facebook

Jumaat, 28 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - tukar tangki

Setelah 80% bahagian dapur di rumah pelanggan ini siap, kerja-kerja menukar tangki air pula dilakukan. Tangki air yang lama ini bocor dibahagian outlet. Oleh itu, pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan ini meminta saya menukar tangki, membaiki semula sistem perpaipan dan juga water proofing lantai itu. Dibawah ini saya terangkan dengan lebih lanjut.

Ini adalah tangki air yang lama. Gambar disebelah kanan menunjukkan outlet yang bocor. Air sentiasa menitis melaluinya.

Ini adalah proses memotong sistem perpaipan yang menyambung ke tangki dan juga mengeluarkan airnya.

Tapak tangki yang lama dibersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan water proofing.

Gambar ini menunjukkan tangki yang lama dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menaikkan tangki yang baharu.

Gambar ini pula menunjukkan krew sedang melakukan water proofing. Setelah itu, ia dibiarkan kering selama 24 jam.

Kayu manis berketebalan 1" x 8"lebar diletakkan atas tetulang konkrit sebelum tangki baru diletakkan keatasnya.

Gambar ini menunjukkan penyambungan paip baharu telah dilakukan. Begitu jugak dengan bola tangki dan ia telah diuji dengan sepenuhnya. Ia berfungsi dengan baik.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


Tiada ulasan:

Catat Ulasan