Seorang pelanggan yang tinggal di Puchong telah menghubungi saya. En. Jason memberitahu air hujan memasukki siling dirumah beliau. Terdapat kesan tompokan air di siling rumahnya. Beliau mengesyakki air yang sering menitis ke siling rumah beliau disebabkan tangki air yang bocor. Oleh itu, beliau telah menutup stock cork agar air tidak dapat disalurkan ke tangki simpanan.
Sering kali pelanggan yang menghadapi masalah air yang menitis ke bahagian siling beranggapan tangki air simpanan dirumah mereka yang menjadi punca kepada permasalahan itu. Namun begitu, tidak semestinya ia berpunca dari tangki air yang bocor. Adakalanya, atap genting yang tidak disusun dengan betul, rabong yang telah pecah atau rosak dan pelbagai lagi perkara yang mungkin menjadi punca kepada air mengalir masuk ke dalam siling rumah. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Beginilah keadaan tangki yang terdapat dibahagian siling rumah. Sistem perpaipannya
berkeadaan baik malahan tangkinya pun tidak bocor.
Tangki air yang kering kerana stock cork telah ditutup. Oleh itu, air tidak boleh
mengalir masuk ke dalam tangki.
Bahagian siling rumah yang terdapat kesan tompokan air.
Keadaan rabong yang terdapat beberapa bahagian simennya yang telah terkopak.
Ini adalah punca kenapa air hujan boleh memasukki ke bahagian siling rumah.
Simen dibahagian rabong yang telah terkopak dibuka dan dibersihkan terlebih dahulu.
Selepas itu, sealant disapu pada setiap rabong yang terbuka agar tiada air hujan yang
boleh memasukki ke dalam siling.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
servis bagus dan harga ok. penyabar orangnya. terima kasih
BalasPadam