facebook

Memaparkan catatan dengan label Buang pokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buang pokok. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

MENGENALPASTI DAN MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI PUTRAJAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Syikin yang tinggal di Putrajaya dan memaklumkan bumbung rumahnya bocor. Air sentiasa menitis dan membasahi keseluruhan ruang tamu rumahnya walaupun tidak hujan. Saya mencari punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu rumahnya. Setelah diperiksa, saya dapati terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kenapa air boleh memasukki ruang tamu. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

Gambar bumbung atap genting yang diambil dari bahagian atas. Jika dilihat bumbung ini masih berkeadaan baik. Tiada atap genting yang pecah dan retak mahupun atap yang renggang.

Ini adalah bahagian dimana tangki air diletakkan. Terdapat pokok-pokok renek yang tumbuh disitu.

Lantai/slab ditangki air yang dipenuhi dengan daun-daun kering serta berkulat. Apabila dibuka floor trap, daun-daun kering telah memasukkinya dan menyebabkan saluran floor trap tersumbat. Ini telah menyebabkan air sentiasa bertakung dilantai/slab. Jika dilihat betul-betul, lantai/slab ini sentiasa basah.

Ini adalah proses membuka bumbung atap genting. Ia bagi mengenalpasti punca air sentiasa mengalir walaupun tidak hujan.

Setelah diperiksa, didapati beberapa bahagian penyambungan paip dari tangki air ke rumah berkarat dan bocor.

Saluran paip yang berkarat dan bocor telah diganti dengan yang baru manakala lantai/slab yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan pokok-pokok renek telah dibersihkan.

Proses memasang penyambung T jenis pvc.  Floor trap yang tersumbat telah dibersihkan dan air yang disiram diatas lantai telah mengalir dengan lancar.



No. Tel : 012-6379460




Selasa, 7 Januari 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH/MENYELENGGARA RUMAH DI SETAPAK JAYA

Saya telah dihubungi oleh Puan Saadiah yang tinggal di Setapak Jaya, Kuala Lumpur tempohari bagi membaiki dan menyelenggara semula rumahnya. Beliau meminta saya mencuci tangki air, menukar ball valve yang telah rosak/berkarat, menggantikan awning atap zink kepada awning metal deck dan menukar pintu utama dirumahnya. Dibawah ini saya tunjukkan proses-prosesnya.

Rumah Puan Saadiah adalah rumah berkembar 2 tingkat. Tangki air terletak ditingkat atas rumah. Apabila hendak mencuci tangki air tersebut, disekeliling tangki air telah dipenuhi dengan pokok-pokok renek. Oleh itu saya membuang dan membersihkan dahulu sekeliling tangki air ini dengan mencabut pokok-pokok renek tersebut.

Setelah pokok-pokok renek tadi dicabut dan buang, tapak tangki air kelihatan lebih bersih. Selepas ini barulah proses mencuci tangki air dilakukan.

Gambar sebelah kiri adalah tangki air yang berkeledak sebelum dicuci. Manakala gambar sebelah kanan pula setelah tangki air dicuci. Ia kelihatan bersih.

Sebelah kiri adalah ball valve yang telah rosak manakala gambar sebelah kanan pula adalah ball valve yang telah ditukar baru. Gambar dibawahnya pula adalah proses menguji ball valve dan mengisi air tangki.

Ini adalah proses membuka zink yang sebelum ini merupakan awning. Awning zink ini telah berkarat dan bocor oleh itu Puan Saadiah meminta ianya dibuka dan diganti dengan awning metal deck.

Ini adalah proses memasang kayu kerangka yang baru bagi memasang atap metal deck.

Atap metal deck yang di potong mengikut ukurannya kemudian dipasang pada kayu kerangka tadi.

Gambar ini pula menunjukkan proses memotong pintu kayu. Pintu kayu ini lebar sedikit dari pintu asal. Oleh itu, pintu ini dipotong sedikit sebanyak 1/2 inci. Sebelum ia dipasang ia dilicinkan sekali lagi.

Gambar pintu yang telah siap dipasang.

 Ini adalah proses mengecat pintu. Sebelum pintu ini dicat, cat alas/undercoat telah disapukan pada pintu terlebih dahulu. Puan Saadiah telah memilih cat berwarna coklat terang/oren untuk dicat pada pintu rumahnya.


No. Tel : 012-6379460




Jumaat, 4 Januari 2013

POKOK TUMBANG - (MEMOTONG POKOK)

Kejadian ini berlaku pada pertengahan November 2012. Sebatang pokok besar telah tumbang di laluan utama Consist College (Training Centre) yang terletak di Hulu Klang, Selangor. Pada malam kejadian hujan yang turun dengan lebatnya telah menyebabkan pokok besar itu tumbang. En. Meor Azman adalah rakan lama saya. Beliau  meminta saya memotong pokok yang tumbang itu. Saya juga boleh memberi perkhidmatan memotong pokok.


GAMBAR 1

Ini adalah gambar pokok yang tumbang. Pokok yang tumbang itu telah menyebabkan akarnya tercabut sekali. Gambar ini diambil pada waktu malam hari kejadian.


GAMBAR 2

Gambar ini pula diambil sewaktu siang harinya. Batang-batang pokok yang telah dipotong pada malam hari telah disusun ditepi.


No. tel : 012 - 6379460





Khamis, 29 November 2012

MEMBUANG POKOK RENEK DIATAS BUMBUNG

En. Ainuddin rakan lama yang tinggal di Jalan P, Taman Melawati telah memanggil saya tempoh hari bagi membersihkan pokok renek yang tumbuh diatas bumbung rumahnya. Disamping itu saya juga dikehendaki menyelenggara water filter.(Untuk makluman, water filter yang digunakan oleh En. Ainuddin adalah rekaan saya sendiri SAYA AKAN TUNJUKKANNYA DI ENTRI AKAN DATANG). Hari ini saya hanya tunjukkan gambar-gambar sewaktu saya membersih/membuang pokok renek sahaja.

Pokok renek yang masih kecil.


Tiada lagi pokok renek.


Pokok renek yang sudah besar dan merimbun diatas bumbung, manakala akarnya pula menjalar kedalam siling rumah yang menyebabkan siling rumah rosak dan pecah.

MAKLUMAN
Pembuangan pokok renek yang tumbuh diatas bumbung adalah perlu kerana ia akan membesar dan merosakkan struktur rumah tersebut. Antara kerosakkan yang akan dihadapi ialah retak dan sesalur air tersumbat. Manakala akarnya pula akan menjalar mengikut aliran air. Lama kelamaan pokok renek itu akan merimbun diatas bumbung. Saya mengesyorkan pembuangan pokok renek ini bagi memastikan rumah kediaman anda bebas dari sebarang kerosakkan.

No. tel : 012 - 6379460