facebook

Memaparkan catatan dengan label Ubahsuai/renovation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubahsuai/renovation. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Julai 2019

MEMBAIKI LANTAI KONKRIT YANG BOCOR DI PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR

Pelanggan yang tinggal di Pandan Indah, Kuala Lumpur ini meminta saya membaiki lantai konkrit yang bocor. Lantai konkrit bahagian atas yang bocor itu menyebabkan air mengalir masuk ke dalam rumah. Saya melihat lantai konkrit ini dan mendapati simen lapisan atasnya telah terkopek dan lantai tersebut landai. Lantai yang landai boleh menyebabkan air bertakung kerana ia tidak dapat mengalir ke saluran air hujan. Dibawah ini saya terangkan selanjutnya.

Ini adalah lantai konkrit yang lapisan simennya telah terkopek dan landai.

Ini adalah proses memecah simen yang terkopek. Terdapat rekahan pada lantai tersebut. Air boleh mengalir masuk melalui rekahan tersebut. Setelah simen tadi dipecah, lantai itu dibersihkan dan proses menyimen semula lantai dilakukan.

Menyimen lantai ini dilakukan dengan betul agar lantai itu tidak landai 

Setelah simen kering, lantai itu disapu dengan waterproofing. Waterproofing dilakukan sebanyak 2 lapisan. Saya menggunakan SIKA107. Setelah sapuan pertama dilakukan ia dibiarkan kering terlebih dahulu.

Ini adalah sapuan waterproofing yang kedua. Setelah itu ia dibiarkan kering.

Lantai konkrit yang bocor telah siap dibaiki.



No. Tel / WhatsApp:  012 - 6379460




Jumaat, 19 Julai 2019

MEMBAIKI PAIP BOCOR DIDALAM DINDING TEMBOK DI PINGGIRAN PUTRA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar membaiki paip bocor didalam dinding. Pelanggan ini memberitahu air sentiasa mengalir melalui dinding pada tembok depan rumahnya. Melihat pada rekahan tembok tersebut berkemungkinan ada pergerakan tanah berlaku. Ia boleh menyebabkan paip tersebut pecah. Namun begitu, setelah disiasat air yang mengalir itu berpunca dari air tangki yang mengalir ke paip taman (garden tap). Apabila air tersebut mengalir dengan banyak dan tanpa henti ia menyebabkan tanah menjadi basah dan lembut. Oleh sebab itu, pergerakkan dan pemendapan tanah pun berlaku. Inilah puncanya kenapa paip tersebut pecah. Sila baca penerangan selanjutnya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan tanah yang basah dan air yang mengalir ke lantai tanpa henti.

Ini adalah proses memecah tembok bagi mencari paip yang pecah itu. Pada bulatan itu, adalah paip yang pecah. Itu adalah paip dari tangki ke paip taman (garden tap).

Gambar ini menunjukkan  paip yang pecah tadi telah siap dibaiki. Untuk makluman, paip taman (garden tap) telah dimatikan dan dilaluan paip baru dibina. 




No. tel/WhatsApp:  012 - 6379460




Rabu, 17 Julai 2019

MEMASANG PELAPIK RABONG SEKSYEN 23, SHAH ALAM

En. Halim menghubungi saya dan memberitahu air mengalir masuk ke bahagian tengah rumahnya apabila hujan lebat. Beliau meminta saya mencari punca bagaimana air hujan boleh masuk ke bahagian tersebut.Setelah dicari puncanya, didapati air masuk melalui rabong. Sila lihat proses membaiki bumbung bocor selanjutnya dibawah ini.

Ini adalah proses mengambil ukuran rabong. 

Gambar ini menunjukkan rabong yang bocor itu. Simen dibahagian tepinya telah lekang. Ini adalah proses membuka rabong dan disusun dengan berhati-hati agar ia tidak pecah. Melalui gambar ini dapat dilihat bahagian dalamnya telah tiada pelapik rabong. Pelapik rabong tersebut berkemungkinan telah reput. Itulah sebabnya air hujan boleh mengalir masuk ke bahagian tengah rumah.

Ini adalah proses memasang pelapik rabong. Untuk makluman, pelapik rabong ini ada berbagai jenis dan warna dipasaran. Harganya pula berbeza-beza.

Setelah pelapik rabong dipasang, rabong akan disusun semula dengan susunan yang betul. Kemudian setiap bahagian penyambungnya akan disimen dengan baik.

Rabong yang telah siap disimen.



No. tel/WhatsAPP :  012 - 6379460



Sabtu, 13 Julai 2019

MEMBINA TAPAK TANGKI STAINLESS STEEL DI JALAN AYER KERING, SETAPAK, KUALA LUMPUR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu krew membina tapak tangki stainless steel dirumah En. Faiz. Beliau adalah pelanggan tetap Normal Plumbing. Membina tapak tangki ini dimulakan dengan membersih kawasan tapak sehinggalah proses menyimen. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses meratakan kawasan tapak tangki dan membuat ukuran.

Gambar ini menunjukkan krew sedang membina kerangka besi BRC (besi Y10).

Tapak tangki ini berukuran 4' x 6'. Gambar ini menunjukkan besi BRC telah diletakkan ditapak dan telah dikelilingkan dengan kayu berbentuk empatsegi bagi memudahkan proses menyimen nanti.

