SRI PRISTANA, SG. BULUH, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh En. Faris yang tinggal di Sri Pristana, Sg. Buluh, Selangor. Beliau hendak menukar satu unit tangki air yang baru. Tangki air yang lama telah bocor. Ia bocor dibahagian dasar tangki. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Tangki air yang baru berkapasiti 400 gelen.


Bahagian dasar tangki yang bocor.

Sebelum membawa keluar tangki air yang lama, sistem perpaipannya
dibuka terlebih dahulu.

Setelah dibuka sistem perpaipannya, barulah tangki air yang bocor itu
dikeluarkan. Gambar sebelah kanan menunjukkan papan lapis pelapik tangki
telah reput sama sekali. Ini adalah proses membersihkan tapak tangki.

Setelah tapak tangki dibersihkan, diatas tapak itu diletakkan kayu papan
sebagai pelapiknya. Saya menggunakan kayu papan sebagai pelapik kerana
ia lebih tahan daripada kayu papan lapis (plywood).

Setelah tangki air lama diturunkan, barulah tangki air yang baru dinaikkan.
Ini adalah proses menaikkan tangki air baru dan akan diletakkan ke tempat
asal.

Ini pula adalah proses menyambung semula sistem perpaipan.

Ini adalah proses membersihkan tangki dari habuk dan gam. Setelah itu,
menguji ball valve dan mengisi tangki air bagi memastikan tiada kebocoran
berlaku pada tangki air yang dibekalkan.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 11 Januari 2015

TUKAR TANGKI DI PUNCAK JALIL, KUALA LUMPUR

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar tangki air di Puncak Jalil, Kuala Lumpur. Kerja-kerja ini telah dilakukan pada bulan April tahun lalu. Tangki air yang berkapasiti 300 gelen ini masih boleh digunakan lagi. Namun begitu, akibat daripada catuan air yang berterusan diwaktu itu, pelanggan ini telah meminta untuk menukar tangki air yang lebih besar kapasitinya bagi menampung keperluan harian keluarganya yang besar. Tangki air baru berkapasiti 600 gelen. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah tangki air yang berkapasiti 600 gelen.

Tangki air sedia ada yang masih boleh digunakan lagi.

Proses membersih dan membuang air didalam tangki. Sistem perpaipannya
juga dibuka.

Gambar ini menunjukkan bagaimana tangki air ini dibawa turun dengan berhati-hati
kerana ia masih boleh digunakan lagi.

Setelah itu, tangki air yang baru dibawa naik dan akan diletakkan diatas tapak
asal yang telah dibersihkan.

Ini adalah proses menyambung semula sistem perpaipan.

Proses yang terakhir adalah memasukkan air ke dalam tangki baru. Disamping itu
menguji semula ball valve dan tangki air yang dibekalkan bagi memastikan tiada
kebocoran berlaku.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com