Hari ini kerja-kerja membaiki bumbung metal deck dilakukan. Pelanggan ini meminta saya memeriksa atap kerana apabila hujan air akan mengalir masuk kedalam siling dibilik anaknya dibahagian belakang. Setelah diperiksa atap metal deck yang terdapat dibahagian itu bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Gambar ini menunjukkan bahagian yang bocor. Silikon pada bahagian itu telah lekang akibat dari terdedah pada panas dan hujan.
Ini adalah proses membuang dan membersihkan silikon yang melekat diatap tersebut.
Setelah silikon dibuang sealant dimasukkan kedalam kelonsong silikon dan ditembak kebahagian yang bocor tadi. Tujuan ia dilakukan agar sealant dapat masuk kebahagian dalam yang bocor itu. Kemudian sekali lagi sealant disapu dibahagian atasnya.
Bahagian yang bocor telah siap ditampal.
No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460
Tiada ulasan:
Catat Ulasan