Proses membancuh simen dilakukan. Selepas itu ia diletakkan diatas binaan tapak tangki dan diratakan.

Setelah disimen, batu kekacang ditaburkan keatas permukaannya dan dibiarkan kering. Ia akan dibiarkan kering selama 24 jam.


Setelah simen kering sepenuhnya kekotak kayu tadi dibuka.

Ini adalah proses meletakkan tangki stainless steel yang berkapasiti 220gl. Selepas itu sistem perpaipan dibuat. Pemasangan water pump juga dilakukan.



No. Tel/Whats App: 012 - 6379460




Rabu, 30 Januari 2019

MENUKAR SESALUR ZINK BUMBUNG DI TAMAN SRI KERAMAT, KUALA LUMPUR

En. Fairuz yang tinggal di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur telah menghubungi saya dan memberitahu bumbung rumahnya bocor apabila hujan turun dengan lebat. Beliau meminta saya memeriksa bumbung dan memastikan bocor itu berpunca dari mana. Setelah diperiksa, saya dapati sesalur zink bumbung yang telah reput yang menyebabkan air boleh mengalir masuk kedalam rumah. Dibawah ini saya tunjukkan proses membaiki sesalur bumbung tersebut.

Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting berhampiran sesalur zink.

Setelah atap dibuka, baru dapat dikenalpasti sesalur zink yang reput itu. Sesalur zink itu akan dikeluarkan bagi digantikan dengan yang baru.

Ini adalah proses mengeluarkan salur air hujan.  Gambar ini juga menunjukkan sesalur zink yang telah reput.

Terdapat beberapa batang kayu kerangka atap yang telah reput dan patah. 

Kayu-kayu kerangka atap yang telah reput diganti dengan yang baharu. Ini adalah proses mengganti kayu kerangka.

Setelah itu, sesalur zink yang baharu dinaikkan dan dipasang semula.

Proses memasang sesalur zink baharu.

Memasang sesalur zink dan memaku dibahagian hujungnya. Setelah itu, salur air hujan dipasang semula.

Ini adalah proses memasang semula atap genting. Ia pasang dengan kedudukkan yang betul.

Gambar sesalur zink yang telah siap dipasang.





No. Tel/WhatsApp: 012-6379460




Selasa, 29 Januari 2019

MEMBAIKI PAIP BOCOR DALAM DINDING DI KEMENSAH HEIGHT, AMPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan menghubungi saya tempohari dan memberitahu terdapat kesan basah pada dinding diruang makan rumahnya. Kesan basah ini bermula dari kecil dan akhirnya merebak menjadi besar. Beliau meminta saya menyiasat punca dan terus membaikinya. Untuk makluman, pelanggan ini tinggal di Kemensah Height, Ampang, Selangor. Sila lihat penerangnnya dibawah ini.

Kesan basah pada dinding. Saya telah menebuk dinding ini bagi memastikan ada air yang mengalir melaluinya.

Setelah dipecahkan pada bahagian yang basah itu, terdapat 2 paip didalamnya. Salah satu darinya telah bocor.

Gambar ini menunjukkan air yang mengalir keluar dari paip yang bocor itu.

Ini adalah kaedah memotong dan menyambung semula paip yang bocor itu.

Setelah siap paip itu diganti dan telah pasti tiada lagi bocor, dinding itu disimen semula.

Dinding ini dibiarkan kering selama beberapa hari sebelum ia disapu cat semula.




No. telefon/Whats App : 012-6379460



Isnin, 28 Januari 2019

MENUKAR TANDAS CANGKUNG KE TANDAS DUDUK DI TAMAN RASMI JAYA, AMPANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor meminta saya menukar tandas cangkung yang pecah ke tandas duduk. Beliau meminta saya menukarkan tandas cangkung tersebut kerana isterinya uzur dan tidak boleh mencangkung terlalu lama. Disamping itu, tandas cangkung tersebut pecah akibat hentakkan kuat dari objek yang keras. Kos menukar tandas cangkung ke tandas duduk ini adalah lebih mahal sedikit kerana perlu mengeluarkan 'P trap' dan menggantikan dengan 'L bow'. Silat lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan kesan pecah pada mangkuk tandas.

Kerja pertama yang dilakukan adalah memecah jubin tandas.

Setelah dibuang jubin tandas, proses mengeluarkan 'P' Trap dilakukan.

Ini adalah 'P trap'.

'P Trap'

Setelah 'P trap' dikeluarkan. L bow pula dipasang. Kemudian saluran paip UPVC 4" dipasang. Lalu lantainya ditutup semula dan disimen.

Ini adalah proses memasang jubin lantai yang dimulai dengan menyukat keluasan tandas lalu jubin dipotong mengikut ukuran saiznya. 

Setelah jubin siap dipasang, lantai tadi dibersihkan dari kesan simen.

Ini adalah memasang tandas (wc) dan floor trap.

Tandas yang telah siap dipasang. Ini adalah proses 'timbang air' bagi memastikan kedudukkan tandas ini sekata (level).

Tandas yang telah siap dipasang. Ia akan dibiarkan kering selama 24 jam sebelum boleh digunakan.




No. telefon : 012-6379460
No. Whats App : 012-6379460