facebook

Ahad, 23 September 2018

MEMBUAT UBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar sewaktu membuat penyambungan dapur di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Bahagian belakang rumah ini berkeluasan 22" x 40". Namun begitu, pelanggan ini mahu  membuat penyambungan dapur ini untuk keluasan 15" x 30" sahaja.  Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bahagian belakang rumah yang keluasannya 22" x 40". Gambar sebelum penyambugan dapur dibuat.

Proses pertama adalah membersihkan tapak dan membuat ukuran 15" x 30".

Setelah itu, membuat lubang sedalam 1 meter untuk tapak beam dan tetulang konkrit. Proses ini tidak menggunakan cerucuk kerana tanah dibahagian belakang ini berbatu-batu dan keras.

Seterusnya, kawasan yang dikorek tadi dimasukkan bancuhan konkrit. Kemudian ia diratakan. Konkrit ini dibiarkan kering selama 3 hari.

Ini adalah proses  meratakan tanah ditapak sebelum pemasangan besi BRC dilakukan.

Setelah besi BRC dipasang barulah tapak lantai di konkrit sepenuhnya.

Ini adalah proses meratakan konkrit. Konkrit ini akan dibiarkan kering selama seminggu. 

Ini adalah proses menaikkan batu bata merah untuk membuat dinding. Pemasangan frame pintu dan tingkap juga dilakukan.

Gambar ini menunjukkan proses-proses yang dilakukan tadi telah 50% siap.



No. Tel : 012-6379460
Whats App: 012-6379460

Tiada ulasan:

Catat Ulasan