Seorang pelanggan yang tinggal di Sg. Chua, Kajang telah menghubungi saya dan meminta membaiki tandas rumahnya yang tersumbat. Masalah tandas yang dikatakan tersumbat itu berpunca dari sifon didalam tangki telah tidak berfungsi. Apabila tuas simbahan (level handle) ditarik, air tidak mengalir keluar ke dalam mangkuk tandas. Oleh itu, bahan buangan tidak dapat dialirkan ke manhole. Ini telah menyebabkan bahan buangan tadi sentiasa berada dimangkuk tandas dan menyebabkan tandas ini berbau busuk. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Gambar diatas menunjukkan proses mengepam dan mencari bahan-bahan asing yang mungkin menyebabkan tandas ini tersumbat.
Ini adalah tandas duduk dengan 'front lever handle cistern' (tandas simbahan). Penutup cistern dibuka dan berwarna putih itu adalah sifon.
Tangki cistern dibuka bagi membolehkan 1 unit sifon baharu dipasang.
Gambar ini menunjukkan 1 unit sifon yang telah dikeluarkan. Selalunya sifon ini diperbuat dari plastik. Kerosakkan biasanya berlaku apabila injap gegendang ini terkoyak/pecah. Ia boleh terkoyak/pecah kerana bahan plastik apabila terendam lama didalam air ia akan mereput.
Sifon yang baru telah dipasang. Dan 1 unit flexible hose telah diganti baru.
Telah siap dibaiki.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan