Pelanggan yang tinggal di Taman Putra Prima, Puchong ini menghubungi saya tempohari. Beliau mahu saya membaiki bumbung bocor, tandas tersumbat dan juga paip air yang bocor dirumah beliau. Bumbung bocor telah menyebabkan air memasukki ke siling rumah. Terdapat tompokan-tompokan air di bahagian siling. Tandas yang tersumbat pula telah menyebabkan beliau tidak dapat lagi menggunakan tandas tersebut. Manakala lantai di bilik stor bahagian garaj rumahnya sentiasa basah. Beliau berasa musykil kerana dibahagian stor rumah itu tidak ada paip. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah kesan tompokan air hujan pada siling rumah.
Air hujan boleh memasukki siling adalah kerana atap genting yang lari dari kedudukkannya/renggang.
Atap genting yang lari dari kedudukkannya telah dibuka dan didapati kayu kekuda yang menyokong atap genting tidak disambung sehingga ke hujungnya. Kayu yang tidak disambung ke hujung itu adalah 8 inci panjangnya. Bagi membetul semula kedudukkan atap genting ini, saya menggunakan paku panjang yang berukuran 4 inci yang dipaku pada kayu kekuda dibahagian kiri dan kanan.
Atap genting yang telah siap dibaiki.
Tandas ini telah tersumbat selama 7 hari.
Proses mengepam tandas dilakukan beberapa kali sehingga air kumbahan mengalir keluar.
Tandas yang telah bersih setelah ia dipam. Tiada lagi bahan buangan didalam tandas.
Gambar ini menunjukkan air yang sentiasa bergenang diatas lantai bilik stor di bahagian garaj.
Ini adalah proses memecah dinding di bilik stor bagi melihat bahagian manakah yang bocor.
Setelah dinding dipecahkan dapat dilihat saluran paip yang bocor itu. Saluran paip ini adalah dari tangki air simpanan dibahagian atas rumah yang menyalurkan air ke bahagian garaj.
Stop valve ditutup supaya air tidak mengalir dan saluran paip boleh dipotong dan diganti baru.
Paip yang telah dipasang dan diuji. Setelah pasti ia tidak bocor barulah dinding disimen semula. Dinding dibiarkan kering beberapa hari barulah ia dicat.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan