facebook

Rabu, 26 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - memasang kotak siling dan salur

Pelanggan ini meminta saya menutup bahagian siling yang terbuka ini. Menurut beliau, siling pada bahagian ini telah jatuh akibat dari air yang menitis dari atas. Untuk makluman, rumah pelanggan ini jenis teres 2 tingkat. Air yang menitis itu berpunca dari tangki air yang bocor. Saya akan tunjukkan proses menukar tangki dientri akan datang. 

Ruangan ini dahulunya bersiling. Pelanggan ini meminta dipasangkan kotak siling kerana ia menganggu pandangan mata.

Gambar sebelah kiri sebelum kotak siling dipasang dan sebelah kanan setelah dipasang dan disapu cat.

Gambar ini menunjukkan kesan dari lantai yang bocor. 

Gambar ini menunjukkan lantai yang bocor telah dibaiki. Salur yang lama dicat semula begitu juga dinding dan silingnya.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Tiada ulasan:

Catat Ulasan